Friday, March 30, 2007

Berlagak Tuhan

Saya tidak menyibuk, tetapi dia yang bertanya pada saya.

Salafi : Awak tahu apa itu Syi'ah?
Saya jawab : Tahu, satu jemaah daripada orang Islam.

Salafi : Mereka itu orang-orang yang bagus ataupun tidak? (Tersengih)
Saya jawab : Mereka bagus, walaupun ada beberapa perkara yang kurang.

(Si Salafi itu terbeliak biji mata memandang saya, dia mula naik angin. Dia pasti tidak sangka pertanyaan main-main dia dijawab sebegitu oleh saya. Sebetulnya, saya sengaja mengatakan orang Syi'ah bagus walaupun tidak bermaksud begitu, supaya perbualan ini boleh menjadi lebih panjang. Jika saya katakan tidak, saya fikir dia akan berhenti bertanya lagi).

Salafi : Mengapa kamu kata mereka orang-orang Syi'ah bagus?
Saya jawab : Sebab mereka orang-orang yang berani. Mereka berani untuk menentang Amerika. Kamu tengok orang-orang Sunni, mereka penakut dan tunduk dengan Amerika.

Salafi : Jadi, kamu ini ahli Sunnah atau Syi'ah?
Saya jawab : Tentu sekali saya Ahli Sunnah. (Ketawa)

(Dia menarik tangan saya. Membawa saya ke bahagian tepi kedai).

Salafi : Jadi, kamu kata orang yang mencela para sahabat, menuduh isteri Nabi s.a.w berzina, dan tidak mengiktiraf hadis dalam Sunan Sittah, kamu kata mereka baik?
Saya jawab : Tidak, itu perkara yang tidak baik. Itu adalah pegangan dan kefahaman mereka. Tetapi mereka tetap orang Muslim, dan mereka saudara kita dalam agama.

Salafi : Orang yang mengingkari Al-Quran, kamu kata mereka orang Islam?
Saya jawab : Mereka bukan mengingkari Al-Quran, cuma Al-Quran disisi mereka, mereka gelarkan sebagai Mashaf Fatimiyah, berbeza pada beberapa tempat dengan Al-Quran yang kita gunakan. Tetapi kamu tidak boleh mengkafirkan mereka.

Salafi : Mereka jelas tidak menerima hadis dari Bukhari, Muslim dan Sunan Sittah, kamu kata mereka bukan kafir?
Saya jawab : Jadi, mengapa pula saya perlu katakan mereka itu kafir. Mereka ahlul qiblah, mereka solat, mereka berpuasa, mereka bayar zakat, mereka mengerjakan haji, dan paling penting mereka mengaku tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruhnya (cukup rukun Islam yang lima). Mereka tidak mempersekutukan Allah. Tidak ada sebab untuk aku mengkafirkan mereka.

Salafi : Habis, bagaimana dengan seribu satu macam perkara yang melanggari syara' yang mereka lakukan?
Saya jawab : Itu memang suatu kesalahan, itu dosa mereka atas kesalahan mereka. Kalau berdosa pun, tentu antara mereka dengan Allah. Tak ada sebab untuk kamu mengkafirkn mereka.

Salafi : Hish kamu ni...

Si Salafi tadi keluar. Pergi ke maktabah (kedai buku) sebelah untuk mengambil beberapa buku, mahu ditunjukkan pada saya beberapa kesalahan Syi'ah, untuk menambahkan lagi yakin saya yang syi'ah itu kafir. Akhirnya dia datang semula dan kali ini dia dihalau oleh tuan maktabah tempat saya membeli.

"Kamu mengganggu pelanggan saya!".

Wah, habis semua orang hendak dikafirkan oleh si syeikh Salafi ini. Kamu fikir kamu berjanggut panjang dan berjubah, kamu sudah boleh berlagak Tuhan, menghantar dan mengagihkan-agihkan manusia, sama ada ke syurga atau ke neraka?

Saya bukan membela Syi'ah, tetapi cukup kesal dengan sebahagian golongan dalam masyarakat Sunni kita ini. Memperjuangkan Sunnah katanya, tetapi tidak mengamalkan Sunnah langsung dalam berdakwah.

Mereka ini boleh saya katakan sebagai buta dan separa munafiq. Mana tidaknya, menganggap orang yang Islam (walaupun ada sedikit lari fahamannya), lebih kafir daripada orang yang betul-betul kafir. Yalah, orang yang agak berbeza fahaman mereka ini, sebenarnya mereka ini 'commit' pada agama.

Tetapi mungkin kejahilan dan kelemahan orang yang terdahulu menyebabkan mereka tersasar dari matlamat yang sebenar. Bahkan masih ramai lagi manusia yang berlencanakan Islam, tetapi langsung tidak melakukan amali Islamnya. Mereka berterang-terangan melakukan dosa-dosa besar, dan hampir-hampir boleh terkeluar dari Islam. Orang seperti itu jika kita fikirkan lebih layak untuk kita kafirkan berbanding orang-orang yang 'commit' ini.

Tetapi ingat! bukan kerja kita untuk mengagih-agihkan hak kafir dan Islam pada manusia. Syurga dan neraka itu kerja Allah. Dia memasukkan hambaNya ke dalam syurga atas tiket rahmatNya, bukan tiket mazhab. Tak perlulah mengambil alih kerja Tuhan. Sudah cukup bagiNya mentadbir alam, syurga dan neraka, tanpa perlukan bantuan manusia.

Double Standart

Double standart. Itu mungkin lebih tepat untuk menggambarkan tentang mereka ini, iaitu mereka yang berdakwah pada bukan Islam dengan begitu lemah lembut dan berhikmah sekali, tetapi berdakwah pada orang Islam yang tersasar ini dengan kalimah takfir dan tabdi'. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengembalikan semula mereka yang tersasar ini pada jalan kebenaran.

Jadi dimanakah letaknya Feqh Dakwah anda? Di lutut? Atau di celah punggung? Tidakkah anda tahu bahawa dakwah itu untuk dua ummat sasaran; ummatul dakwah (orang kafir), dan ummatul ijabah (orang yang telah menerima Islam)? Mereka kedua-dua ini berhak untuk mendapatkan layanan yang setara dan berhikmah dari orang yang berdakwah.

Pendek kata, orang-orang yang berkepentingan ini selalu sahaja menambah minyak pada bakaran api yang kecil. Sekecil-kecil perkara yang boleh diselesaikan dalam masa tiga saat, dijadikan minyak untuk membakar dan menyemarakkan api perpecahan berabad-abad. Mungkin itu realiti perkara yang berlaku antara Sunni dan Syi'ie di timur tengah yang tak berkesudahan.

Bagaimana kita mahu melihat konfrontasi Sunni dan Syi'ie ini akan berakhir, kalau sekiranya kedua-dua belah pihak keras kepala dan taksub, tidak mahu mengalah. Sebagai seorang Sunni, dirasakan kita perlu lebih terbuka dan berhemah, disamping menunjukkan adab dan tata susila dalam menarik mereka kepada kebenaran. Biarlah mereka berkerasan, kita tidak perlu balas dengan kekerasan, bahkan lebih cantik membalas mereka dengan senyuman.

*/ Selamat menyambut Maulidur Rasul.
*/ Kelahiran Rasul s.a.w adalah lambang kelahiran Islam di dunia ini.

6 comments:

Anonymous said...

Petikan dari tulisan di atas :-
"Jadi dimanakah letaknya Feqh Dakwah anda? Di lutut? Atau di celah punggung? Tidakkah anda tahu bahawa dakwah itu untuk dua ummat sasaran; ummatul dakwah (orang kafir), dan ummatul ijabah (orang yang telah menerima Islam)? Mereka kedua-dua ini berhak untuk mendapatkan layanan yang setara dan berhikmah dari orang yang berdakwah."

Harap saudara dapat terangkan dengan lebih lanjut maksud 'layanan yang setara itu'.

IshaQHaniS said...

Kalau tak perasan, mungkin anda boleh berulang kali membaca ayat di bawah ini dalam petikan:-

"...iaitu mereka yang berdakwah pada bukan Islam dengan begitu lemah lembut dan berhikmah sekali, tetapi berdakwah pada orang Islam yang tersasar ini dengan kalimah takfir dan tabdi'..."

Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? (Az-Zumar : 9)

yussamir bin yusof said...

Assalamualaikom..Harap saudara dpat mengenali saya lagi..dah lama tidak buka blog ini...saya suka dengan cara saudara membela saudara islam kita(syiah),tapi dalam satu sudut saya tidak berapa setuju iaitu saudara memukul rata semua salafi(saya sebnrnya tidak suka menggunakan penglabelan2 ini) sebegitu rupa akhlaknya...Analoginya bergini,Islam itu adlah agama yang suci dan memang sudah lengkap tapi yang menjadikan Islam itu comot dikalangan orang bukan Islam ialah Muslim itu sendiri.Bukan agamanya yang bersalah tapi penganutnya yang tidak faham dan mengerti sepenuhnya ajran Islam.Begitu juga dengan manhaj Salafi,manhaj nya cantik dan fleksibil tpi mereka2 yang mengunakan method ni secara tidak berhikmah itu lah yng menjadikan ianya comot.Dan saya bercakap bukan atas dasar memihak mana2 tapi kita kadang terlupa yang kita juga kadang2 tidak adil dalam menilai dan mempertimbangkan sesuatu perkara akibat dari sikap prejudis kita.Allah telah berfirman “Dan janganlah kamu tertarik kerana kebencian suatu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil,Maka berlaku adillah kerana keadillan itu lebih dekat lepada takwa…” (al-maidah:5)..HArap ayat ini menjadi iktibar pada saya dan juga saudara dan juga semua umat islam....salam ukhwah dari sahabtmu ~Ibnuyusofaljohori~

IshaQHaniS said...

Salam...
Terima kasih atas teguran yang membina dan saya akan pastikan yang saya mengambil berat pada peringatan saudara ini.

Sebenarnya bukan saya tak perasan apa yang saya tulis, tetapi kadang-kadang saya sengajakan. Atas alasan apa? mungkin saya punya sebab dan alasan yang tersendiri.

"Saya adalah seorang budak yang pengotor, hingus meleleh dan tahi hidung bersepah. Saya selesa dengan keadaan itu walaupun bukan atas fitrah yang betul.

Suatu hari ditakdirkan saya memasuki tadika, dan rakan-rakan tidak selesa dengan kepengotoran saya. Mereka tidak mahu menegur saya kerana jika ditegur, pasti saya marah, ego dan mematahkan ejekan mereka dengan alasan hujah yang tersendiri. Saya selalu berhujah yang bersikap selekeh dan kotor itu tabiat dan sikap orang zuhud, walaupun hakikatnya bukan.

Akhirnya setelah puas mereka berbincang, maka rakan2 memanggil saya dengan panggilan pengotor. Ya, memang saya suka walaupun terasa memalukan dan terhina.

Akhirnya, setelah sekian lama mereka menggunakan taktik itu, saya berubah. Saya sudah boleh berfikir dan menilai bahawa pengotor itu bukan sikap yang baik dan mulia".

Hebat betul kawan2 saya tadi berdakwah, walau hanya menggelarkan saya pengotor, akhirnya saya sendiri malu dan mampu berubah sikap.

"Mungkin ini lebih adil bagi saya untuk mereka"...

Anonymous said...

Hahaha....mantap
Memang mereka berlagak seperti Tuhan yang tahu isi hati manusia, sehingga gampang mengkafirkan umat Islam lainnya

Anonymous said...

Islam itu satu......ga perlu ada itu mashaf2an
Islam itu wajib dan harus panduannya al-qurban dan hadis, ga perlu teriak2 kelompoknya yang paling mengamalkan Alquran, dan mengatakan kelompok2 yang lain tidak mengamalkan Alquran dan hadis