Thursday, January 26, 2006

'Iskandariah', Aku Datang Lagi...

Angin malam di Mandarah sangat segar. Perjalanan menaiki keretapi dari Sidi Gabir yang melintasi 5 buat mahatthah (stesyen) sangat seronok, kerana ini kali pertama menaiki qitar (keretapi) di bumi Mesir ini. Terasa seperti diundang, kehadiran kami diberi perhatian oleh masyarakat disini. Mungkin kerana jarang ada lelaki-lelaki Asia disini jika dibandingkan dengan kota Kaherah.

Disini hanya terdapat Al-Azhar untuk banat (perempuan) sahaja di peringkat ijazah. Tetapi Ma'ahad Bu'uth juga ada. Sebab itu kembara perjalanan ini sering ditemani oleh Pecol, pelajar Bu'uth yang tinggal disini. Mungkin kerana itu kedatangan kami dianggap seperti pelancong yang datang ingin menghirup udara segar di Mandarah ini.

Kota Iskandariah tidak ternilai oleh wang kertas. Berjalan-jalan disekitar tepi pantai kota Iskandariah dan ditiupi angin bayu laut seakan-akan menghilangkan debu-dedu kotor kota Kaherah dibadan. Memang mengagumkan. Duduk diatas karang dan berfikir-fikir tentang kekuasaan Tuhan adalah perkara yang paling menyeronokkan.








Menghabiskan masa 2-3 hari di sini tidak cukup (bunyinya semacam mahu pergi lagi), tetapi hakikatnya di kota Kaherah memang menjanjikan jaminan yang abadi. Panggilan dari kota Kaherah memang tak dapat ditahan lagi. Tidak sabar rasanya untuk mencoret bait-bait puisi buat 'si cantik' bernama Iskandariah ini.

1 comment:

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih