Thursday, July 26, 2007

Inilah Dunia

Selama seminggu lebih saya berantakan. Berhadapan dengan buku dasar yang tebal-tebal dan membujur duduk berhadapan komputer memeningkan kepala saya. Mana tidaknya, saya terpaksa mengulangkaji buku Rancangan Malaysia Ke-9 yang sebegitu tebal untuk memahami situasi. Dan ada ketikanya saya terpaksa membuka buku pengajian am dan dasar-dasar perkhidmatan awam di Malaysia untuk memanipulasi cerita.

Jikalau saya dipanggil untuk temuduga pegawai tadbir diplomatik, sudah tentu dasar-dasar kerajaan ini sudah lekat berada di benak kepala saya. Dalam satu situasi sememangnya ia amat sulit dan memenatkan, tetapi dalam aspek yang lain ia suatu pengalaman dan ilmu bantu baru yang saya dapat.


Inilah yang berlaku selama seminggu lebih ini menyebabkan blog ini dimaki umpat kerana tidak ber'update', malah komen-komen pengunjung juga tidak dibalas dengan sebegitu hormatnya.


Bukan apa, hakikatnya saya punya tugasan yang berlabelkan 'kerajaan' yang tidak boleh dihebah-hebahkan (tersenyum). Bukanlah terlalu sulit untuk diberitahu, tetapi ia lebih
melibatkan urusan perorangan yang perlu untuk saya bantu. Mana tahu, mungkin jika tertumpahnya rezeki dari hasil usaha itu akan menambahkan lagi wang saku saya, (huhuhu...) siapa tahu?

Saya sudah berkeyakinan dan sudah mula bernafsu semula untuk
menulis memandangkan tugasan tersebut telah hampir selesai. Sejujurnya, sejak membeli sebuah kamera awal tahun lalu, minat menulis saya telah dikikis hari demi hari.

Semacam orang berbini baru! Tumpuan saya lebihkan pada kemahiran melaras kemera dan teknik mem'photoshop' gambar daripada membelangkaskan diri dalam menulis. Setiap hari saya belajar teknik-teknik dari jurugambar-jurugambar profesional di laman fotopages. Semacam disihir. Tidak bernafsu untuk menulis, ataupun kata lainnya mengalami disfungsi nafsu keghairahan tahap kedua terhadap bidang penulisan. Inilah dunia.


Saya sudah berazam mahu menulis semula.
Mahu jadi pencungkil idea seperti Shaharom. Doakan idea dan ghairah menulis untuk dapat kembali semula. Hanya dengan menulis, anda akan berfikir, membaca dan mengkaji. Ia akan datang secara semulajadi bila anda bersedia mahu manulis. Hanya Syafiq Zulakifli yang tahu siapa itu ’Shaharom’, si pencinta buku...

3 comments:

Sarah said...

salam...
Saya juga mengenali beliau.En Shaharom TM Sulaiman adalah salah seorang pensyarah di fakulti saya. Cuma belum diajar oleh beliau saja, mungkin nanti di tahun akhir saya.
Dah ada koleksi buku tentang buku beliau (terbitan utusan)?

Sarah said...

saya nak letak link ke sini dalam blog saya, harap diperkenan :)

IshaQHaniS said...

Erm... begitu teruja saya dapat bersapa dengan bakal anak didik En.Shaharom. Saya ada sebahagian sahaja koleksi buku beliau, masih dalam pencarian, maklumlah bukunya agak sukar saya cari di johor ini.

Terpulanglah untuk letak link atau apa, tiada masalah untuk saya. Terima kasih berkunjung.... :-)