
Bagi saya dia tidak pernah mati. Dia sentiasa hidup. Orang selalu berkata bahawa mereka ingin menziarahi maqamnya, tetapi saya selalu berkata bahawa saya ingin menziarahinya. Saya tidak mengatakan yang saya ingin ke maqamnya, sebab dia tidak pernah mati. Orang yang tidak mati maka tiada maqam atau kubur. Dia masih hidup lagi. Setiap hari dia mangajar saya dan anda sekalian mengenal Tuhan.
Saya amat percaya dengan kata-kata Allah, bahawa ada dikalangan hamba-hambanya yang berjasad kaku, tapi hakikatnya hidup disisi Allah s.w.t:
وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
(Dan janganlah kamu menyangka bahawa mereka yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhan mereka, mereka itu diberi rezeki)
Al-Baqarah : 169
Imam asy-Syafi’e tidak pernah berhenti mengajar saya dan kalian semua mengenal Tuhan, kerana namanya tidak akan padam. Anda boleh membubuh liquid paper pada namanya dalam kitab anda, tetapi pasti anda tidak mampu untuk memadam namanya pada seluruh kitab di dunia ini. Namanya tidak akan padam sama sekali, ilmunya akan sentiasa bercurah untuk setiap generasi. Dan pagi rindu itu berhati sebak kerana sudah lama saya tidak menziarahinya. Kali terakhir pun sebelum pulang ke Malaysia tiga empat bulan lalu.
Dalam perjalanan pulang, saya bernasib baik kerana bertemu Sabri ketika sedang menziarahi Imam Waqie’, guru kepada Imam asy-Syafi’e. Sabri datang setiap minggu untuk membersihkan maqam seorang guru ini. Kali ini dia mengajak saya masuk. Saya tersenyum kerana selalu hanya berdiri di luar maqam setiap kali menziarahinya, tetapi ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke dalam ruang maqam tersebut.
Saya melihat disisi maqamnya ada syair popular yang ditulis Imam asy-Syafi’e di dalam diwannya:
شكوت الى وكيع سوء حفظي * فأرشدنى الى ترئ المعاصى
Saya minta izin keluar dan melangkah kaki lagi untuk menunggu bas di hadapan Masjid Sayyidah Aisyah, untuk pulang. Tetapi perut berkeroncong lagu cindai malam dan saya singgah sebentar di kedai untuk membeli makanan untuk ahli rumah. Asyik kerana layan berbual dengan

Musim panas semakin menuju ke puncak. Di dalam bas ketika pulang, saya sudah melihat kedai-kedai buah di tepi jalan sudah menyidai buah anggurnya, hijau dan unggu di bakul-bakul mereka. Kalau ikut pengalaman lalu, dimusim panas seperti ini kami akan makan anggur seperti makan nasi. Anggur murah dan bersepah-sepah.
Di awal ini biasanya akan dimulakan dengan anggur 'banatiy'. Asal perkataan 'banat' adalah perempuan ataupun wanita. Saya pernah bertanya kepada seorang pekedai, mengapa dinamakan 'anggur banatiy'. Dia pantas menjawab, sebab anggur ini tiada biji. Saya mencelah, ohh... begitu, jadi kiranya anggur yang ada biji dipanggil 'anggur rijaliy' lah? (anggur lelaki), begitu? Kami ketawa. Jahat sungguh. Lihatlah, bukan sahaja manusia yang menjadi mangsa labelisma, bahkan buah-buahan seperti anggur juga turut terlibat sama dilabel.
/* Tak sabar meratah anggur banatiy...
No comments:
Post a Comment