Friday, June 01, 2007

Mencari Matahari

(Edisi Khas)

”Kalau semua manusia ma
hu jadi matahari, maka bumi akan menjadi sunyi dek kerana bosan yang amat kritikal. Malam tak akan muncul lagi, sebab bulan sudah melepaskan jawatan pentingnya. Angin pun sudah malas untuk bertiup, sebab manusia sudah tidak lagi mahu menilainya. Ianya berlaku kerana semua manusia mahu menjadi matahari. Dan dunia bukan lagi sesuatu yang boleh dikongsi”...

Allah s.w.t menyebut dalam kitabNya :

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

(Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir) Ar-Ruum : 21

Ini adalah merupakan entri ucapan personal buat saudara lelaki @ abang kandung sendiri. Selamat mendirikan rumah tangga untuk kali pertama (moga tak ada yang keduanya) dengan pilihan hati orang Johor Bharu.

Dengan berlansungnya akad pernikahan pasangan muda ini, maka tugasku menjadi semakin lebih mudah untuk menghantar ’proposal’ bagi projek mesjid yang seterusnya kepada kedua orang tua. Semalam dia memberitahu aku betapa gementarnya detik-detik sebelum menghadapi hari pernikahan. Aku kata, tenang-tenang sahaja. Semua manusia pun akan menghadapi perihal yang sama.

Perkahwinan eksklusif memang lazimnya mencabar jiwa. Tanggungjawab pun lebih besar dan nilai kasih sayang harus menjadi pokok utama. Bila berbicara tentang ini, terfikir juga bagaimana untuk mencorak sebuah keluarga yang ideal. Dalam The Republic, Plato sering membawa bicara Socrates dan murid-muridnya berkaitan dengan sebuah nusa kerajaan yang ideal.

Namun Plato perlu sedar bahawa nilai sesebuah pemerintahan yang ideal itu berkait rapat dengan aspek nilai sosial sesebuah masyarakat. Apakah definisi ideal itu ada pada krisis budaya yang menular pada anak-anak kita kini? Atau juga pada darah-darah remaja yang mengalir bersama kuman-kuman HIV?

Justeru untuk menghasilkan pucuk yang baik dan elok, maka aspek akar adalah keutamaannya. Ya, akar yang ideal adalah asas bagi pucuk yang ideal yang lazat, yang boleh dibuat ulam cecah sambal air asam (perah limau sikit). Dan akar itulah hakikat sebenarnya yang dimaksudkan dengan sistem-sistem kekeluargaan yang akhirnya muncul menjadi sebuah kerajaan.

Teori kuno yang nampak mudah bukan? Nampak mudah jika dilakar diatas kertas, namun untuk menukar sebuah fantasi kepada realiti, ia seakan-akan memanjat anak tangga untuk menggapai langit. Namun bukan mustahil. Bukan hanya Akademi Fantasia sahaja yang mampu menukar mimpi anda menjadi realiti, malah keterbukaan kita untuk berubah adalah punca segalanya. Bukankah bermimpi minum air itu tidak akan menghilangkan rasa haus!

Kuncinya bagaimana ya? Jawapan yang amat mudah. Iaitu agama menjadi praktikal sebagai teras hidup. Bukankah ad-din itu an-nasihah? Dan pakejnya mudah diaplikasi dalam ruang lingkup yang santai-santai sahaja. Mudah bukan? Ia mudah jika agama menjadi teori dalam kehidupan seharian. Dan lagi, ianya menjadi lebih signifikan apabila kekuatan jiwa menjadi baja dalam merangupkan tarbiyah keluarga.

Firman Allah s.w.t :

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

(Dan bergaullah dengan mereka (isterimu) secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak) An-Nisa’ : 19

Sebab itu dalam masyarakat, masing-masing ada peranan yang tersendiri. Suami mencari rezeki, bekerja untuk memberi nafkah. Isterinya pula punya tanggungjawab menjaga milikan suami serta keluarga, dan anak-anak pula menjadi penghibur dalam rumah tangga dan jiwa ibu bapa.

Sebab itu, semua manusia jangan jadi matahari, biarlah jadi benda-benda lain. Kerana jika semuanya mahu jadi matahari, bumi akan terasa bosan, dan bulan tidak lagi akan kelihatan kerana manusia sudah tidak mahu menilainya.

Kesimpulannya, abang aku mungkin akan ketawakan aku bila dia membaca entri ini. Sebab adiknya yang belum berkahwin itu mahu cuba-cuba bermain dengan falsafah tentang perkahwinan dan alam rumah tangga! Ok, ok... baiklah, aku mengalah (sambil mengangkat kedua tangan). Walaupun aku masih bujang tapi aku ini berjiwa orang beranak lima tahu!!! huhuhu...


Bersama keluarga baru...
- Special credit untuk sepupu2 yang upload gambar-gambar ni -

- Special credit juga untuk Dato' Mufti Noh Gadot yang tolong bacakan khutbah -

2 comments:

alqasam said...

Entri yang tepat demia kerana masa sekarang waktu manusia-manusia mendirikan masjid. Namun terbuka kepada pertikaian kan bila yang menulis belum mendirikan masjid.

Namun bila difikir dua kali, apasalahnya berjiwa anak limakah, enamkah Ulama' dulu menulis tidak diukur dengan status diri, namun berdasarkan pengajian bersambung dengan Rasulullah s.a.w

*Buku yang wajar di baca oleh bakal pengantin (selain dr buku2 agama) ialah tulisan John Gray yg terkenal " Men Are From Mars, Women are from Venus" dan " Mars and Venus Together Forever". Satu penulisan bijak dan mengesankan banyak rumahtangga dalam menilai perbezaan komunikasi dan cara berfikir yg sgt2 berbeza di antara lelaki dan perempuan

Allahua'lam

IshaQHaniS said...

Salam...

Terima kasih atas cadangan buku tu, nampak macam menarik...