Tuesday, December 19, 2006

The Wahabi's Code (1)

(Siri Penyiasatan 1)

- Membongkar rahsia di sebalik gerakan militan tabdi' semasa... -

Soalan : Adakah perlu saya menulis tentang perkara ini di dalam blog saya?
Jawapan : Ya, kerana ini blog milik saya.

Soalan : Pastikah nanti ada yang terasa?
Jawapan : Mungkin juga...

Soalan : Tidak takut mereka menghentam semula?
Jawapan : Silakan... saya ok jer...!!!

Mufti Muda

Tahniah alu-aluan saya ucapkan kepada mufti muda kita di atas perlantikannya sebagai mufti rasmi kerajaan negeri 'di hujung sana'. Yang terus menjadi persoalan dalam benak saya ini sejak dari perlantikannya adalah persoalan untuk menteri besarnya :

"Sudah tidak ada calon lain? Adakah si 'dia' yang paling layak dalam berjuta pemimpin agama di Malaysia? Ataukah sekadar untuk test market / power? Ulama'-ulama' kelahiran negeri itu di mana? Adakah semua sudah berkahwin 2,3,4 dan tak layak menjadi mufti? Ataupun orang 'lama' dilihat sebagai tidak berguna (useless), lantas menaikkan orang muda yang se'kepala'?

Terus terang saya katakan bahawa jawapan tentang persoalan itu tiada dalam benak saya. Maklumlah orang 'lama' ini pengalamannya lebih luas, tidak terburu-buru dalam tindakannya, akal dan pemikirannya matang, pengalaman banyak mengajar mereka, dan kata-kata mereka lebih berhikmah.


Tengok sahajalah cara berfikir orang-orang tua Melayu. Mereka bukan 'sengal' untuk tidak memberi anak cucu membuka payung di dalam rumah dengan alasan nanti dimasuk ular. Hikmahnya supaya nanti bucu besi payung tidak memudaratkan orang di dalam rumah. Cukup cantik. Anda hanya mengikuti kata-kata semasa kecil kerana takutkan ular dan apabila anda dewasa anda akan berkata "oh patut la emak aku tak bagi main payung dalam rumah dulu".

Waqie'nya sama sahaja dengan menyabung kaki, bersiul, menyanyi sambil masak, dan wanita bangun tidur lambat . Semuanya dinasihati dengan hikmah kerana kita tidak pandai berfikir dan cara itulah yang terbaik untuk menasihati anak-anak. Begitu cantik mereka memberi nasihat dengan hikmah agar anak-anak mereka jadi manusia yang berhikmah.

Jadi samakah hikmah orang tua dan hikmah orang muda? Anda patut menjawabnya...

Mufti dari segi istilahnya adalah orang yang berfatwa ataupun insan yang bertanggungjawab menaqalkan fatwa-fatwa ulama' terdahulu yang dilihat selari dan bersesuaian denagn waqie' terkini demi kemaslahatan ummah. Dan istilah mufti selama mana saya mengaji ilmu, belum ada lagi ulama-ulama yang mendahulukan syarat PHD ataupun gelaran Dr kepada mereka yang bergelar mufti sebagai syaratnya !!!

Persoalannya, bolehkah bermuftikan orang muda? Jawapannya jelas, boleh.

Pernahkah anda terbayang ulama-ulama yang tua di Malaysia sudah dikebumikan semua, sehingga mana golongan muda 'terpaksa' diangkat menjadi mufti? Adakah mungkin itu yang berlaku di sana (kawasan as-Sunnah digelarnya)???

Bukankah syarat yang diutamakan untuk menjadi mufti adalah yang berilmu. Adakah pula PHD dan Dr merupakan kayu pengukur ilmu?

Nah, saya mengatakan yang lebih ahsan adalah yang lebih ilmunya. Lebih ilmunya itu kerana lebih pengalamannya. Lebih pengalamannya itu kerana lama hidup dan tua umurnya. Belum pernah pun saya terjumpa seorang guru muda lepasan maktab bila minta kerja terus menerus diangkat menjadi guru besar memimpin sekumpulan guru tua.

Sebab itu persoalan saya diawal tadi, sudah tiadakah lagi alim ulama' di Malaysia ini sehingga 'dia' menjadi calon terakhir? Mufti bukanlah atlit renang yang suka-suka boleh dipilih. Mufti adalah tokoh yang menjadi panduan dan rujukan pada masyarakat.


Sekadar gambar hiasan
(tidak mencerminkan pendirian penulis)

Persoalan cemburu atau tidak bukanlah pokok utama saya menulis. Sesungguhnya saya tidak ada bercita-cita pun untuk menjadi mufti apatah lagi menjadi mufti di usia muda. Ditambah lagi dengan bidang syariah dan undang-undang bukan pengkhususan saya.

Kesimpulan apa yang saya tulis ini mudah sahaja. Tidakkah anda terfikir wujudnya ikatan diantara mufti ini denagn menteri besar yang menaikkannya, sehingga orang 'lama' yang lebih layak diketepikan? Adakah mereka mempunyai cita-cita dan propaganda yang sama? Apakah yang sama-sama mereka perjuangkan? Dan apakah sebenarnya ikatan dan persekongkolan yang wujud di antara mereka berdua ini? Siapakah dalang di sebalik fikrah dan hadaf (matlamat) mereka?

Persoalan-persoalan ini saya tinggalkan untuk anda berfikir dan menilainya...!!!

/* Saya tidak menyerang sesiapa... tetapi mengajak pembaca memikirkan tentangnya...
/* Kami dituduh datang dari negeri Darul Bid'ah...!!!

3 comments:

syahid_zul said...

Alhamdulillah...
satu tulisan yg menarik..
Saya ada pandangan yang agak lain dr saudara..
Ada masa sila ke http://pena-siasah.blogspot.com/
Renungkanlah..
wassalam.. =)

Anonymous said...

usia tidak melambangkan ketinggian ilmu. mengikut riwayat, imam syafie menjadi mufti dalam usia 25 tahun..ketika imam syafie berusia 15 tahun, mufti mekah ketika itu, muslim ibn khalid al-zinji berkata kepada beliau: "wahai abu abdullah, berilah fatwa, kerana Allah sudah tiba masanya kamu berbuat demikian".

IshaQHaniS said...

Hakikatnya komen anonymous tidak patut dilayan...
tapi layan sket la...:
inilah akibatnya kalau mufti mee segera sudah diangkat selayak dengan imam syafi'e, sy pun x pernah menafikan hak org muda berilmu. Imam Nawawi pun sebelum umur 30an sudah menyiapkan berpuluh-puluh buku...
persoalannya bukan patutkah orang muda dilarang menjadi mufti. Tetapi hakikat persoalan adalah patutkah orang yg lebih lama dan berpengalamn diketepikan.

Mungkinkah ada "misi" yang sama diantara mereka berdua...????