Monday, November 13, 2006

Ahmed Deedat

- Bicara Tokoh -

Syeikh Ahmed Deedat
Saya tidak tahu kenapa seghairah ini tahapnya. Saya tidak boleh melihatnya jauh sekali
mendengar namanya, tentu sekali dia selamanya menjadi kegilaan saya.

Kalau di Afrika Selatan, mungkin namanya tidak asing lagi. Ahmed Deedat adalah seorang pendakwah Islam yang muncul di tengah-tengah keghairahan mubaligh Kristian menyebarkan dakyah Kristianisasi mereka.

Jelas sekali jika kita membuka lembaran sejarah, hampir kebanyakan para ulama' dan du'ath (pendakwah-pendakwah) lahir dari persekitaran dan Biah Islamiyah yang tinggi. Mereka dikelilingi dengan barisan pendakwah dan alim ulama yang selalu menjadi rujukan umat Islam. Mereka berguru dan menimba ilmu pengetahuan dari ulama'-ulama' muktabar ini.

Afrika Selatan merupakan sebuah negara yang dijajah oleh 'keldai' putih. Mereka tidak lain hanyalah membawa mesej dan matlamat yang sama. Lihat sahaja matlamat Portugis ke asia tenggara pada pertengahan kurun ke-16. 3G (Gold, Gospel, Glory) memang menjadi dasar penjajah kemana jua. Tidak ketinggalan taktik mereka meninggalkan mubaligh-mubaligh untuk menyebarkan mazhab mereka di negara yang dijajah terlalu sukar diperasani.

Maka, tidak hairanlah Afrika Selatan menjadi pusat tumpuan mubaligh dan pastor Kristian menyebarkan fahaman mereka disamping terdirinya banyak gereja dan pusat peribadatan masyarakat Kristian.

Ahmed Deedat telah dilahirkan pada 1918 di daerah Surat, India. Tidak lama selepas itu bapanya yang bekerja sebagai penjahit baju berhijrah ke Durban, Afrika Selatan bersama beliau untuk meneruskan hidup setelah mengharungi kehidupan yang penuh dengan kemiskinan di India.

Beberapa bulan setelah berhijrah ke Afrika Selatan pada tahun 1927, beliau mendapat berita kematian ibunya yang disayangi. Kehidupan yang memeritkan terus berjalan mengikut arusnya. Dalam usia 9 tahun di negara yang asing, beliau berjaya melepasi halangan bahasa di sana. Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama berjaya dikuasai dan telah bersedia untuk meneruskan pembelajaran secara formal.

Pembelajaran formal berjaya ditempuhinya sehingga ke tahun 6. Beliau juga dikatakan antara pelajar yang menyerlah dan cemerlang dalam akademik. Setelah itu, akibat daripada permasalahan kewangan, Ahmed Deedat berhenti persekolahan pada umur 16 dan bekerja di sebuah stor kepunyaan orang Islam.

Disinilah segala-galanya bermula. Persekitaran stor yang berdekatan dengan pusat pengajian bagi mubaligh-mubaligh Kristian telah mencorakkan kehidupan Mr. Deedat.Setiap hari pelatih-pelatih di pusat berkenaan datang ke stor tersebut dan membuat pelbagai provokasi, penghinaan dan propaganda terhadap Islam. Mereka cuba mempengaruhi dan menyebar dakyah kepada Ahmed Deedat dan pekerja di stor tersebut.

Dalam beberapa kesempatan masa, Ahmed Deedat telah menemui sebuah buku yang begitu besar mempengaruhi kehidupannya. Ia bagaikan suatu 'booster' yang telah mengubah segala kehidupannya. 'Izharul Haq' yang bermaksud 'Kebenaran Yang Muncul' ataupun 'The Truth Revealed' membawa pembacanya menyelusiri teknik-teknik dan kejayaan gerakan Islam di India menyekat dakyah Kristianisasi.

Suatu semangat telah meletus di benak beliau. Dengan membeli sebuah 'UnHoly Bible' beliau mula mengkaji dan mengadakan beberapa siri perdebatan dengan pelatih di pusat pengajian mubaligh disana. Sehinggakan pada suatu ketika pelatih tersebut tidak dapat memetahkan hujahan daripada beliau lantas memenggil guru dan pastor mereka untuk berhujah dengan beliau.

Sejak itu, Ahmed Deedat telah memulakan langkah dakwahnya di tempatnya dan beberapa negara jiran. Beliau telah menubuhkan beberapa kelas pengajian Bible (Bible Studies) dan memberikan beratus-ratus ceramah. Beliau akhirnya menubuhkan As-Salaam iaitu sebuah institusi untuk melatih propagator Islam.

Kemudian, dalam meneruskan amanah dakwah, beliau menubuhkan 'Islamic Propagation Centre International' (IPCI) dan menjadi presidennya. Sejak itu beliau telah mengelilingi dunia untuk menyebarkan dakwah Islam dengan mengadakan beberapa ceramah serta debat berkenaan dengan perbandingan agama (Comparative Religions).

Berkat kesungguhannya, pada tahun 1986 beliau dianugerahkan dengan anugerah King Faisal International Award, salah sebuah anugerah berprestig yang diiktiraf dalam dunia Islam. Beliau juga telah menghasilkan pelbagai karya ilmiah dan antara yang agak popular diantaranya adalah 'The Choice' (buku yang belum habis-habis lagi saya membacanya).

Pada Ogos 2005, dunia ditimpa kesedihan diatas pemergiannya. Pemergiannya merupakan kehilangan sebuah mutiara yang mana menjadi suara agama Islam dalam memperjuangkan apa yang terdapat dalam Al-Quran da As-Sunnah iaitu fasadnya agama-agama samawi selain Islam.


***

Setakat ini penulis masih belum menemui orang yang layak menggantikannya dalam lapangan perbandingan agama ini. Tetapi alhamdulillah nama-nama seperti Dr.Zakir Naik, Dr. Jamal Badawi, Yusuf Estes serta beberapa nama lagi telah menjadi tunjang perjuangan selapas pemergian beliau.

Kita mungkin tidak mengenal Ahmed Deedat, ataupun mendengar namanya. Kalau kenal pun kita mungkin menganggap biasa-biasa sahaja. Tetapi sedarkah kita berapa ramai orang bukan Islam yang telah beliau Islamkan? Berapa ramaikah mubaligh-mubaligh dan pastor Kristian yang telah mengucap dua kalimah syahadah setelah mendengar ceramah dan debat beliau?. Mungkin bilangannya lebih ramai dari pendakwah yang kita kenal. Siapa tahu?...

Untuk ruangan yang akan datang InsyaALLAH jika berkesempatan saya akan cuba untuk mengupaskan tentang kepentingan ilmu perbandingan agama bagi para pendakwah secara umumnya.

*/ Itupun jika tidak disibukkan dengan kerja-kerja picisan yang lain.

No comments: