Agak penat bila berjalan di tengah 
Kota Mohandiseen. Terasa seperti di 
Kuala Lumpur pula. Bangunan di kiri kanan jalan seperti kota yang tidak pernah sunyi dari manusia. Memang 
Mohandiseen ini tak lekang daripada manusia terutamanya pelajar Malaysia di sini kerana di sinilah letaknya Safarah Malaysia (kedutaan). Bersebelahan kedutaan Malaysia adalah kedutaan 
Qatar. Agak malu juga berdiri diantara dua kedutaan ini. Tiba-tiba seperti tergambar di dalam cerita burung merak dan gagak hitam. Tersenyum seketika.
***
- Abu Hassan Al-Asya'ari -
Nama sebenar beliau adalah 
Abu al-Hasan Ali bin Ismail bin Abi Bisyr Ishak. Berketurunan sahabat 
Rasulullah s.a.w iaitu 
Abu Musa Al-Asya'ari (seorang sahabat yang bertanggungjawab dalam peristiwa di 
Daumatul Jandal, iaitu majlis 
Tahkim antara 
Saidina Ali r.a dan 
Muawiyah r.a. Dilahirkan di 
Basrah pada tahun 260 hijrah.
Para sejarawan bersepakat bahawa Imam Asya'ari bermazhab 
Muktazilah apabila berguru dengan 
Abu Ali al-Jubbaie. Tetapi kemudiannya keluar dari 
Muktazilah. Para sejarawan telah menyebut beberapa faktor keluarnya beliau dari 
Muktazilah dan mengasaskan mazhabnya sendiri:
1- Kecelaruan jiwa dan akal.
2- Pertelingkahan diantara beliau dengan gurunya 
Abu Ali al-Jubbaie.
3- Mimpi berjumpa dengan 
Rasulullah s.a.w.
4- Khutbah di atas mimbar.
Penulis tidak dapat menghuraikan dengan lebih lanjut tentang faktor-faktor diatas kerana memerlukan penulisan yang lebih panjang. Dalam bidang penulisan beliau telah menghasilkan pelbagai karya ilmu dalam berbagai lapangan.
Antaranya 
Imamah al-Siddiq, al-Raddu ala al-Mujassamah, Makalat al-Islamiyin, Al-Ibanah an Usul Ad-Diyanah (terdapat sebahagian ulama yang mengatakan bahawa ia ditulis oleh 
al-Qadhi al-Baqilani), al-Luma' fi Raddi ala ahli az-Zaighi wal Bida'a, dan lain-lain lagi.
Imam al-Asya'ri telah meninggal dunia di 
Baghdad pada tahun 324 hijrah.Cukuplah setakat itu penulis menerangkan tentang sejarah hidup 
Imam Abu Hasan Al-Asya'ari. Mungkin anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang beliau didalam laman-laman web yang berkaitan dengan 
Mazhab Asya'irah. Tetapi perlu diambil perhatian bahawa tidak semua di dalam laman tersebut adalah betul. Berhati-hati dengan laman web yang berunsur anti 
Ahlul Sunnah.
Anda juga boleh merujuk beberapa buah kitab tentang beliau. Antaranya 
Bidayah wan-Nihayah Ibnu Kathir, 
Tabyin Kazbi al-Muftari oleh Ibnu Sakir,
 Tabaqat as-Syaffiyah oleh As-Subki, 
Wafayatil A'yan oleh Ibnu Khalikan, dan juga 
Sayr A'lam an-Nubala' oleh Az-Zahabi.
***
Telah bersepakat bahawa mazhab 
Asya'irah (yang mengikut 
Imam Asya'ri) adalah mazhab yang tidak bercanggah dengan 
Al-Quran dan As-Sunnah. Hakikatnya timbul perlbagai mazhab dalam bab akidah ini adalah disebabkan oleh perselisihan(
ikhtilaf) ulama'-ulama' dalam perkara-perkara 
furu'(cabang-cabang ilmu), bukan dari segi usul aqidah. Ini adalah perkara yang biasa kerana dalam hadith ada menyebut bahawa ikhtilaf itu rahmat bagi umat Islam.
Perkara ini juga sama terdapat seperti di dalam bab syariah yang mana mencabangkan beberapa mazhab dalam bidang fiqh seperti 
Syafi'iyah, Hanabilah, Ahnaf dan Malikiyah. Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut pembaca boleh mendapatkan beberapa rujukan yang lebih lengkap
/* Penulis meminta maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam penulisan ini. Penulis sebenarnya masih dalam peringkat kajian, jadi sebarang kajian yang lebih lanjut penulis akan lampirkan di kemudian hari.***
Esok mahu ke
 ma'radh al-kutub al-alamiyah (Pameran buku antarabangsa), kalau ada para pembaca yang mahu mencadangkan kepada penulis boleh sahaja diberitahu secepat mungkin (sebelum
 ma'radh ditutup). Berselubung di bawah 
lihaf(selimut) mengimbau semula pemandangan cantik di 
Kota Mohandiseen...