
Idea memang ajaib, sekali gus bagai misteri. Ia datang secara tiba-tiba entah dari mana; mungkin dari langit, mungkin dari minda bawah sedar. Boleh pula ia muncul ketika seseorang terlibat dalam percakapan, membaca buku, mendengar bisikan suara, menyaksikan kesesakan lalu lintas, sewaktu makan, minum, dan sebagainya. Dalam kata-kata Crichton, ”Segala-galanya terjadi sekali gus sama ada cerita, latar belakang, watak-watak, dan seterusnya.”
J.K Rowling, seorang penulis yang terkenal dengan siri novel Harry Potter juga mengaku gagasan ideanya tentang tokoh utama dalam novel itu datang secara tiba-tiba. Dalam perjalanan kereta api antara Manchester dan London, tokoh-tokoh, latar cerita, dan bahkan jumlah siri (3

Namun, apakah idea, jalur fikiran, dan latar cerita, benar-benar muncul tiba-tiba? Penulis percaya semua itu datang melalui pengalaman, pengetahuan dan fikiran yang tersimpan lama, dan kemudian meletup ke permukaan manakala ’tersentuh’ atau termotivasi oleh ’sesuatu’ yang lain seperti: buku, peristiwa, idea yang lain, percakapan dan sebagainya. Tanpa ’penyimpanan’ lama, tidak akan terjadi ’ledakan tenaga’ yang begitu dahsyat seperti dalam Jurassic Park, Harry Potter, Bumi Manusia, The Firm ataupun Imam.
Menulis melepaskan tenaga atau energi, tidak hairanlah suatu hasil penyelidikan menunjukkan bahawa menulis merupakan kegiatan positif yang mampu mengurangkan stres seseorang. Karya penulisan yang hebat merupakan buah pelepasan energi yang dahsyat. Tidak akan ada yang ditulis jika tidak ada yang dibaca. Sama seperti tidak akan ada darah yang mengalir ke seluruh tubuh jika tidak ada makanan dan minuman yang masuk dan dicerna oleh usus.
Crichton mengucapkan hal yang sama, terutama melalui pembacaan, ketika ditanya bagaimana dia mendapatkan maklumat teknik untuk menciptakan kisah-kisah tentang DNA dinosaur, perjalanan menembus waktu mahupun rekayasa genetik. Tentu sekali kesemua hal ini dibantu oleh bakat dan imaginasi Crichton. Penulis percaya membaca dalam pengertian teks dan mengeja kata-kata laksana sejenis ’bahan bakar’ yang sekali gus peransang imaginasi, emosi dan fikiran.

Oleh itu segala buku, isi cerita, pelbagai tulisan dan percakapan merupakan idea bagi ’isu pokok’. Tanpa idea, kesemuanya absurd belaka. Dan, idea berkembang manakala imaginasi tidak dibatasi. Pada masa yang sama, teks hanyalah alat untuk menyampaikan idea. Tanpa idea, teks hanyalah rangkaian huruf semata-mata. Dan, tanpa teks atau simbol, idea mungkin kehilangan makna.
No comments:
Post a Comment