
Apabila engkau memakan manisan
Dan daging bakar
Atau meminum anggur asli
Engkau akan bermimpi
Meminum air.
Tetapi engkau akan terbangun
Dari mimpimu sambil kehausan
Bermimpi air tidak akan menghilangkan rasa haus.
(Matsnawi)
Pagi Jumaat ini manusia tidak ramai. Hari cuti lazimnya dimanfaatkan untuk tidur di rumah. Saya bangkit seusai menggosok gigi, keluar dan menaiki bas. Bas yang tidak pernah kosong itu hari ini lengang, bahkan saya duduk keseorangan kerana tempat duduk lain pun tidak bertuan. Matahari juga masih belum bersedia lagi untuk muncul. Pagi rindu itu menemukan saya lagi dengan personaliti unggul ini. وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
(Dan janganlah kamu menyangka bahawa mereka yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhan mereka, mereka itu diberi rezeki)
Al-Baqarah : 169
Imam asy-Syafi’e tidak pernah berhenti mengajar saya dan kalian semua mengenal Tuhan, kerana namanya tidak akan padam. Anda boleh membubuh liquid paper pada namanya dalam kitab anda, tetapi pasti anda tidak mampu untuk memadam namanya pada seluruh kitab d
i dunia ini. Namanya tidak akan padam sama sekali, ilmunya akan sentiasa bercurah untuk setiap generasi. Dan pagi rindu itu berhati sebak kerana sudah lama saya tidak menziarahinya. Kali terakhir pun sebelum pulang ke Malaysia tiga empat bulan lalu.
Dalam perjalanan pulang, saya bernasib baik kerana bertemu Sabri ketika sedang menziarahi Imam Waqie’, guru kepada Imam asy-Syafi’e. Sabri datang setiap minggu untuk membersihkan maqam seorang guru ini. Kali ini dia mengajak saya masuk. Saya tersenyum kerana selalu hanya berdiri di luar maqam setiap kali menziarahinya, tetapi ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke dalam ruang maqam tersebut.
Saya melihat disisi maqamnya ada syair popular yang ditulis Imam asy-Syafi’e di dalam diwannya:
شكوت الى وكيع سوء حفظي * فأرشدنى الى ترئ المعاصى
penebar fatirah (roti canai), saya hampir-hampir mendapat 10 keping fatirah percuma. Penebar itu berkata ini kali pertama saya datang ke gerainya. Tetapi saya terpaksa menolak kerana sememangnya adab mereka disini memuliakan orang luar.
Musim tetap juga akan bertukar musim. Mahu tidak mahu, sang burung tetap perlu meneruskan kembaranya ke jelapang lain seakan musim-musim yang lalu. Dingin sejuk yang menghentam kulit pipi dahulu kini sudah pun sunyi dihimpit celahan terik mentari dalam silau ungu. Juga dedaun pokok setia gugur gemalai sambil terumbang-ambing, dan seakan-akan menurut perintah taat dari Yang Satu.

lau anda peminat EPL dan bukan dari peminat pasukan bola sepak Chelsea, pasti anda sudah terbiasa memakinya. Punya gaya selamba yang menggeramkan. Analogi terbaik dari saya untuknya adalah seumpama kentang. Dia adalah pengurus pasukan The Blues –
muda dalam bidang pendidikan fizikal, pengkhususan metodologi dalam bidang sukan. Pasti sekali mampu bermain psikologi dengan para penonton, pemain dan lebih-lebih lagi pengurus pasukan lawan.
Jangan pula pembaca terlupa, orang-orang Portugis juga adalah berdarah penjajah. Tahun 1511? Siapa lagi yang buat onar di perlabuhan Melaka? Kalau bukan si Benggali Putih, pembakar api peperangan yang diketuai Diego Lopez de Sequiera. Nah, sesuai bukan? Buku bertemu ruas. Cucu penjajah ingin memusnahkan sisa-sisa darah takbur dan roh penjajah dalam diri orang-orang British. 
“Kalau pakai tudung tapi perangai tak senonoh, terkinja-kinja, macam peleset keluar dengan lelaki, serupa aku tak payah pakai tudung. Nanti memalukan agama ajer!!!”....يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Berhijab, memakai tudung, pergi haji atau terminologi yang setaraf dengannya pada asalnya adalah bersifat taklifiy, iaitu sesuatu yang menjadi kewajiban keatas orang yang diwajibkan pada diri mereka. Sekiranya tidak melakukan, maka individu yang tidak mengenakannya itu secara sedar telah mendekatkan diri pada pintu-pintu dosa.
kewajibannya memakai hijab adalah kepada semua yang bernama wanita seperti mana perintah Allah s.w.t dalam ayat ke-59, surah al-Ahzab itu tadi.
parasit. Mereka itu saling tak tumpah macam penggabus habuk dan debu dari pakaian orang lain. Nampak bagaikan hendak mengemas, membersih dan menghiaskan kembali pakaian yang bukan hak punya mereka, yang bukan mereka membuatnya tapi sebenarnya mereka hendak mencincang dan terus mengoyak rabak pakaian itu. Sesungguhnya pengkritik sastera itu semuanya parasit.’’
utama pengkritik sastera, kita selarikan fungsi para pengkritik sastera dengan fungsi sebenar para sasterawan melalui karya mereka yang dicipta oleh mereka sendiri.
Memang soal menenggek, menumpang, tolong-menolong ini diperlukan dalam hidup kita bersama kalau niatnya baik dan hatinya ikhlas dan luhur. Tapi sebagai dedalu yang menumpang di dahan dan di batang pokok lain, memang membeban dan menyusahkan pokok. Demikian pengkritik sastera. Pengkritik sastera adalah parasit adalah dedalu. Demikian sekadar hendak berhujah dalam persoalan pengkritik sastera adalah parasit ini.
mementingkan rasa daripada logika. Dan memang amat cocoklah pendekatan impresionisme ini dengan perasaan dan subjektivisme sasterawan.
Dan sekarang ini ilmu kesusasteraan yang pernah pada satu ketika dulu menjadi antara ilmu utama di universiti-universiti dan di sekolah-sekolah tapi kini ia teranjak menjadi ilmu pinggiran, malah banyak yang disingkir terus dari kurikulum.
merika –Yahudi-Iraq dan kemungkinan Perang Amerika –Yahudi-Iran pula pasti akan lahirnya gaya hidup yang lebih kiotik dan lebih celaru lagi dalam kalangan intelektual Barat, termasuk pengkritik sastera.
paling penting, kawan-kawan saya pun tidak jadi begitu. Dan saya selalu berdoa supaya Allah menghindarkan saya dan rakan-rakan daripada perkara ini tatkala menghadapinya.
manusia yang sama jenis itu mendermanya adalah suatu penyiksaan buat para pesakit. Manusia kerap memberi alasan sibuk, kurang sihat dan alergik jarum suntik apabila diminta menderma darah.
bolehlah dikategori sebagai setaraf dengan nyamuk di malam hari. Dicaci maki, di bakar kelambu dan disembur dengan Sheiltox tatkala bulan malam berlalu. Sumpah seranah manusia selalu menafikan hak pepijat sebagai mengikut sunnatullah. Ya, sunnatullah.
2000 dahulu, yang diura-urakan bakal meranapkan sistem perkomputeran dunia? Kalau di Malaysia siapa lagi sasarannya? Ya, pijat, dengan istilah ’Pepijat Alaf’.
u tanya tentang apa sahaja wahai pijat, mereka boleh jawab. Kau tanya apa sahaja dalam pelbagai mazhab, Hanafi? Hambali? Syafie? Maliki? Wahabi? (ops... don’t angry haaa, bukan mazhab ni), semua mereka boleh buat muqaranah (perbandingan).
Kostatinople, hingga 2/3 dunia sudah mereka bawa masuk ke dalam Islam ketika itu.