Sunday, March 19, 2006

:: Cerna Lagi ::

Hari ini agak letih. Semalam baru pulang dari Shibin el-Koum, menghadiri slot penulisan sehari suntuk bersama Zaki M.Noor. Ini adalah kali pertama ke Shibin, muhafazah kedua yang telah dilawati selepas Iskandariah. Huh?

Tidak lupa juga ingin mengucapkan tahniah buat Seluruh calon SPM dan STAM 2005 yang berjaya dalam dua peperiksaan tersebut.

Dalam pada itu, apa yang saya masih lagi fikirkan tentang situasi ini (iaitu kejayaan pelajar-pelajar dalam dua peperiksaan ini) adalah sejauh mana kayu ukuran diantara kejayaan mereka dengan kekuatan ilmu yang mereka ada.

Mungkin agak kabur lagi penyataan saya. Tapi saya akan cuba membawa pembaca kepada realiti situasi yang sebenar.

Saban tahun kejayaan calon dua peperiksaan ini semakin meningkat. Saya seperti tidak percaya. Persoalan yang kerap bermain di fikiran saya adalah adakah calon-calon pelajar semakin bijak dewasa ini ataupun soalan peperiksaan yang semakin mudah? Cuba fikirkan?

Jika di era 80an atau 90an, dikatakan soalan cukup sukar. Para pelajar yang boleh lulus dengan cemerlang adalah pelajar yang begitu hebat, genius dan bijak. Malah disesetengah sekolah, kadar peratusan pelajar yang mendapat agreget 1 adalah boleh dikira dengan jari !



Perbandingan ini saya bawa dalam situasi hari ini dimana pelajar yang mendapat 'A' atau Mumtaz dalam semua kertas peperiksaan adalah boleh dianggap sebagai bersepah-sepah, dan kalau setakat 2-3 'A' atau Mumtaz itu, orang tidak pandang. Sesetengahnya agak malu untuk memberitahu kepada orang lain keputusan mereka yang 'sedikit A' itu.

Masalah yang berada disini bukanlah banyaknya 'A' atau Mumtaz yang seseorang miliki, tetapi sejauh mana 'A' atau Mumtaznya itu menjadi kayu ukur bagi kekuatan ilmu yang calon tersebut ada.

Saya tertarik beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Emiritus Dr. Khoo Kay Kim, seorang sejarawan yang saya kagumi dan saya hormati. Beliau meluahkan tentang anak bangsa yang belajar sekarang ini tidak berkualiti.

Sebabnya mereka belajar hanya pakai hafal dan bukannya pakai otak. Berbeza dengan ketika zaman beliau belajar. Pelajar semua pakai otak bukan hafaz dan sebab itu dia pilih bidang sastera ketika di universiti kerana kos itu banyak menggunakan akal.

Penulis sebenarnya tidak hairan kalau sekiranya pelajar terutamanya dari sekolah di kawasan bandar boleh mendapat kejayaan yang 'gila-gila'.

Salah satu sebabnya, gurunya dilatih untuk melatih pelajar cara menjawab soalan. "Jika soalannya begini, cara menjawabnya begini". Apa lagi jika wujudnya syarikat 'perunding ilmu' seperti 'Easy Math' dan lain-lain lagi.

Sepatutnya mereka(guru) mengajar pelajar hakikat sebenar pelajaran itu dalam kehidupan dan mengajar pelajar cara dan kaedah berfikir. Dalam erti kata yang lain, mengajarkan anak bangsa falsafah ilmu itu yang sebenar.

Ketika di sekolahlah pelajar perlu dilatih berfikir. Bukan menghafal. Supaya mereka ini boleh menggunakan ilmu berfikir itu ketika memasuki pintu gerbang universiti kelak.

Kesan menghafal ilmu ini jelas kita lihat di sekitar universiti-universiti tempatan, yang kononnya digelar taman ilmu dan budi (bukan hanya UIA sahaja). Gejala ini mereka praktikkan hingga mereka berjaya memperoleh ijazah, dan akhirnya semakin ramailah graduan yang tidak berkualiti 'dikilangkan' oleh universiti.

Tidak hairanlah jika kita perhatikan diantara keluhan majikan yang ingin mengambil calon graduan, mereka agak memilih untuk mengambil pekerja bekerja dengan mereka. Dan ini juga mungkin menjadi sebab mengapa terjadinya lambakan graduan menganggur di tanah air. Kebanyakan mereka ini (minta maaf saya katakan) tidak berkualiti.

Mungkin sekali jika saya katakan memberi 'A' yang keterlaluan kepada calon adalah sesuatu yang bahaya. Pertama, calon yang cemerlang akan terasa dirinya hebat dan pandai sedangkan ilmunya tidak seberapa.

Kedua, nilai 'A' akan menjadi rebutan oleh calon peperiksaan, bukannya ilmu yang bermanfaat yang ada di persekitaran sekolah.

Ketiga, lama-kelamaan nilai 'A' dalam peperiksaan menjadi tidak bernilai. Terlalu mudah untuk diperoleh oleh sesiapa yang menghafal kaedah menjawab peperiksaan.

Berbalik kepada calon yang cemerlang dalam peperiksaan mereka. Sedarlah, ijazah itu hanya secebis kejayaan kamu yang tidak seberapa. Dihadapan kamu terlalu jauh perjalanannya dan terlalu banyak liku-liku yang perlu kamu lalui.

Gunakan kejayaan kamu yang sedikit itu untuk menjadi peransang kamu berjaya dimasa hadapan. Janganlah terlalu berbangga kerana mungkin rakan kamu yang gagal dalam peperiksaan itu akan menjadi 'bos' kamu ketika kamu bekerja kelak.

Kejayaan kamu itu terlalu jauh untuk dibandingkan dengan ilmu kamu. Kamu hanya beruntung kerana apa yang kamu baca dan hafal itu terkeluar soalannya dalam kertas peperiksaan.

Dan kepada yang gagal, usahlah bersedih. Gagal kamu itu bukan gagal yang selama-lamanya. Mungkin kamu lebih hebat dari mereka yang berjaya, tetapi Tuhan memberi kamu peransang agar kamu terus berjaya di kemudian hari.

Berapa banyak orang yang berjaya dalam peperiksaan, tetapi tidak berjaya dalam hidup. Tetapi berapa banyak orang yang gagal dalam peperiksaan, telah berjaya dalam hidup. Peliharalah ilmu kamu...

/* Kalau fikiran dah tercerna, segala-galanya boleh dicerna.

5 comments:

Anonymous said...

wah! Tak sangka Ustaz Ishaq begitu marah dengan ketidak kualitian beberapa calon stam. Kalau benar tidak setuju, mengapa tidak dicadangkan penyelesaiannya.

Penulis entri sepuluh Cinta.
(Dalam sepuluh yang kugelar Cinta)

Anonymous said...

..erm..menarik..ulasan y sgt menarik...sebenarnye sy pun sgt la setuju nagn aape y dikatekn 2...terfikir jugak prkare y same bile tengok result spm kuar...tu lah masalahnye skrang ni..pelajar sklh skrang terlalu diajar supaye menghafal subject drpd memahami pelajarn y dipelajari...akhirnye budaye ni dibwk2 sampai la universiti...lagi 1 masalah ialah mind setting msrkt kite jugak...org y dpt byk A..org y dpt straight A tulah y kan berjaye dlm hidup..tanggapan camnilah y tertanam n sometimes memang 'ditanam' di minda student skrang ni...tulah reality msrkt kite..tak salah nak dpt A byk dlm exm..tp pastikan ilmu y dipelajari 2 difahami..bukan u ditulis di atas sekeping kertas shj..

Anonymous said...

terima kasih kerana respons, tetapi itulah sebagai golongan yg bakal mendidik bangsa, seharusnya pemikiran ini dijadikan panduan agar generasi yang terbelakang ini tidak terlibat dgn tempiasannya...

syauqah-el-wardah said...

salam'alaik..ini hanyalah pendapat peribadi saya, tak kisah sekiranya mendapat tentangan daripada sesiapa, saya berfikiran terbuka.
memang ramai yang mengatakan, 'gagal dalam peperiksaan tidak semestinya gagal dalam hidup' atau juga, 'pelajar yang memperoleh semua A dalam peperiksaan tidaklah semestinya pelajar yang betul-betul cemerlang, mungkin yang tidak mendapat semua A dalam peperiksaannya itulah lebih cemerlang'.. YA. kenyataan ini tidak dapat disanggah kebenarannya. tetapi, tidakkah kita terfikir, untuk menjadi seorang yang benar-benar digelar berjaya, seseorang itu haruslah berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya, tidak kiralah dia itu perlu mendapat semua A dalam peperiksaannya atau juga menjadi pengerusi dalam semua kelab yang disertainya. Itu bagi saya apa yang diklasifikasikan sebagai benar-benar berjaya sepertimana rata-rata pendapat kebanyakan masyarakat sekarang yang mencemuh, 'tidak semestinya pelajar yang tidak mendapat semua A dalam peperiksaannya itu adalah benar-benar pandai'. Mereka ini padai dalam bidang mereka dan yang lain, masing-masiang mahir dalam bidang masing-masing. Sekiranya seseorang itu benar-benar pandai, dia itu haruslah bisa mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi..
Mungkin sepatutnya, kita perlu berpegang kepada pendapat bahawa, masing-masing mempunyai kepandaiaan dalam bidang masing-masing, dan rezeki setiap orang itu telah Allah tentukan tidak sama. Setiap apa yang Allah ciptakan itu tidaklah untuk sia-sia..

Maaf atas kekurangan dan kesalahan bicara. Saya insan lemah lagi hina.

waLlahu a'lam

wassalam...

-saya: masih berpegang bahawa UIAM itu adalah Taman Ilmu dan Budi

Anonymous said...

pertama: Maaf kalau saya katakan UIAM bukanlah taman ilmu dan budi. Bukan maksud saya mengenakan mana2 universiti, tetapi lebih kepada umum. Untuk pengetahuan saya juga bekas penuntut di UIAM.

Kedua: Saya tidak sesekali menyatakan perkumpulan pelajar ini sesuatu yang umum, jelas sekali kerana tidak semua yang gagal akan berjaya. Ada juga yang terus menerus gagal.

Ketiga: Saya hanya membawa contoh2 yang sudah pun terbukti berlaku, seperti 'bdk yang kurang bijak pun boleh jadi bos'.

keempat: fokus penulisan saye sebenarnya untuk menyedarkan masyarakat yang selalu mengagung-agung pelajar yang cemerlang, dan sesekali memandang rendah pelajar yang kurang bijak. Itu adalah kesalahan yang besar. Bukti mengagung-agungkan pelajar cemerlang adalah jelas, anda boleh membuat kajian sendiri. Saya juga kena tempiasnya, sbb itu saya tahu.

*Terima kasih atas pandangan anda, saya amat hargai...pemikiran anda saya akan menilainya.