Ketika saya sedang mengupas kulit kentang untuk dimasak, saya sering berfikir mengapa kentang begitu penting sekali di dalam kehidupan rumah kami.
Kalau di rumah, dalam bab masak, kentang adalah aset penting nombor dua selepas bawang. Saya pun tidak pasti mengapa. Masak merah diletak kentang, masak lemak pun diletak kentang, apatah lagi masak kurma, sup dan kari. Semuanya akan diletak kentang. Dan yang paling membimbangkan, nasi goreng dan mee goreng pun tidak akan layak dipanggil makanan sekiranya tidak diletakkan kentang.

Bukan perkara penting pun dalam masakan, tetapi kentang seakan terbiasa untuk dimasukkan dalam setiap masakan. Jika ditanya mengapa? Itu hal peribadi kami (mungkin tak ada apa-apa yang lain hendak dimasukkan agaknya, itu sebab kentang menjadi pilihan).
Tetapi sebenarnya, kentang ini seakan-akan ubi. Diam-diam berisi. Makin lama di dalam tanah, makin besar dan sedap ia jadinya. Sekali dipandang, ia cukup menjengkelkan. Dengan serpihan-serpihan tanah di kulit, dan bentuk-bentuknya yang bulat, kecil, besar, lonjong dan seciput, kentang seakan-akan sesuatu yang buruk dan tidak cantik. Malah dijadikan bahan ejek, ”muka kau macam kentanglah...”, dan pelbagai lagi yang istilah yang menyakitkan hati.
Apabila mengupas kulit kentang ini, saya teringat pada seseorang. Budak kelahiran Setubal, Portugal. Ka

Tipu kalau anda mengaku peminat EPL, tetapi tidak kenal dengan anak bekas penjaga gol kebangsaan Portugal ini. Dia dilahirkan bukan untuk menyepak bola, tetapi kebolehannya pada seni menyuruh manusia bermain bola. Daripada menjadi seorang penterjemah kepada Sir Bobby Robson ketika memimpin Sporting Lisbon dan F.C Porto, akhirnya dia diberi peluang memimpin FC Barcelona B pada sekitar tahun 1996-1997.
Entri saya kali ini bukanlah untuk mengupas biografi Mourinho, bukan pula untuk menjatuhkannya, apatah lagi memujinya, tetapi saya lebih gemar untuk menfokuskan pada pemikiran dan personaliti yang dibawanya. Saya fikir itu semua adalah sesuatu yang sengaja dilakukan atas sebab-sebab tertentu, iaitu untuk mendidik dunia.
Lihat sahaja bagaimana riak wajahnya ketika di atas padang. Lebih-lebih lagi apabila dia sedar yang kamera sedang fokus pada dirinya, akan bermulalah perang psikologinya dengan penonton televisyen di rumah. Memang sesuai pun dengan lelaki ’psycho’ ini, dia punya ijazah sarjana

Sebelum bertandang ke medan tempur lagi (sebelum memasuki padang), dia sudah pun mula melancarkan roket psikologinya terhadap lawan. Siapa lawannya yang tidak pernah geram, Alex Ferguson? Arsene Wenger? Martin Jol? Raphael Bennitez? Semua mereka pernah berperang mulut dengannya. Media? Wartawan? Hatta lembaga atasan dalam Liga Perdana Inggeris pun pernah dituduhnya mewujudkan konspirasi untuk memenangkan pasukan Alex Ferguson bagi liga perdana musim 06-07.

Sebagai orang Asia, saya melihat ianya tidak lebih dari semangat berani seorang Alfonso de Albuquerque di atas bahtera Flor de Mar, di dalam perjalanan untuk membuat onar dalam wilayah Viking yang punya armada terkuatnya di tanah air sendiri!
Walaupun Arsene Wenger merupakan jurulatih luar pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, tetapi dia bukanlah orang yang boleh mengajar, menundukkan, serta mendidik sikap ego orang-orang British. Kedatangan Mourinho telah membantu memudahkan lagi proses tarbiyah terhadap pemikiran bangsa-bangsa penjajah.
Jose Mourinho, dia berperangai bongkak dan sombong untuk mengajar bangsa British bahawa mereka bukanlah bangsa yang terhebat di dunia ini. Dan sesungguhnya dia mahu dunia belajar dan mengerti bahawa kehebatan bangsa British selama ini telah pun ditundukkan oleh tangan hina, milik anak seorang penjaga gol yang berdarah Portugis. Ya, tangan hina anak seorang penjaga gol kelahiran Setubal yang berbangsa Portugis!

Saya berfikir dan akhirnya berkonklusi. Dia ibarat kentang. Di luar nampak buruk dan menjengkelkan terutamanya kotor dengan serpihan tanah, tetapi isi dalamnya berguna, mengenyangkan, dan sedap untuk diratahi jika anda bijak dalam hal memasak.
Sama ada dia kekal dalam pasukan Chelsea selepas ini, kita tidak pasti. Krisis yang berlaku antara dia dan pemilik Roman Abramovich nampak gaya menghimpitnya untuk meninggalkan Chelsea. Tetapi, walau apapun nasibnya selepas ini, sesungguhnya dia adalah seorang graduan ijazah pendidikan yang telah berjaya menjalankan tugas mendidik terhadap anak-anak muridnya yang cukup ramai, iaitu manusia berbangsa British.
Hati ini berminat sekali untuk menukilkan kata-kata Edmilson, pemain tengah kelab Barcelona, tentang diri pengurus pasukan Chelasea itu:
“The worst thing about playing against Chelsea is to have to listen to the stupidity of Mourinho”
/* Masih terpandang bumbung Stadium Emirates...
No comments:
Post a Comment