Saturday, April 01, 2006

Ghairah Dirimu

Sewaktu kau hadir dalam hidupku
jiwaku bungkam
tidur hanya menambah lara
makan hanya menyambung nyawa
kelibatmu tak lekang dari fikiran
hari-hari mengintaimu
dibalik cermin ini
bagai hidup ini
hanya untuk dirimu,

Setiap pagiku tiada lain
memerhatikan wajahmu
menilai setiap inci tubuhmu
menghargai setiap nikmat kata-katamu
wajahmu sentiasa bersama
makan
tidur
ulangkajiku
fikiran entah kemana
meroyan memikirkan dirimu
yang indah
cantik dan memukau
malamku juga begitu
tidur diganggu
jika sebelumnya tidak berdampingan
dan menghayati kata-kata indahmu,

Aku kabur
semua orang mahukan dirimu pula
meragut ghairahku padamu
kini dirimu kuserah
ambillah semua semahumu
aku tidak mahu dengar lagi nama itu
dia menggangu belajar ku,

Blog... blog...
memang dirimu menggila
siswa-siswi kini dihantui dirimu
siang malam mereka meratah tubuhmu
aku pun tidak tahu
sedang imtihan mengejar mereka
aku takut mereka akan
gila bayang pada susuk tubuhmu
belajarlah rakan-rakanku
bertatih dengan blogmu itu...



/* Kepada semua pembaca... sindrom 'gile-blog' sudah melanda... kalau boleh jangan sampai mengganggu study kita. Sikit sahaja lagi. Lepas habis semua exam, baru kita sama-sama ber'gila' dengan blog, ok !!!...
/* Penulis amat risau... exam dah dekat kawan...
/* Penulis meminta maaf sekiranya bahasa agak 'seksi' dalam sajak ini... tetapi ianya adalah seni menulis...

1 comment:

Anonymous said...

blog memang berhantu..harap berterusan berblog dan dapat dijadikan tempat tercerna pemikiran, medan penyebar maklumat dan penyebar fikrah islamiyah as-sohihah..non stop blogger..dont stop after AF 06 okehh!!!