Saturday, January 14, 2006

:: 'doughnut' sambal ::


Huh... terasa penah hampir 3 jam menguli tepung, untuk dibuat roti canai asalnya. Keesokannya bertukar menjadi 'doughnut' sambal pula. Ketawa sebentar memikirkan canaian roti yang tidak menjadi. Mungkin begitu juga setiap manusia masing-masing ada cita-cita yang tersendiri. Jika tersalah mengatur, mungkin 'doughnut' sambal juga jadinya.

Semalam teruk pening memikirkan blog yang tersalah diprogramkan. Begitulah jadinya kalau terlalu asyik berhadapan dengan 'blog' 24 jam sehingga banyak masa dihabiskan di hadapan PC. terlalu banyak belajar cara 'menciplak' blog orang lain. Masa untuk membaca pula sudah sikit. Jadi terpaksalah 'blog project programming' di'tawaquf'kan buat sementara. Bukan di'tawaquf' terus, tapi dihadkan pengendaliannya.

Beberapa hari berkali-kali dapat panggilan dari 'syeikh_roti'(ID dalam Y-M). Seorang rakan lama di UKM. Tidak habis-habis berdiskusi tentang Wahhabi. Begitu geram nampaknya sahabat itu. Teruk 'Syeikh-syeikh' Wahhabi dihentamnya. Mungkin salah satu cara menyampaikan perasaan sakit hatinya itu.

Sebenarnya penulis dalam proses kajian perbahasan tentang aqidah salfiyah Wahhabiyah. Sememangnya mereka mendakwa mereka berpegang kepada Al-Quran dan As- Sunnah, tetapi sejauh mana kebenarannya? adakah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hassan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Mathuridi, menyalahi kehendak Al-Quran dan As-Sunnah?.

Selanjutnya, apakah aqidah yang yang selayaknya untuk manusia di muka bumi ini? adakah Wahhabi mempunyai jawapannya?Untuk menghukumi sesuatu jelas sekali bukan hanya dengan dengar cakap-cakap orang, atau hanya dengan membaca makalah-makalah dan penulisan sebahagian pihak sahaja, seharusnya perkara ini dibuat perbahasan dan diskusi berperingkat.

No comments: