Friday, September 01, 2006

Cerita Tok Aji

Mari-mari orang kampung saya. Saya ada cerita panas baru. Maklumlah baru pulang dari pekan. Saya tak pandai bercerita sebab saya bukan tukang karut mahupun penglipur lara kampung. Tapi oleh kerana cerita ini cerita untuk orang kampung saya, jadi saya cerita kat orang kampung saya sahajalah. Kalau kampung sebelah nak dengar, boleh juga.

Ceritanya begini:

Al-Kisahnya, ada seorang Tok Haji tua ini. Tinggalnya di hujung kampung. Kerjayanya adalah seorang pemeram telur masin. Tetapi berkat rezki dari Allah s.w.t, dia dikurniakan anak yang ramai. Cucunya pun lagilah ramai. Ramainya macam negeri-negeri di Malaysia dan muhafazah di sebuah Negara Timur Tengah.

Dipendekkan ceritanya, pak haji tua ini telah membuat pertandingan nasyid antara anak-anak dan cucunya. Maklumlah sempena hari kemerdekaan.

Setelah diadili dan ditimbang tara, akhirnya bersetujulah tok aji dan hakim-hakim yang dijemput untuk menganugerahkan Jengking sebagai johan, Kancil sebagai 1st runner-up dan Singa Utara sebagai 2nd runner-up.

Jadi berbesar hatilah si Jengking apabila ditelefon 3 kali oleh orang tok aji, memberitahu agar bersedia membuat persembahan malam itu. Siap ambil terenko untuk hantar anak-anak buah Jengking ke sana.

Sukanya jengking bukan kepalang, itu belum lagi dikira lagi baju kot yang disendeng ke belakang tatkala masuk ke dalam dewan sambil senyuman ala-ala artis memanjang dari hujung pipi kanan hingga ke pipi kiri. Tak lupa bunga plastik kecil yang disangkut di kocek atas sambil diperhatikan hadirin dalam dewan itu, seakan-akan mahu buat persembahan sebagai pemenang.

Singa Utara : Tok Aji… oh Tok Aji… Jengking dan Kancil main tipulah…

Tok Aji : Ye ker… ( nada slumber pak turut, macam tak tahu apa-apa, padahal sedang dalam pengajian ijazah sarjana muda)

Tok Aji yang tak tau apa-apa (kononnya) jadi serba salah, sebab yang cakap itu anak kesayangannya. Apatah lagi kerana Singa Utara yang telah banyak menguruskan urusannya.

Tok Aji jenis yang tak tahu apa-apa, ikut sahaja cakap anak kesayangannya itu tanpa mendapatkan persetujuan ketua hakim yang dijemput dari kampung sebelah. Tambahan pula ketua hakim telah balik dulu sebab ada peperiksaan yang perlu diselesaikan.

Sikap Tok Aji memang begini. Lurus membendul. Mentang-mentang yang membuat syarat tu si anak kesayangannya (singa utara), dia terus-menerus tukar pemenang. Si jengking macam dah hilang arah malam tu. Maruah tergadai!!! Yang demam pun ada…

Singa Utara: Hai jengking… pakai cantik-cantik ni nak pi mana? Buat persembahan pemenang ke? Atau nak pii kenduri kahwin? Siap sendeng kot kat belakang… ada bunga plastik lak tu kat kocek… eee… kiutnye….( sambil membelek-belek bungan plastic kecil di dada).

Hadirin: Uwahwahhahahah… ( ketawa pecah perut sambil menjeling jengking)

Jengking: ( Ape tok aji ni… tadi dah 3 kali telefon ucapkan tahniah, dan suruh ready buat show… buat malu kampung jer. Kenapa buat keputusan macam ni, tak beritahu atau bincang dengan kami dahulu??? ).

Muka dah merah. Bukan apa, maruah beb…

Singa Utara: Eh tak po lah… kalau dah pakai cantik-cantik tu, boleh aje naik atas penteh(asalnya pentas) dan buatlah persembahan. (orang kuat tok aji tersenyum sinis)

Tok Aji: Oklah… oklah jengking… ni ha ada saki baki hadiah lagi ni, ambik jelah atas nama persembahan terbaik. OK kan???

Jengking tak dapat berbuat apa-apa. Nak bertekak, macam sudah malas sebab hadiah pun dah disampaikan. Semua kumpulan jengking pulang sambil hati cukup hiba dan kesal atas tindakan Tok Aji.

Cerita habis… TAMMAT

No comments: