Thursday, May 18, 2006

Ucapan Dari Paris

Sebelum mengulas panjang, ucapan tahniah dari saya untuk pasukan Barcelona kerana telah berjaya membawa pulang trofi Kejohanan Liga-Liga Juara Bagi tahun ini untuk kali yang ke-50.

Ucapan tahniah yang khas untuk kedua-dua pasukan, Arsenal dan Barcelona, kerana mempersembahkan suatu persembahan yang belum pernah saya tonton dalam mana-mana perlawanan mereka di peringkat kelab.

Ucapan tahniah yang khas dari saya untuk pasukan pilihan saya, Arsenal. Anda pasukan yang membuatkan saya berbangga walaupun kalah 2-1 pada malam tersebut.

Kalau Henry menyata yang pengadilan berat sebelah (seperti yang yang diberitakan oleh skysports), saya merasakan mungkin pada beberapa bahagian sahaja. Pertama, ketika kaki Henry dikepit dan dijatuhkan dari belakang, pada saya sepatutnya pengadil memberi kad pada pertahanan Barcelona. Tapi sekadar sepakan percuma.

Kedua, banyak sekali kelihatan serangan Barcelona terperangkap dengan perangkap 'offside' pertahanan Arsenal. Tetapi pengadil masih lagi berkelakuan biasa, menyebabkan ramai pemain Arsenal membantahnya. Itupun nasib baik salah seorang penjaga garisan yang sepatutnya dipertanggungjawabkan pada malam itu, Ole Hermann Borgan, ditukarkan oleh UEFA 24 jam sebelum perlawanan kerana gambarnya tersebar memakai baju skuad Barcelona. (Berita dipetik dari skysports.com)

Apapun segalanya telah berlalu. Keputusan masih tetap 2-1. Tidak dapat diulang kembali. Pasukan Barcelona pun sudah berjaya mengangkat trofi tersebut di Stade de France. Kekecewaan jelas kelihatan diwajah pemin-pemin Arsenal. Ayuh bersedia untuk musim akan datang !!!...

Arsene Wenger, jurulatih Arsenal juga menyatakan kebanggan beliau terhadap persembahan anak buahnya malam itu. Bermain dengan 10 orang pemain sejak minit ke 18 lagi (setelah Jens Lehmann dibuang padang setelah mengkasari Samuel Eto'o), Arsenal masih lagi mampu mendahului 1-0 dengan hasil tandukan Sol Cambell. Amat mengejutkan.

Persembahan menarik Arsenal (saya boleh katakan menarik kerana pemain Barcelona tidak dapat bola sedikit pun sebelum itu) terhenti setelah Lehmann dikeluarkan. Taktik harus ditukar kerana mereka hanya bermain 10 pemain sahaja. Mereka bertahan.

Pujian harus diberikan pada Henrik Larson kerana kejutan (kemenangan) itu datang melalui kakinya, bukan dari kaki pemain terbaik malam itu(Eto'o), dan bukan pula dari pemain yang orang ramai menggelar 'lagenda'.

"Come on Barca..." (penonton di Zahra')

Di Zahra', rumah ini awal-awal lagi sudah dipenuhi dengan penonton. Boleh saya katakan hanya 2 orang penyokong Arsenal sahaja termasuk saya. Yang lain hampir sepuluh orang menyokong Barcelona. 'Saya OK jer'. Hatta 100 orang yang menyokong Barca pun saya masih dengan skuad 'The Gunners' itu.

Tapi yang saya hairan ramai pula yang sebelum ini menyatakan kesetiaan pada pasukan mereka (Man... Uni..) turut terlonjak-lonjak menyatakan sokongan pada Barca. Saya hanya tersenyum. Mungkin kerana skuad mereka itu tidak ke final.

Tidak mengapa sahaja kalau menyokong, tapi kalau sudah berbangga seperti Barca itu pasukan kesetiaan mereka, saya rasa amat memalukan. Terkuburkah kesetiaan anda semua pada (Man... Uni..) ?. Ikut kamulah, pendirian kamu. Saya hanya mampu tersenyum.

Mungkin juga kalau 'Sunderland' yang berada di tempat Barca dan kelihatan boleh menang, saya yakin Sunderland pun akan menjadi pilihan mereka. Saya hanya tersenyum.

*/ Jaga-jaga Sunderland dengan penyokong seperti ini. Kalau mahu kenal orangnya, buka sahaja topeng-topeng mereka !...

2 comments:

Anonymous said...

tak kisah la. yang penting bukan arsenal yg menang. heheheh. bukan melibatkan pendirian, tp tula namanya psikologi...

IshaQHaniS said...

x kesah jer klu arsenal kalah... ok jer.. adat lar... mesti ade kalah dan menang... jgn menang sorak, MU tergadai...wakakaka