Saturday, January 21, 2006

Gelodak di Sisi Stadium

Nasib baik geram ini terselindung dalam diri. Jika tidak tentu sudah lama menzahir pada pandangan manusia. Tambahan pula beberapa jalan ditutup, dan terpaksa bas melalui jalan yang lain.

"Alamak... tutuplah hari ini".

Wajah Hafiz Mansor bengang sambil menuturkan kata-kata tadi. Ma'radh al-Kutub (pameran buku) ditutup hari ini. Semua gara-gara pertandingan bola sepak Piala Benua Afrika yang bakal dirasmikan malam ini (20hb Januari 2006) di Haiyu Sadis, betul-betul bersebelahan ma'radh. Memang sadis mengenangkan perjalanan dari Zahra' yang agak sia-sia tanpan melihat sebuah kitab pun, apa lagi melihat kedainya.

Tetapi persekitaran di kawasan stadium agak cantik. Ramai manusia sudah memenuhinya seawal jam 2 petang. Gerobolan syurthah (polis) entah berapa lori sudah ditempatkan di sekeliling stadium. Tampak beberapa orang sedang beratur memasuki stadium. Hampir 30 orang polis yang memeriksa seorang penonton, agak begitu cenderung mereka ini tentang keselamatan.

Maklumlah takut-takut terjadi apa-apa yang tidak diingini, kelak nama orang Islam juga yang menjadi mangsa. Seperti kejadian 11 September, siapa tahu kalau-kalau yang merancangnya adalah 'syaitan suci' (Bush) itu sendiri ?. Mungkin rancangan mereka untuk memasuki dan menakluki blok tanah arab sudah sekian lama dibentangkan sebelum 11 September lagi, dan akhirnya mereka mempergunakan 11 Septermber sebagai mata kail untuk memancing tanah-tanah orang Arab.

Hasilnya jelas, Afghanistan dan Iraq sudah ditakluki. Dua negara ini memang 'tauke minyak' yang keras kepala di kawasan teluk berbanding negara-negara lain di semenanjung tanah Arab. Maka sampai bila sandiwara ini akan berakhir ?. Penyatuan negara-negara arab sudah lama dibincangkan.

Hasilnya ketua negara-negara ini masih tidak mahu bersatu hati dalam pelbagai lapangan. Mungkin kelak ramai lagi yang bakal terkorban. Disaat waktu hampir maghrib ini teringat pula pada artikel 'When the Bibarians Masquerade as a Civilians' oleh Dr.Chandra Muzaffar...

No comments: