Tuesday, April 04, 2006

:: Sanah Helwah ::

"Selamat hari lahir buat diri sendiri".

Ada orang bertanya, apakah azam sempena hari kelahiran saya?. Cukup sulit mahu menjawab. Saya katakan saya tidak ada azam... padahal azam di dalam hati ini berjuta-juta.

Tapi dalam usia semuda ini tentu banyak perkara yang diidamkan dan diangan-angankan. Angan-angan materialistik, kebendaan(madiyyah), harta, pangkat, dan perempuan, adalah fitrah keinginan manusia secara semulajadi.

Sultan Muhammad Al-Fatih dalam usia semuda saya telah berjaya berjaya menawan kota Costantinople ( 857H/1453M), meruntuhkan kerajaan pemerintahan yang dibina Maharaja Costantine. Ideanya iaitu menukarkan daratan menjadi lautan sangat tidak boleh diterima akal, tetapi itulah hakikatnya dalam lipatan sejarah.

Bagaimana tajamnya akal kurniaan Tuhan yang diberikan kepada Sultan Muhammad sehingga berjaya menembusi Pintu Edirne dan seterusnya memasakkan bendera kerajaan Othmaniyah di Costantinople. Kisah ini telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w lagi melalui sabda Baginda:

"Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya".

Seperti yang diungkapkan oleh Napoleon Bonaparte sebagai, "...kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!".

Seorang pemuda yang memerintah sebuah kerajaan Islam berjaya menakluki sebuah kota terulung dan kisahnya dikhabarkan oleh Baginda s.a.w. Alangkah hebatnya. (Saya sarankan agar kisah ini dibaca sendiri).

Selamat hari lahir untuk diri saya. Semoga engkau juga menjadi sepertinya. Doakan saya agar diberikan kekuatan untuk berjuang dan berbakti untuk agama. 'Salam Bahagia...' (eh... cam kenal jer ayat nih!)


Terima kasih kepada semua untuk kek ini. Syukran kepada ahli bait, Hafiz , Ghanie, Fairuz, Firdaus. "Tapi kek ni kek coklat lar... x pe lar... makan jer...".

1 comment:

MZP said...

harap tak terlambat nak ucapkan selamat hari lahir ya
Ustaz Ishaq Sky

Semoga, boleh 'berterbangan' di langit dengan Sky