Tuesday, June 20, 2006

Catatan Pasca-Imtihan

Alhamdulillah. Imtihan pun telah berlalu. Seperti suatu keseimbangan yang berlaku. Ada soalan yang mencabar dan ada soalan santai-santai jawabnya. Dan mungkin otak ini dapat bersantai-santai lamanya.

Mungkin itulah dia institusi pengajian tinggi (perlu tulis begitu sebab ini pertama kali menghabisi imtihan di peringkat atasan). Cukup berbeza dengan STAM ataupun mana-mana peperiksaan yang pernah diduduki dahulu.

Kalau di STAM dulu, hampir dikatakan 70% daripada soalan dapat dijangka. Bukan kerana soalan-soalan itu dijangka oleh guru-guru, tetapi kerana corak skema pembelajaran yang lebih 'straight to the point', buka kitab dan anda akan jumpa apa yang perlu dibaca. Soalan tidak akan lari dari 'point-point' yang barada dalam kitab.

Berbeza skema itu dengan skema di sini (Al-Azhar atau mungkin IPT yang lain), ia lebih tertumpu kepada pemahaman yang menyeluruh, dan daya keintelektualan yang tinggi
(disebabkan perbahasan ikhtilafat yang banyak). Mana tidaknya, sebahagian besar kitab-kitab kuliah dipenuhi dengan syarah-syarah doktor yang cukup panjang, dan sebahagian lagi kitab adalah 'originally' turasi, perlukan kepada penguasaan nahu yang baik dan mufradat yang mantap.

Bagi senior-senior yang sudah lama di sini, mungkin sudah menjadi sesuatu yang biasa dan sudah lali. Tetapi bagi 'student-student' baru terutama saya, jelas bukan sesuatu yang mudah. Mungkin kurangnya tumpuan di kuliah dan corak pembelajaran yang berbeza dengan corak di Malaysia membuatkan diri terasa agak kekok untuk menghadapi imtihan.

Apa-apa pun (nasihat untuk diri sendiri), itu semua bukanlah alasan untuk diberikan jika gagal dalam imtihan kali ini. Kalau masalah ini diatasi segera sejak awal datang ke Mesir lagi, pastinya kelancaran hadlaju dalam pembelajaran tidak menjadi masalah. Pokok pangkalnya diri sendiri untuk berjaya, bukan menyalahkan suasana dengan percuma.

Doakan saya untuk imtihan ini. (Tidak yakin mampu lulus ataupun tidak...). Hanya dapat mengharap dariNya...

1 comment:

mohd zaki said...

Sahak, Apasal Henry tak cemerlang? Mana gol dia piala dunia ni? Kau tak sokong dia lagi ke?