Saya baru selesai dari menduduki ujian bagi kertas tauhid. Rakan-rakan bilang barangkali inilah kertas ujian yang paling sukar setakat ini. Baru satu jam suku ujian berjalan, ramai yang sudah bangun menghantar kertas jawapan.
Ada dua kemungkinan. Sama ada terlalu mudah atau terlalu senang. Itu kebarangkalian yang klise wujud. Namun setelah keluar, masing-masing mengadu soalan tadi begitu sukar.
Tetapi saya melihat, bukan soalan itu yang sukar sebenarnya tetapi kerana terlalu banyak dalil yang perlu difahami dan dihafal menyebabkan ia berserabut, ditambah lagi dengan bahasa kitab yang cukup tidak memahamkan. Kami bersetuju untuk bertawakkal sahaja.
"tawakkal aja lah, asal tak jadi nasrani sudah". Berseloroh.
Ramai sebenarnya yang kurang faham, mengapa dikatakan subjek tauhid adalah subjek yang susah.
Saya menjawab, sebenarnya yang susah itu bukanlah tauhid. Tauhid tidaklah sesukar mana pun. Asal kita faham apa yang dimengertikan pada surah al-ikhlas "Qul Huwallahu Ahad", itulah tauhid. Tauhid adalah monotheisme, menyembah tuhan yang satu.
Yang membawa kepeningan kepada ramai itu sebenarnya adalah ilmu kalam, bukan pemahaman tauhid. Maka, secara pandang kasarnya dapat kita katakan bahawa ilmu kalam dan konsep tauhid adalah dua kondisi yang berbeza.
Jadi, perspektif ini dapat digambarkan sebagai berikut.
Tauhid adalah suatu matlamat, dan ilmu kalam adalah sebuah alat. Antara alat dan matlamat adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan. Seperti dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat adalah matlamat setiap makhluk, dan alat untuk sampai kepada tujuan akhirat itu adalah kehidupan dunia. Sebab itu dunia dikatakan sebagai jambatan kepada akhirat.
Maka secara tidak lansung, ilmu kalam juga dipanggil dengan nama ilmu tauhid kerana matlamat kalam ini adalah untuk menegakkan konsep tauhid.
Mengapa digelar ilmu itu dengan ilmu kalam?
Ilmu Kalam adalah ilmu yang membicarakan tentang kepercayaan (aqidah) dalam agama Islam yang didasari dengan dalil yang yakin (al-Quran dan as-Sunnah).
Ia juga digelar dengan ilmu al-tauhid, ilmu usuluddin, ilmu al-feqh al-akbar dan ilmu al-aqidah.
Dan ilmu ini begitu masyhur dengan panggilan ilmu kalam adalah dikatakan kerana ia dimulakan dengan perselisihan tentang kalamullah (adakah ia bersifat qadim atau hadis), juga dipanggil 'ilmu kalam' adalah kerana setiap perbahasannya akan dimulai dengan tajuk bicara (kalam) golongan-golongan yang berselisih itu (contoh: al-kalam fi an-nubuwwah).
Atau juga kerana terlalu banyak perbicaraan golongan yang berselisih, atau juga disebabkan kekuatan yang diberikan Allah s.w.t untuk berbicara tentang aqidah keimanan orang-orang Islam.
Sebahagian ulama juga ada yang menyatakan bahawa ilmu kalam dan ilmu usul feqh adalah merupakan tunjang kekuatan masyarakat Islam, kerana ilmu ini adalah mantik bagi orang-orang Islam. Dua ilmu ini juga merupakan sebuah mantik yang menggantikan identiti ilmu mantik yang dicipta oleh orang-orang Yunani.
Ada kawan-kawan saya yang selalu bergurau dengan saya. Katanya 'buat apa belajar ilmu kalam ni, sesat semuanya'. Saya ketawa. Saya tak marah mereka sebab mereka ini memang suka bergurau. Namun saya suka sindiran sinis ini kerana ia membuatkan saya berfikir mengapa saya belajar ilmu kalam ini.
Di Malaysia saya pernah juga mendengar ada suara-suara pedas yang sinis terhadap ilmu tauhid. Bukan calang-calang orang yang berkata tu. Dari kalangan mufti yang suka kontroversi. Dia kata "itulah orang Malaysia ni, balik-balik belajar sifat 20, tak membawa kepada perkembangan minda masyarakat".
Saya faham, hanya orang kurang pengetahuan sahaja yang akan mengeluarkan tuduhan yang entah apa-apa. Lalu saya ambil keputusan untuk tidak bertindak menyerang kembali. Saya hanya tersenyum dari belakang sebab saya tahu yang berkata itu bukanlah orang yang ahli dalam ilmu kalam. Biarkan orang yang semufti dengannya sahaja yang membetulkan.
Memang kebanyakan kata-kata tohmahan terhadap ilmu kalam kebanyakannya datang dari orang yang bukan ahli dalam ilmu kalam. Jarang saya jumpa mereka betul-betul memahami kalam dalam masa yang sama juga mencela ilmu kalam.
Saya berfikiran, bahawa sebahagian besar dari mereka memandang sinis terhadap ilmu kalam ini terbina atas realiti tidak sealiran dengan orang yang meletakkan dasar ilmu kalam ini seperti Imam al-Asya'ari, Imam al-Maturidi, Imam al-Ghazali dan lain-lain. Masalah kesalafian barangkali. Saya diajar guru-guru untuk selalu bersangka baik dengan mereka ini.
Seperti yang saya katakan, ilmu kalam adalah sebuah alat yang meletakkan suatu dasar dan juga syarat untuk mengisbat (menetapkan) zat dan sifat Allah s.w.t mengikut dalil-dalil yang disepakati. Maka ilmu kalam adalah suatu manhaj (metodologi) yang memelihara pemikiran makhluk daripada menyatakan sesuatu yang tidak layak bagi Allah s.w.t sebagai al-Khaliq.
Dasar inilah yang mengandungi di dalamnya sifat-sifat 20 yang dikatakan sebagai kunci untuk mengenal siapa Tuhan kita. Para ulama terdahulu, mereka adalah golongan yang begitu memahami hak-hak Allah s.w.t.
Sepanjang hayat mereka telah dikorbankan semata-mata berusaha untuk meletakkan satu jalan yang perlu dipatuhi bagi setiap orang muslim dalam perihal untuk mengenal dan mengetahui tentang zat dan juga sifat Tuhan mereka. Jalan dan dasar inilah yang dinamakan sebagai ilmu kalam.

1 comment:
"Tetapi apabila konspirasi pembunuhan Saiyidina Uthman tercetus, itulah saat yang aku rasa paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Politik cara Rasulullah s.a.w dan khulafa' ar-rasyidin semakin hilang, dan selepas itu timbul seribu satu perpecahan dalam ummat."
Betul, aku sokong. Dan tak kurang juga monarki yang dipelopori bani umaiyah, ada yang menyokong. Hmm..
"Tak usahlah kita mahu memperjuangkan hak palestin, dan tak perlu kita bersemangat untuk memperjuangkan nasib orang-orang Islam yang dizalimi, jika kita masih lagi bergelumang dengan politik yang menyempadani orang-orang Islam dengan tembok 'negara' dan 'bangsa'."
Yang ni aku kurang setuju. Sebab wajib memperjuangkan hak palestin. Walaupun terpaksa bergelumang dengan disempadani tembok negra dan bangsa. Paling tidak memberi orang lain celik dengan masalah demokrasi ni. Terutama selepas usul MP Marang tentang Nakbah Palestin ditolak speaker Parlimen Malaysia tempohari. Namun ternyata, tersekat dengan penolakan usul. Amatlah tidak cerdik alasan speaker, "ianya tidak perlu disegerakan!".
"Jika parti Islam menang sekalipun di Malaysia, belum tentu ummat Islam berubah. Mungkin hanya di malaysia, sedangkan hak orang-orang Islam yang lain tetap akan dizalimi. Lihat saja di timur tengah, adakah demokrasi mampu menyelesaikan kemelut di Asia Barat dan ketidaksefahaman negara-negara Arab?"
Yang juga aku tidak setuju. Bayangkan teori yang ko wujudkan ni jika Parti Islam langsung tiada peluang. Rasanya apakah kemelut dunia Islam akan berubah? Pada aku jika Parti islam memerintah, perubahan akan lebih ketara, lebih2 lagi dengan dasar-dasar luar kita. terutama dengan Amerika dan kuncu2nya. Arab tolol ni lah yang menjadi maslah, sebab dicampaknya "imamah" tu ke laut.
"Politik demokrasi memang sudah selalu menidakkan hak manusia. Kita perlu ubah segera. Saudara-saudara kita yang dizalimi dan diperkosa itu sudah tidak tertahan lagi dengan penderitaan yang mereka sedang alami. Adakah ini perjuangan Hizbut Tahrir dan Syi'ah? Oh, tidak. Sedarlah, politik Imamah adalah perjuang dan kewajipan setiap orang Islam. Ingat, fardhu kifayah."
Yang ni aku setuju 100%. Bahkan hak Allah pun dinafikan demokrasi yang menjadikana "demo-keras-i". kalau hak Allah ternafi dengan kuasa demokrasi ni, apatah lagi dengan hak manusia yang sewenang2nya diorang cabul.
Post a Comment