Friday, September 01, 2006

Pesanan Ke?...

(Sila baca entry sebelum ini)

Pesanan buat Tok Aji :

(Mereka kata)
Nasib baik kami ni jenis boleh bersabar. Kalau ikut perangai adik-beradik yang lain, dah lama pentas tu hangus kena bakar.

Bukan nak luahkan rasa terbakar dalam hati ni, tapi memberi peringatan agar sikap macam ini harus dibuang dalam hati sanubari Tok Aji.

Tok aji… kami ni bukan kibdah, boleh dimakan macam tu aje. Kami ni manusia juga. Ada maruah, ada air muka. Depan orang ramai Tok Aji buat kami macam ini. Marah tu dah tak boleh disembunyi lagi. Malu pun dah tak boleh nak cerita lagi, terlalu estatik.

Kami sedar kami siapa. Tiada BP(Badut Pengurusan) dalam kumpulan kami yang boleh back-up kami. Apa salah kami. Kami sudah minta persetujuan Urusetia untuk bawa lagu tu, dan mereka kata tiada masalah. Siapa yang bersalah??? Kami mangsa keadaan…

(Mereka kata)
Kami tak hairan siapa yang menang. Dan kami tak kesah pun kalau dapat tempat terakhir sekalipun. Tapi tak perlulah beritahu dahulu yang kami menang (walaupun kalah), dan tak perlulah menyuruh kami membuat persediaan untuk persembahan,dan tak perlulah suruh kami siap-siap, dan tak perlulah suruh kami datang, dan tak perlulah suruh kami bersedia selepas persembahan dikir barat.

Seolah-olah kami dipermainkan macam budak-budak. Mengapa tidak mahu berbincang dengan kami dahulu sebelum buat keputusan begitu. Kami tahu mungkin tindakan Tok Aji tersalah, atau tidak disengajakan, tapi kami betul-betul terasa maruah kami dipermainkan.

Mungkin dari pihak Tok Aji macam perkara kecil (alah pasal nasyid pun nak kecik hati), Tapi memang kami terasa betul. Betul-betul kena punya. Macam letak sampah atas kepala yang kami sangka mahkota. Terasa macam dungu betul sebab datang malam tu.

(Mereka kata)
Setakat ni belum ada ura-ura nak boikot pertandingan Tok Aji. Kami masih lagi cucu-cucu Tok Aji yang setia. Tapi mungkin sahaja boleh berlaku kalau Tok Aji silap langkah. Setakat ni tiada lagi ahli yang tidak rasa dimalukan. Kami tak mahu ucapan maaf disampaikan macam kirim salam sahaja. Kami mahu maaf itu secara professional, secara terbuka, 0-0, bersua muka.

Ini bukan kes terpijak kaki. Ini kes maruah dan nama kami. Kami tulis begini ini untuk memulihkan semangat kami, dan cuba memulihkan hubungan kami dengan Tok Aji. Kami berniat hanya agar Tok Aji mendengar muhasabah kami. Tak lain hanyalah untuk membantu Tok Aji memimpin kami yang hina ini.

* Petikan dari akhbar Lidah Jengking. Sila dapatkan di pasaran, hanya LE 1.75.
* Blogger bukan jenis penembak curi, tapi penembak yang meminta izin.

No comments: