***
- Abu Hassan Al-Asya'ari -
Para sejarawan bersepakat bahawa Imam Asya'ari bermazhab Muktazilah apabila berguru dengan Abu Ali al-Jubbaie. Tetapi kemudiannya keluar dari Muktazilah. Para sejarawan telah menyebut beberapa faktor keluarnya beliau dari Muktazilah dan mengasaskan mazhabnya sendiri:
1- Kecelaruan jiwa dan akal.
2- Pertelingkahan diantara beliau dengan gurunya Abu Ali al-Jubbaie.
3- Mimpi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.
4- Khutbah di atas mimbar.
Penulis tidak dapat menghuraikan dengan lebih lanjut tentang faktor-faktor diatas kerana memerlukan penulisan yang lebih panjang. Dalam bidang penulisan beliau telah menghasilkan pelbagai karya ilmu dalam berbagai lapangan.
Antaranya Imamah al-Siddiq, al-Raddu ala al-Mujassamah, Makalat al-Islamiyin, Al-Ibanah an Usul Ad-Diyanah (terdapat sebahagian ulama yang mengatakan bahawa ia ditulis oleh al-Qadhi al-Baqilani), al-Luma' fi Raddi ala ahli az-Zaighi wal Bida'a, dan lain-lain lagi.
Imam al-Asya'ri telah meninggal dunia di Baghdad pada tahun 324 hijrah.Cukuplah setakat itu penulis menerangkan tentang sejarah hidup Imam Abu Hasan Al-Asya'ari. Mungkin anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang beliau didalam laman-laman web yang berkaitan dengan Mazhab Asya'irah. Tetapi perlu diambil perhatian bahawa tidak semua di dalam laman tersebut adalah betul. Berhati-hati dengan laman web yang berunsur anti Ahlul Sunnah.
Anda juga boleh merujuk beberapa buah kitab tentang beliau. Antaranya Bidayah wan-Nihayah Ibnu Kathir, Tabyin Kazbi al-Muftari oleh Ibnu Sakir, Tabaqat as-Syaffiyah oleh As-Subki, Wafayatil A'yan oleh Ibnu Khalikan, dan juga Sayr A'lam an-Nubala' oleh Az-Zahabi.
***
Perkara ini juga sama terdapat seperti di dalam bab syariah yang mana mencabangkan beberapa mazhab dalam bidang fiqh seperti Syafi'iyah, Hanabilah, Ahnaf dan Malikiyah. Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut pembaca boleh mendapatkan beberapa rujukan yang lebih lengkap
/* Penulis meminta maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam penulisan ini. Penulis sebenarnya masih dalam peringkat kajian, jadi sebarang kajian yang lebih lanjut penulis akan lampirkan di kemudian hari.
***
1 comment:
هذا الويب يبدو جيدا,أحسنت و أحسن الله إليك, رجاءً من صاحبه إكثار معالم و معارف دينية علمية تقدمها مائدة لذيذة للقارئين
Post a Comment