Friday, January 16, 2009

2009

Salam. Sudah tiga kertas. Masih gagah. Walau berbaki lima. Peperiksaan memenatkan. Letih. Jawab pun tak berapa. Di hadapan mata. Sudah ada India. Atau ma'rad. Pesta makan dan Kerala. Duit tak cukup. Kalau mahu impi dua-dua. kecuali ada wang. berjuta-juta.

Blog sepi. sebentar sahaja mungkin. Enlightment minda. kaji selidik jiwa. muhasabah kekurangan. dengar radio. makan jujubes. pedas. minum teh hijau. panas. dan roti syamiy. dingin musim sejuk. memamah tulang. telinga berdensing. sudah sihat. tak perlu pergi doktor. sebab yakin. ujian Tuhan.

Evoiz. tak pakai lagi. lembap. tukar voip. dapat percuma sebulan. kongsi tiga rakan.

imtihan. berbaki lima. tabsyir. falsafah eropah. nusus falsafah. falsafah Islam. dan usul feqh. tunggakan. kitab-kitab. padan muka. study lambat. imtihan selang sehari. macam mana. dengan ulang kaji. teringat makan sushi.

Palestin dan Gaza. dicabul lagi. orang Islam bangkit. tapi hanya di mulut. perbuatannya. kosong. tahu enjoy. siang berdemo. petang tido. sampai petang esok. sembahyang tinggal. mahu jadi hero?

'Perjuangan ini hanya untuk kemenangan atau syahid'


bingkisan. pembuka tahun. 2009.

4 comments:

Abqori said...

Salam.

Akhirnya ada juga entri di blog anta ini. Lama dah saya tunggu. Huhu.

Nampak macam seronok saja madah nusus falsafah itu. Syair-syair macam nusus adabiyah pelajar lughah juga ke? Cuba bagi terang sikit. Buat ulasan ke. Teruja sangat nak tahu ini. Penuh enkuiri.

Falsafah islam itu pula bagaimana?

Apa-apa pun, semoga dapat menghadapi imtihan dengan tenang. Saya di New Damietta City sudah tamat dah tadi. Fuh, lega rasanya! Esok Bort Said apa!

IshaQHaniS said...

Salam...

Ahlan akhi. Barangkali agak keletihan menulis, sebab itu cadang berehat sekejap.

Perihal madah nusus falsafah tu, methodnya masih sama dengan nusus adabiyah, masih dalam lingkungan mengkritik nas2 dari kitab ulama2 mutaqaddimin.

Cuma, jika nusus adabiyah itu kerjanya mengkritik nas2 sastera arab, kami pula mengkritik nas2 dari kitab2 ahli falsafah Islamiyah, seperti al-Kindi, al-farabi, ibn sina, al-Ghazali, ibn Khaldun dan selainnya...

walaupun falasifah Islam ini kebanyakannya menguasai ilmu2 islami seperti feqh, tasauf dan lain2, namun dalam bab mengomentari falsafah mereka agak berlainan dari sudut cara menulis dan mencerap, terutamanya yang berhubung kait dengan kewujudan & makrifah (epistemology).

Tambahan lagi, sebahagiannya dari mereka pun kebanyakan masih terkesan dengan idea2 Aristotle dan pemikiran orang2 Greek.

Falsafah Islam mengikut kurikulum al-Azhar di kaherah agak ringkas. Tak pasti pula di furu' lain bagaimana. Tahun lepas kami mengaji tradisi falsafah2 Islam di timur, antaranya tokohnya al-farabi, ibn sina dan al-kindi.

Tahun ini pula tradisi di barat (al-andalus terutamanya). Tokoh2 yang didiskusi rata2 seperti Ibn Bajjah, Ibn Tufail dan Ibn Rusyd.

Dari kebanyakan ahli falsafah ini, pemikiran Ibn rusyd boleh dikatakan yang agak rumit, penuh perdebatan dan masih berlanjutan hingga kini. Teksnya (tahafut at-tahafut) yang mengkritik tahafut falasifah Imam Ghazali mencetus penuh kontroversi di kalangan ulama dan pemikir.

Mungkin ini tumpuan soalan tahun ini barangkali... :-) (belum periksa lagi)...

sudah tamat? sangat cepat..!! semoga peroleh kejayaan, insyaALLAH...

Abqori said...

Oh, memang saya sukakan bidang falsafah. Walaupun sekarang telah menyimpang jauh, kerana di bidang lughah, rasa cinta itu tak dapat dibuang. Bagaimanalah saya sanggup menolak tawaran ke Fakulti Akidah Dan Falsafah di UKM ketika dahulu dan terus ke Al-Azhar. Mungkin kerana rasa bahawa di Al-Azhar ada segala-galanya agaknya.

Tahun ini agak sibuk dengan tamadun Islam di Andalus. Nama-nama seperti Ibnu Khaldun, Ibnu Rusyd dan lain-lain filasuf banyak saya jumpa. Meskipun di dalam kitab (muqarrar) tidak ada perincian lebih lanjut tentang mereka, terasa amat rugi jika ditinggalkan kajian tentang mereka begitu saja.

Orang-orang Yahudi di Eropah juga melalui zaman emas mereka dalam semua bidang termasuk falsafah dan nasar di Andalus. Pasti anta kenal dengan seorang filasuf Yahudi bernama Moses Maimonedes yang turut hidup di era Andalusia. Tulisan-tulisannya banyak mempengaruhi pemikiran moden sekarang.

Pertama kali dengar tentang Tahafut at-tahafut. Harap-harap ada maklumat tentangnya di internet. Ha, kan dah jumpa.

Siapa sangka bila mendalami tentang Andalus ini, saya ada terjumpa nama yang rasa amat dekat dengan diri. Ziryab. Nama siapa itu ya? Macam lupa-lupa pula. Kalau tak silap, Ziryab ini ada membela seekor kucing. Huhu.

Saya tak harapkan balasan untuk komen ini melainkan berharap alangkah indahnya jika ada sedikit cerita tentang Tahafut at-tahafut dan kritikan-kritikan tentang nusus-nusus tadi di entri-entri mendatang. Nak tahu juga bentuknya bagaimana -samada syair atau prosa- dan apa isi kandungannya –samada lurus kepada Islam atau agak serong-.

Amin. Semoga saudara juga beroleh kejayaan.

P/S : Saya sudah jalan-jalan di Bort Said dan menyusuri Terusan Suez semalam. Lepas ni, ma3rod apa!

hidayahsufie™ said...

erm...rileks laa...
kate nak ke india, kerala...

kitab leh beli lain kali
wawawa
(gurau imtihan)