Saturday, May 20, 2006

'Black' Yang Tidak Rugi

Seluruh hidup anda adalah kosong. Anda tidak tahu sesuatu lansung dan tiada mempunyai apa-apa. Hidup anda gelap-gelita. Segala benda anda tidak tahu. Anda dalam kegelapan dan hitam.

Pernahkah anda rasa begitu? Ataupun sedetik berada di tempat orang yang mengalaminya?
Semalam saya menonton sebuah filem yang cukup cemerlang. "Black". Sebuah filem keluaran Bollywood yang antara paling cemerlang pernah saya tonton. Boleh juga saya katakan agak rugi bagi sesiapa yang belum menontonnya. Tetapi benarkah? Entah ya...

Michelle McNally (Ranee Mukergi) lahir dalam keadaan buta, pekak dan bisu (Saya pun tidak dapat menggambarkan betapa hidup dalam keadaan tersebut). Hidupnya bukan seperti kanak-kanak lain. Permainan hariannya adalah membuat kerosakan barang-barang rumah. Didikan ayahnya adalah sepak terajang. Semua gara-gara kehidupannya yang kosong dan gelap. Dia tidak faham satu apa pun di dunia ini.

Tetapi datang satu cahaya menerangi kegelapan dalam hidupnya. Dia diperkenalkan dengan seorang guru, Debraj Sahai (AmitabhBachchan), seorang yang sangat pelik dan mempunyai cita2 yang tinggi. Sahai adalah orang yang mengubah hidup keluarga McNellydan seluruh kehidupan Michelle. Bagaimana? Hanya yang menonton sahaja tahu.

Secara umum keseluruhan 'Black' mengisahkan tentang bagaimana Debraj Sahai mengubah kehidupan Michelle dengan jari sehingga dia akhirnya berjaya masuk ke universiti dan menghabiskan berpuluh tahun di universiti sehingga memperoleh ijazah. Latar waktu sekitar era pasca-merdeka Anglo-India, filem ini pada saya berjaya membezakan dengan filem-filem 'poyo' hindustan yang lain.

Awal ceritanya berkisar tentang perubahan hidup Michelle hingga dia melanjutkan pelajaran ke universiti. Puncak klimaks lebih kurang pada 3/5 keseluruhan cerita ketika mana Sahai sudah tua dan mula menghidap Alzheimer. Dia sudah mula lupa beberapa perkara termasuk dirinya sendiri. Sejak itu hidup Michelle yang bergantung pada gurunya itu berubah. Dia perlu berusaha sendiri tanpa guru kesayangannya itu.

Bagi saya, harga tinggi yang saya letakkan untuk filem ini adalah pada nilai kemanusiaan yang dipaparkan. Terus terang belum pernahsaya menonton sebuah filem yang bernilai seperti ini dari awal hingga ke penghujung cerita. Setiap baris skrip mempunyai makna tersendiri yang begitu luas, signifikan dan berabstrak.

Mungkin orang lain boleh meletakkan stiker "CRAP" pada pintu keluar filem ini, tetapi bukan bagi saya. Satu perkara yang perlu dicontohi oleh pembikin filem Bollywood melalui filem ini adalah tiadanya tarian dan nyanyian yang cukup membunuh ketika menonton cerita-cerita Hindustan.

Satu perkara lagi dalam 'Black' ini yang patut dipuji adalah filem ini jelas 'berpuasa' daripada aksi berjoget dan berfigura ghairah, bergolek-golek di taman, serta nyanyian asmara di antara hero dan heroin seperti yang berada pada 'setiap' filem Hindustan. Jelas sekali filem ini mempunyai nilai kualiti dan skema yang tersendiri. Pujian juga saya lontarkan bagi idea dan tema filem ini.

Anda boleh mengatakan apa sahaja setelah menonton filem ini. Mungkin ramai yang bosan dengan plot cerita ini yang agak lambat dan tidak lasak, tapi mungkin boleh membuatkan anda berair biji mata. Tonton dahulu baru tahu...

/* Tolong jangan tanya saya sama ada saya menangis atau tidak...!!!

Thursday, May 18, 2006

Ucapan Dari Paris

Sebelum mengulas panjang, ucapan tahniah dari saya untuk pasukan Barcelona kerana telah berjaya membawa pulang trofi Kejohanan Liga-Liga Juara Bagi tahun ini untuk kali yang ke-50.

Ucapan tahniah yang khas untuk kedua-dua pasukan, Arsenal dan Barcelona, kerana mempersembahkan suatu persembahan yang belum pernah saya tonton dalam mana-mana perlawanan mereka di peringkat kelab.

Ucapan tahniah yang khas dari saya untuk pasukan pilihan saya, Arsenal. Anda pasukan yang membuatkan saya berbangga walaupun kalah 2-1 pada malam tersebut.

Kalau Henry menyata yang pengadilan berat sebelah (seperti yang yang diberitakan oleh skysports), saya merasakan mungkin pada beberapa bahagian sahaja. Pertama, ketika kaki Henry dikepit dan dijatuhkan dari belakang, pada saya sepatutnya pengadil memberi kad pada pertahanan Barcelona. Tapi sekadar sepakan percuma.

Kedua, banyak sekali kelihatan serangan Barcelona terperangkap dengan perangkap 'offside' pertahanan Arsenal. Tetapi pengadil masih lagi berkelakuan biasa, menyebabkan ramai pemain Arsenal membantahnya. Itupun nasib baik salah seorang penjaga garisan yang sepatutnya dipertanggungjawabkan pada malam itu, Ole Hermann Borgan, ditukarkan oleh UEFA 24 jam sebelum perlawanan kerana gambarnya tersebar memakai baju skuad Barcelona. (Berita dipetik dari skysports.com)

Apapun segalanya telah berlalu. Keputusan masih tetap 2-1. Tidak dapat diulang kembali. Pasukan Barcelona pun sudah berjaya mengangkat trofi tersebut di Stade de France. Kekecewaan jelas kelihatan diwajah pemin-pemin Arsenal. Ayuh bersedia untuk musim akan datang !!!...

Arsene Wenger, jurulatih Arsenal juga menyatakan kebanggan beliau terhadap persembahan anak buahnya malam itu. Bermain dengan 10 orang pemain sejak minit ke 18 lagi (setelah Jens Lehmann dibuang padang setelah mengkasari Samuel Eto'o), Arsenal masih lagi mampu mendahului 1-0 dengan hasil tandukan Sol Cambell. Amat mengejutkan.

Persembahan menarik Arsenal (saya boleh katakan menarik kerana pemain Barcelona tidak dapat bola sedikit pun sebelum itu) terhenti setelah Lehmann dikeluarkan. Taktik harus ditukar kerana mereka hanya bermain 10 pemain sahaja. Mereka bertahan.

Pujian harus diberikan pada Henrik Larson kerana kejutan (kemenangan) itu datang melalui kakinya, bukan dari kaki pemain terbaik malam itu(Eto'o), dan bukan pula dari pemain yang orang ramai menggelar 'lagenda'.

"Come on Barca..." (penonton di Zahra')

Di Zahra', rumah ini awal-awal lagi sudah dipenuhi dengan penonton. Boleh saya katakan hanya 2 orang penyokong Arsenal sahaja termasuk saya. Yang lain hampir sepuluh orang menyokong Barcelona. 'Saya OK jer'. Hatta 100 orang yang menyokong Barca pun saya masih dengan skuad 'The Gunners' itu.

Tapi yang saya hairan ramai pula yang sebelum ini menyatakan kesetiaan pada pasukan mereka (Man... Uni..) turut terlonjak-lonjak menyatakan sokongan pada Barca. Saya hanya tersenyum. Mungkin kerana skuad mereka itu tidak ke final.

Tidak mengapa sahaja kalau menyokong, tapi kalau sudah berbangga seperti Barca itu pasukan kesetiaan mereka, saya rasa amat memalukan. Terkuburkah kesetiaan anda semua pada (Man... Uni..) ?. Ikut kamulah, pendirian kamu. Saya hanya mampu tersenyum.

Mungkin juga kalau 'Sunderland' yang berada di tempat Barca dan kelihatan boleh menang, saya yakin Sunderland pun akan menjadi pilihan mereka. Saya hanya tersenyum.

*/ Jaga-jaga Sunderland dengan penyokong seperti ini. Kalau mahu kenal orangnya, buka sahaja topeng-topeng mereka !...

Tuesday, May 16, 2006

...Nous Sommes Les Meilleurs...

Nous Sommes Les Meilleurs... Ligue des Champions

Ceux sont les meilleures equipes
Sie sind die allerbesten Mannschaften
The main event

Die Meister
Die Besten
Les grandes equipes
The champions

Une grande reunion
Eine grobe sportliche Veranstaltung
The main event

Ils sont les meilleurs
Sie sind die Besten
These are the champions

Die Meister
Die Besten
Les grandes equipes
The champions

Die Meister... Die Besten... Les grandes equipes... The champions...



Saturday, May 06, 2006

Kalau dan kalau....

* Maaf sekiranya tulisan ini tidak menepati tatabahasa dan skema penulisan yang betul... sekadar suka-suka...

Wah... dah lame giler x meng'update' blog nih... ingatkan dah nak stop kejap sempena Imtihan kali ni... tp setelah bace satu msg dari sorang kawan ni... nak tergelak kambing pun ade... tak kira gak, sbb rase nak kongsi jugak mende ni kat semua.

****************

Kalau perempuan lawa pendiam, Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri wanita idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam, Lelaki akan cakap: eh... tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat, Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih... kesian

kalau perempuan tak lawa berbuat jahat, Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu, Lelaki akan cakap: heroin sejati...!

kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu, Lelaki akan kata: taktik nak ngorat ler tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem, Lelaki akan kata: ok gak la....

kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem, Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih, Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....

kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih, Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang, Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang...

kalau perempuan tak lawa penyayang binatang, Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW, Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....

kalau perempuan tak lawa bawa BMW, Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar, Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar...

kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar, Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki, Lelaki akan cakap: 'caring' sungguh....

kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki, Lelaki akan cakap: nak tunjuk 'caring' ler tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati, Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever...

kalau perempuan tak lawa bersedih hati, Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak, Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...

kalau perempuan tak lawa masak, Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call, Lelaki akan kata: takpe...

kalau perempuan tak lawa main2 miss call, Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email, Lelaki akan kata: sukenya....

kalau perempuan tak lawa hantar2 email, Lelaki akan balas balik untuk kali terkhirnya: saya sibuk ketika ini, tiada masa nak balas email awak...!!!

******************

Ta'liq:

Tidak semua lelaki yang bersikap begini. Sebabnya mereka yang bersikap begini kerap memandang perempuan dari satu sudut sahaja sedangkan dari sudut berbeza, mereka(wanita) memiliki sesuatu yang membezakan antara mereka satu sama lain. Hanya yang pandai menilai sahaja mempu menelitinya. (Aku 'backup' korang ni... jgn nangis ye...)

Kepada orang perempuan, jgn cepat panas kalau bace tulisan ni... nanti bole pakat2 buat tajuk... (kalau lelaki tak hensem...perempuan akan cakap...) pulak... anggaplah sekadar gurau2 kosong...(:o}