Saturday, November 18, 2006

Bahasa Terindah (Al-Amin)

Saya tidak tahu mengapa begitu meranum hati ini gugur dan masak setelah mendengar lagu ini. Begitu tersentuh jiwa mendayu-dayu mengalunkan lagu puisi ini. Entah mengapa Tuhan memberikan suatu booster ilham kepada Ramli Sarip untuk mencipta lagu bagi beberapa bait puisi ini.

Saya pernah ketemu dengan buku Al-Amin ini. Terkandung berpuluh ribu bait puisi dari kulit depan hingga ke belakang bukunya hasil coretan ilham Dato' A. Samad Said untuk menceritakan sirah Baginda S.A.W. Semoga Allah mengurniakan hikmah kepada Dato' dan merahmatimu.

Pernah saya berkenan untuk membelinya di sebuah kedai buku. Tetapi terpaksa berfikir 4-5 kali untuk membelinya kerana harganya (bukunya memang tebal). Saya kekurangan duit ketika itu.

Ramli Sarip - Bahasa Terindah (Al-Amin) -
lirik : Dato' A. Samad Said

Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusyuk setiap ayatnya,

Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak teras bergema,
Disampai arah berkilas maksud serentak,
Tapi jelas intinya,

Tidak sedetik pun Allah menghindar,
Atau mencemuh Nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
Penuh baraqah.

Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya,
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.

*/ Kalau berminat boleh donlod sendiri lagunya. Tak pun datang ke rumahku dan membawa 'pendrive'mu.

No comments: