Saya selalu mengingatkan pada diri ini supaya sentiasa menjadi seorang yang gagah, jangan cepat tewas, selalu berusaha memperbaikinya dan yang

Ya, pijat. Ada sebahagian orang yang memanggilnya pepijat. Di mata saya ianya hanyalah perbezaan antara ’plural’ dan ’singular’ sahaja. Tak lebih dari itu. Cuma kalau ada pembaca dari Indonesia, saya peringat, pijat yang saya maksudkan adalah serangga kecil itu, bukan si tukang urut!
Dalam menganalisis sunnatullah pepijat, kita akan dapati pelbagai ayat-ayat (keterangan) tentang keizzahan yang Maha Pencipta. Nah, sekarang saya mahu merungkainya.
Seperti jawapan bagi soalan di awal entri ini, kita akan dapati bahawa pepijat adalah sejenis binatang yang sifatnya bergerak aktif di malam hari, dan apabila mentari memunculkan sinarnya, haiwan ini akan rakus mencari tempat berlindung. Ia seakan-akan suatu ciptaan teknologi yang anti-cahaya.
Pepijat adalah ibarat tong-tong darah. Dan kalau dikumpulkan sekalian pepijat di seluruh negara, kita akan dapati ia mampu menjadi alternatif buat pesakit-pesakit di hospital yang memerlukan darah. Jenis apa sahaja yang manusia mahu? O? AB? Kerana untuk menunggu

Ketika memikirkan tentang betapa rakusnya haiwan ini di malam hari, saya terfikir bagaimana ia juga mampu menyumbang di dalam perkembangan sosial dan politik. Gigitan seekor pijat dikala pagi hari mampu membangunkan seorang aktivis hak asasi manusia untuk memperjuangkan hak-hak manusiawi di bumi ini. Tak kurang juga tika seorang pengundi tersedar dari gigitannya pada waktu pagi lantas keluar mengundi pada hari itu yang mana undinya itu menyebabkan kerajaan yang memerintah waktu itu dijatuhkan dari tampuk pemerintahannya. Hebat tak hebat!
Baiklah, kita berbalik pada pepijat. Ya, selain keperluan pepijat sebagai alternatif dalam bidang perubatan dan sosio-politik, kita sering dapati manusia sering membenci haiwan ini. Pepijat

Pepijat sememangnya telah diajar oleh bondanya sejak dari kecil untuk menghisap darah. Tak kiralah, haiwankah, atau manusia. Kan manusia itu pun dalam istilah ilmu mantiknya adalah haiwan juga. Jadi mengapa perlu dimaki hamun? Kerana sememangnya pijat memerlukan darah untuk hidup, seperti manusia memerlukan udara untuk bernafas, untuk hidup. Adilkan? Kerana ianya adalah aset daruri!
Tak lupa juga, sikap manusia yang membenci pepijat, sama seperti manusia membenci manusia. Yalah, budaya melabel. Siapa yang tak pernah mendengar label dengan istilah Y2K pada tahun

Pijat, pijat... aku faham kau tak bersalah dalam hal ini. Manusia selalu tidak faham putaran dunia. Mereka tidak menilai kau seadil mungkin. Bukan kau yang pinta dilahirkan dari perut bondamu sebegini. Kau lahir sebenarnya sebagai ayat-ayat Tuhanmu. Ya, sungguh. Kau lahir dari perut gendut bondamu semata-mata mahu dijadikan ayat-ayat kebesaran Maha Penciptamu!
(Sedutan Khas Buat Sekalian Pijat) – Edisi Bumper
Aku mahu bicara pada kamu semua wahai pepijat yang membaca, dan untuk generasimu yang akan datang. Ya, dalam zamanku ini ada segolongan manusia dari kalanganku sendiri. Kalanganku, ya, kalanganku? Itupun kamu tidak tahu? Memang dasar pepijat!
Aku dari golongan agama wahai pijat sekalian. Ada dari kalanganku yang bersifat sepertimu. Mereka gagah sebagaimana gagahmu di malam hari. Mereka berilmu seperti mana guru-guru mereka berilmu. Kau mah

Sayang sungguh. Ilmu mereka banyak, tapi ilmu itu tak boleh dibawa kemana. Mereka lesu. Mereka tak mahu keluar pada masyarakat. Menyorokkan diri. Sepertimu. Di malam hari gagah perkasa, tapi di siang hari, lesu. Mereka tak keluar di siang hari. Lesu. Tak bermakna ilmu mereka itu selama ini. Ya, lesu.
Kalau saudara-saudaramu dari kalangan yang berada di Malaysia, cuba suruh ikut dalam beg pelajar-pelajar yang mahu belajar di sini. Kamu boleh lihat bagaimana tekunnya mereka berusaha di sini. Azim.... Kalah maulana. Pencapaian peperiksaan boleh melebihi manusia lain, tapi selepas tamat, lesu. Dia minta kerja, dan akhirnya hanya melakukan apa yang disuruh majikannya.
Kau tahu, Saidina Abu Bakar sewaktu hari pertama keIslamannya? Sudah mengajak 5 orang manusia jahili lain yang ke dalam agama Islam. Kau tahu betapa ramai para sahabat yang berkorban jiwa dan raga, berperang dalam meluaskan panji Islam. Membuka Afrika,

Wahai sekalian yang pepijat, aku punya wasiat untukmu. Tatkala engkau menghisap darah mereka ini di malam hari, maka kau bisiklah di telinga mereka. Jangan mereka ini jadi lemah, lesu, pondan dan dayus. Ayuh perjuangankan masa depan agama mereka.
Apa jua bidang kerja yang mereka masuki, bawakan Islam ke dalamnya. Ya, islamisasi. Islamisasi tanpa sebarang tag nama ideologi. Islam adalah Islam, tak ada salafi, tak ada syi’e. Setuju? Supaya tak ada lagi istilah idealogi kuih jipang yang karut marut itu lagi.
Ini wasiatku. Bisikkan di telinga mereka ya. Semoga jumpa lagi....
/* Pepijat kat umah aku lagi hebat, buat port kat dinding, santai jer. Tak ada sensor anti-cahaya lansung...
No comments:
Post a Comment