Thursday, January 26, 2006

'Iskandariah', Aku Datang Lagi...

Angin malam di Mandarah sangat segar. Perjalanan menaiki keretapi dari Sidi Gabir yang melintasi 5 buat mahatthah (stesyen) sangat seronok, kerana ini kali pertama menaiki qitar (keretapi) di bumi Mesir ini. Terasa seperti diundang, kehadiran kami diberi perhatian oleh masyarakat disini. Mungkin kerana jarang ada lelaki-lelaki Asia disini jika dibandingkan dengan kota Kaherah.

Disini hanya terdapat Al-Azhar untuk banat (perempuan) sahaja di peringkat ijazah. Tetapi Ma'ahad Bu'uth juga ada. Sebab itu kembara perjalanan ini sering ditemani oleh Pecol, pelajar Bu'uth yang tinggal disini. Mungkin kerana itu kedatangan kami dianggap seperti pelancong yang datang ingin menghirup udara segar di Mandarah ini.

Kota Iskandariah tidak ternilai oleh wang kertas. Berjalan-jalan disekitar tepi pantai kota Iskandariah dan ditiupi angin bayu laut seakan-akan menghilangkan debu-dedu kotor kota Kaherah dibadan. Memang mengagumkan. Duduk diatas karang dan berfikir-fikir tentang kekuasaan Tuhan adalah perkara yang paling menyeronokkan.








Menghabiskan masa 2-3 hari di sini tidak cukup (bunyinya semacam mahu pergi lagi), tetapi hakikatnya di kota Kaherah memang menjanjikan jaminan yang abadi. Panggilan dari kota Kaherah memang tak dapat ditahan lagi. Tidak sabar rasanya untuk mencoret bait-bait puisi buat 'si cantik' bernama Iskandariah ini.

Sunday, January 22, 2006

Al-Mu'allim...

Puas mencari ketenangan di ma'radh kutub (pemeran buku) semalam. Seminggu menghabiskan masa di sana pun belum tentu dapat meronda ke seluruh bahagian di ma'radh tersebut. Lebih dari jutaan buku bergelimpangan untuk tontonan orang ramai. Pelbagai jenis buku mengambil bahagian. Terbeliak juga mata apabila terserempak dengan buku berbahasa Melayu. Setidak tidaknya tersemat juga sedikit keperihatinan terhadap bahasa orang-orang Malaysia itu di bumi kinanah ini.

Mungkin tiket masuk yang berharga 1 Junaih itu amat berharga bagi pencinta ilmu di bumi Mesir ini. Semacam lautan ilmu yang berombak. Mahu ke kanan dipukul, mahu ke kiri bertemu arus, akhirnya duduk di tepi tembok sambil minum air dan makan keropok. Hanya melihat telatah orang-orang arab berbelanja sakan membeli buku. Terlalu memeningkan kerana kebanjiran orang ramai dari seluruh pelosok benua. Dari Asia, Eropah, Russia, semua jenis manusia ada di sini.

Duit yang dibawa hanya 200 Junaih. Niatnya hanya mahu melihat-lihat sahaja 'survey', tidak mahu berbelanja dahulu. Setelah pulang hampir jam 8 malam, teraba-raba kocek seluar yang kosong. Mungkin hanya tinggal beberapa junaih untuk tambang pulang, dibawa bersama buku-buku dalam beberapa buah syantoh (beg plastik). Tersenyum sambil berjalan pulung memikirkan kegilaan yang melanda apabila telah memasuki pintu ma'radh. Tiba-tiba rasa terlalu sedih mendengar lagu ini. Rasa zaouq dan rindu telah datang padaku !!!...

...Al-Muallim...

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

He was Muhammad (salla Allahu 'alayhi wa sallam),
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad (salla Allahu 'alayhi wa sallam),
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.

Abal Qasim
Ya Habibi ya Muhammad
Ya Shafi'i ya Muhammad
Khayru khalqillahi Muhammad (The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina

He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled...


- Sami Yusuf -

/* semoga perjalanan ke Iskandariah dikurniakan keselamatan dari ALLAH s.w.t...

Saturday, January 21, 2006

Gelodak di Sisi Stadium

Nasib baik geram ini terselindung dalam diri. Jika tidak tentu sudah lama menzahir pada pandangan manusia. Tambahan pula beberapa jalan ditutup, dan terpaksa bas melalui jalan yang lain.

"Alamak... tutuplah hari ini".

Wajah Hafiz Mansor bengang sambil menuturkan kata-kata tadi. Ma'radh al-Kutub (pameran buku) ditutup hari ini. Semua gara-gara pertandingan bola sepak Piala Benua Afrika yang bakal dirasmikan malam ini (20hb Januari 2006) di Haiyu Sadis, betul-betul bersebelahan ma'radh. Memang sadis mengenangkan perjalanan dari Zahra' yang agak sia-sia tanpan melihat sebuah kitab pun, apa lagi melihat kedainya.

Tetapi persekitaran di kawasan stadium agak cantik. Ramai manusia sudah memenuhinya seawal jam 2 petang. Gerobolan syurthah (polis) entah berapa lori sudah ditempatkan di sekeliling stadium. Tampak beberapa orang sedang beratur memasuki stadium. Hampir 30 orang polis yang memeriksa seorang penonton, agak begitu cenderung mereka ini tentang keselamatan.

Maklumlah takut-takut terjadi apa-apa yang tidak diingini, kelak nama orang Islam juga yang menjadi mangsa. Seperti kejadian 11 September, siapa tahu kalau-kalau yang merancangnya adalah 'syaitan suci' (Bush) itu sendiri ?. Mungkin rancangan mereka untuk memasuki dan menakluki blok tanah arab sudah sekian lama dibentangkan sebelum 11 September lagi, dan akhirnya mereka mempergunakan 11 Septermber sebagai mata kail untuk memancing tanah-tanah orang Arab.

Hasilnya jelas, Afghanistan dan Iraq sudah ditakluki. Dua negara ini memang 'tauke minyak' yang keras kepala di kawasan teluk berbanding negara-negara lain di semenanjung tanah Arab. Maka sampai bila sandiwara ini akan berakhir ?. Penyatuan negara-negara arab sudah lama dibincangkan.

Hasilnya ketua negara-negara ini masih tidak mahu bersatu hati dalam pelbagai lapangan. Mungkin kelak ramai lagi yang bakal terkorban. Disaat waktu hampir maghrib ini teringat pula pada artikel 'When the Bibarians Masquerade as a Civilians' oleh Dr.Chandra Muzaffar...

Thursday, January 19, 2006

Al-Asya'irah

Agak penat bila berjalan di tengah Kota Mohandiseen. Terasa seperti di Kuala Lumpur pula. Bangunan di kiri kanan jalan seperti kota yang tidak pernah sunyi dari manusia. Memang Mohandiseen ini tak lekang daripada manusia terutamanya pelajar Malaysia di sini kerana di sinilah letaknya Safarah Malaysia (kedutaan). Bersebelahan kedutaan Malaysia adalah kedutaan Qatar. Agak malu juga berdiri diantara dua kedutaan ini. Tiba-tiba seperti tergambar di dalam cerita burung merak dan gagak hitam. Tersenyum seketika.

***
- Abu Hassan Al-Asya'ari -

Nama sebenar beliau adalah Abu al-Hasan Ali bin Ismail bin Abi Bisyr Ishak. Berketurunan sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Abu Musa Al-Asya'ari (seorang sahabat yang bertanggungjawab dalam peristiwa di Daumatul Jandal, iaitu majlis Tahkim antara Saidina Ali r.a dan Muawiyah r.a. Dilahirkan di Basrah pada tahun 260 hijrah.

Para sejarawan bersepakat bahawa Imam Asya'ari bermazhab Muktazilah apabila berguru dengan Abu Ali al-Jubbaie. Tetapi kemudiannya keluar dari Muktazilah. Para sejarawan telah menyebut beberapa faktor keluarnya beliau dari Muktazilah dan mengasaskan mazhabnya sendiri:

1- Kecelaruan jiwa dan akal.
2- Pertelingkahan diantara beliau dengan gurunya Abu Ali al-Jubbaie.
3- Mimpi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.
4- Khutbah di atas mimbar.

Penulis tidak dapat menghuraikan dengan lebih lanjut tentang faktor-faktor diatas kerana memerlukan penulisan yang lebih panjang. Dalam bidang penulisan beliau telah menghasilkan pelbagai karya ilmu dalam berbagai lapangan.

Antaranya Imamah al-Siddiq, al-Raddu ala al-Mujassamah, Makalat al-Islamiyin, Al-Ibanah an Usul Ad-Diyanah (terdapat sebahagian ulama yang mengatakan bahawa ia ditulis oleh al-Qadhi al-Baqilani), al-Luma' fi Raddi ala ahli az-Zaighi wal Bida'a, dan lain-lain lagi.

Imam al-Asya'ri telah meninggal dunia di Baghdad pada tahun 324 hijrah.Cukuplah setakat itu penulis menerangkan tentang sejarah hidup Imam Abu Hasan Al-Asya'ari. Mungkin anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang beliau didalam laman-laman web yang berkaitan dengan Mazhab Asya'irah. Tetapi perlu diambil perhatian bahawa tidak semua di dalam laman tersebut adalah betul. Berhati-hati dengan laman web yang berunsur anti Ahlul Sunnah.

Anda juga boleh merujuk beberapa buah kitab tentang beliau. Antaranya Bidayah wan-Nihayah Ibnu Kathir, Tabyin Kazbi al-Muftari oleh Ibnu Sakir, Tabaqat as-Syaffiyah oleh As-Subki, Wafayatil A'yan oleh Ibnu Khalikan, dan juga Sayr A'lam an-Nubala' oleh Az-Zahabi.

***

Telah bersepakat bahawa mazhab Asya'irah (yang mengikut Imam Asya'ri) adalah mazhab yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Hakikatnya timbul perlbagai mazhab dalam bab akidah ini adalah disebabkan oleh perselisihan(ikhtilaf) ulama'-ulama' dalam perkara-perkara furu'(cabang-cabang ilmu), bukan dari segi usul aqidah. Ini adalah perkara yang biasa kerana dalam hadith ada menyebut bahawa ikhtilaf itu rahmat bagi umat Islam.

Perkara ini juga sama terdapat seperti di dalam bab syariah yang mana mencabangkan beberapa mazhab dalam bidang fiqh seperti Syafi'iyah, Hanabilah, Ahnaf dan Malikiyah. Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut pembaca boleh mendapatkan beberapa rujukan yang lebih lengkap

/* Penulis meminta maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam penulisan ini. Penulis sebenarnya masih dalam peringkat kajian, jadi sebarang kajian yang lebih lanjut penulis akan lampirkan di kemudian hari.

***

Esok mahu ke ma'radh al-kutub al-alamiyah (Pameran buku antarabangsa), kalau ada para pembaca yang mahu mencadangkan kepada penulis boleh sahaja diberitahu secepat mungkin (sebelum ma'radh ditutup). Berselubung di bawah lihaf(selimut) mengimbau semula pemandangan cantik di Kota Mohandiseen...

Monday, January 16, 2006

- The Dizzy Head -

Beginning my day today is quite tired. With the dizziness around my head and untidy hairs, switching on my laptop and read the newspapers.

"Eh, awal bangun Ishaq eh...", i was ridiculed by Ghanie.

"Biase lar... bangun orang-orang bujang", i replied it to him.

I still remember last night i have read a couple of pages in a book titled "Watching The Tree" wrote by Adeline Yen Mah. I seriously like the book. I brought it from Malaysia because i haven't done reading the entire story. The author wrote in a simple word and she tried to approach readers to what she felt and how she thinks about the three brother of religions; Buddha, Taoism and Confucious.



The physicist author told about her history since she was in Hong Kong, with her beloved Ye Ye (grandfather), and the related stories are about the her proud Chinese culture including medicines, foods, drinks, the origin advices and many more which i can't describe the whole entire book, oh... i do not finished reading it yet.

One thing i would like you to know about the book is how the author elaborates about the phylosophy in Chinese culture, the 'Yin Yang' faith, the wisdom of 'I Ching', and the significant book in Tao 'Tao Te Ching'(Classic of the Tao and its virtue).

It is very interesting to study on comparative religions. In Al-Azhar University also, under the Kuliyyah of Theology (Usuluddin), provided this part of studies. In first year like I am currently in, there is a subject called 'Milal wa Nihal', which is mean the study of many kind of religious. Very nice, cool, it is one of the most subjects that I seriously like. About the Judaism (Yahudi), Christian (Nasrani), and many of 'new-created' religious such as Confucious, Buddism, Hinduism and many more.

Maybe I can tell it in the next posting Insya ALLAH (if ALLAH gives me the permission). Salam...

Saturday, January 14, 2006

:: 'doughnut' sambal ::


Huh... terasa penah hampir 3 jam menguli tepung, untuk dibuat roti canai asalnya. Keesokannya bertukar menjadi 'doughnut' sambal pula. Ketawa sebentar memikirkan canaian roti yang tidak menjadi. Mungkin begitu juga setiap manusia masing-masing ada cita-cita yang tersendiri. Jika tersalah mengatur, mungkin 'doughnut' sambal juga jadinya.

Semalam teruk pening memikirkan blog yang tersalah diprogramkan. Begitulah jadinya kalau terlalu asyik berhadapan dengan 'blog' 24 jam sehingga banyak masa dihabiskan di hadapan PC. terlalu banyak belajar cara 'menciplak' blog orang lain. Masa untuk membaca pula sudah sikit. Jadi terpaksalah 'blog project programming' di'tawaquf'kan buat sementara. Bukan di'tawaquf' terus, tapi dihadkan pengendaliannya.

Beberapa hari berkali-kali dapat panggilan dari 'syeikh_roti'(ID dalam Y-M). Seorang rakan lama di UKM. Tidak habis-habis berdiskusi tentang Wahhabi. Begitu geram nampaknya sahabat itu. Teruk 'Syeikh-syeikh' Wahhabi dihentamnya. Mungkin salah satu cara menyampaikan perasaan sakit hatinya itu.

Sebenarnya penulis dalam proses kajian perbahasan tentang aqidah salfiyah Wahhabiyah. Sememangnya mereka mendakwa mereka berpegang kepada Al-Quran dan As- Sunnah, tetapi sejauh mana kebenarannya? adakah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hassan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Mathuridi, menyalahi kehendak Al-Quran dan As-Sunnah?.

Selanjutnya, apakah aqidah yang yang selayaknya untuk manusia di muka bumi ini? adakah Wahhabi mempunyai jawapannya?Untuk menghukumi sesuatu jelas sekali bukan hanya dengan dengar cakap-cakap orang, atau hanya dengan membaca makalah-makalah dan penulisan sebahagian pihak sahaja, seharusnya perkara ini dibuat perbahasan dan diskusi berperingkat.

Friday, January 13, 2006

The Turning Back Action...

This is the first time for me i think, to present or just write something in english version in my personal blog. It was about 4-5 months i have leaved my english (laughingly) since i was in IIUM (International Islamic University Malaysia).

It's quite difficult to be better in english whether in writting or speaking which i took around 2-3 month spending my time for it in IIUM before continuing my studies in Al-Azhar University, Cairo. Maybe any visitors who are realised my false in my writting can recorrect it in the "comments" area. Writting in my blog may help to improve in my english as well.
(The Nil) Tahrir, Cairo City...
It is so cool outside my 'imarah'. the tempreture in the city of Cairo now approximately under 15 degrees. Oh ALLAH... i'm very scared to go outside or visiting my friends at Johor student hostel in 'Haiyu Thamin', but not to visit the 'rumah belakang' (Saman, Sakini and Harun). We (with Ust Ghani) are just leaving from there, tasted some Sakini's handmade chocolate cake. Quite delicious...
In Zahra' (Medina Nasr) is more cooler than 'Haiyu Thamin' because of the situation. Zahra' is the second last section before 'Kaherah Jadidah' which is at the bottom of Medina Nasr. It is quite far from Darasah, the place which is situated Al-Azhar University for Religious Studies Department and beside it is the most classical and historical mosque, 'Al-Azhar Mosque' which is about more than 1000 years.
Oh, the Muazzin was calling. I have to go to Friday Congregational Prayer (Solah Jumu'ah) at Zahra' mosque. ALLAHUAKBAR...

Intiha'ul Imtihan...

4hb Januari 2006 (4.30 petang) : Tamatlah imtihan fasal awal, Kuliyyah Usuluddin, tahun satu di University Al-Azhar Kaherah, Mesir. Kelegaan jelas dapat dirasakan di benak fikiran. Maklumlah, berdepan dengan kejutan budaya ini, bukan semua manusia dapat merasainya dan bukan semua manusia berjaya untuk mengatasinya. Tapi zahir wajah pelajar-pelajar tahun satu menjelmakan kelegaan yang total.

Kalau dahulu mungkin hanya memegang beberapa helaian kertas nota itupun yang diusahakan oleh guru-guru bertugas, sekarang mereka perlu memegang kitab sendiri, dan berdiri di atas nota fikiran yang direka sendiri. Maklumlah sudah bergelar mahasiswa sekarang ini.

Tetapi ada sesuatu yang masih menjadi tanda tanya. Adakah mereka ini (mahasiswa), termasuk diri saya sendiri, masih memegang kepada falsafah menuntut ilmu yang hakiki. Ataupun mereka sekadar melengkapkan diri mereka dengan segulung ijazah dan bersedia untuk berdepan dengan sektor pekerjaan? ataupun sekadar melengkapkan diri sebagai mahasiswa dan tidak pernah berfikir apa yang bakal mereka tempuhi termasuk tanggungjawab mereka selepas bergelar graduan.

Mungkin bagi mereka yang masih berpegang kepada falsafah ilmu akan terus merasai enaknya dan nikmatnya menggali ilmu dalam lapangan ini. Perasaan tamak mereka terhadap ilmu sangat tinggi. Sehingga mungkin sampai suatu ketika mereka merasakan tiada apa lagi yang dapat menghalang mereka dari menuntut ilmu. Sebagai contoh Imam Bukahari dalam sirah kembara hadithnya sanggup ke Baghdad, Kufah, Hijaz, Mesir, Syam, Naisabur dan Samarkand. Ini mungkin belum dibincangkan lagi sirah kembara Imam Syafi'e, Muslim dan kibar ulamak yang lain.

Tidak salah saya katakan kalau kebanyakan mahsiswa kita pada hari ini (bukan semua), sama sahaja di dalam negara mahupun di luar, mereka ini seringkali dimomokkan dengan kerjaya-kerjaya hebat setelah tamat pekerjaan nanti mengikut jurusan yang diambil. Bukan menafikan perlunya kerjaya selepas belajar, tetapi apa yang merisaukan lambat-laun falsafah keilmuan itu sedikit-sebanyak akan terkuis keluar dari pemikiran mahsiswa-mahasiswi kita. Hasilnya mereka ini terkesan dengan ilmu yang 'bermuqarrar' dan 'bersilibus' sahaja. Tidak mampu untuk berfikir luar daripada kotak pemikiran mereka yang sebenar, sedangkan asas keilmuan yang sebenar adalah berfikir dan mencari kebenaran hakiki.

"ALLAH akan meninggikan orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darajat"
Surah Al-Mujadalah:11
/* Selamat mengerjakan haji kepada saudara Fairuz Tamjis.

/* Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya dan seluruh manusia amnya.

"Kullu amm wa antum thaiyibuun"

Muhammad Bin Idris

Aku datang padamu wahai dunia
aku memperkatakan segala isinya
ibarat dunia
ibarat seluruh jiwa
menangisinya
mungkin tiada apa
menginsafinya lebih penuh jiwa,

Sebutir demi sebutir mutiara ilmu engkau layari
satu persatu huruf suci engkau basuhi
mengabdikan dirimu
suatu pengorbanan suci
dalam tawadhuk engkau membawa diri,

Hina rasanya diri ini
berdiri disimu yang penuh puji
saki baki sisa kotoran
hanya maluku menghias diri,

Walau engkau telah pergi jauh
huruf-huruf itu masih bergerak
dalam lembaran ilmu
dalam ingatan kalbu...


-Masjid Imam Asy-Syafi'e-

Imtihan Ini...

"Sehari-hari di rumah memang agak membosankan. Maklumlah berada dalam musim
peperiksaan ini memang agak memeningkan. 5 madah pada fasal awal ini bukan suatu
yang mudah. Dengan keadaan di Mesir yang baru menyusup keserasiannya, terasa
badai kesusahannya untuk menghadapi imtihan di sini"


Fasal awal ini dikatakan kami berhadapan dengan subjek-subjek mudah yang tidak mencabar. Kata-kata dari abang-abang senior.

"Fasal thani(dua) nanti tentu lebih menyakitkan."

Tersenyum sahaja pelajar-pelajar tahun satu mendengarnya. Medan pertempuran ini diketuai oleh madah Nuzum Islami, kemudian Lughah Arabiah, Lughah Ingiliziah, Milal waNihal (madah gile kata orang-orang lama), dan akhirnya dengan Fiqh Ibadat.

Disebalik kesunyian ini teringat pada saudara Fairuz, ahli bait yang baru 2-3 hari berlepas mengerjakan fardhu haji di Makkah Mukarramah... Semoga perjalanan pergi dan pulang dipelihara ALLAH dan pulang ke Ardil Kinanah ini dengan haji yang mabrur...Ameen...

Doakan juga kami ini dapat berimtihan dengan jayanya dan memperoleh natijah mumtazah...Ameen...

Assalamualaikum...


Bermulanya suatu perjalanan yg jauh... tiada pembantu, tiada penolong, hanya DIA yang ada. Hanya DIA yang mampu membantu, memberi sesuap nasi, berjalan, belajar, menulis, semuanya dengan kehendaknya. Sujud syukurku pun belum tentu dapat membeli segunung rahmat dan hidayah yang DIA berikan...

Merantau mengembara mencari ilmu adalah tuntutan. Melaksanakan segala yang dipelajari adalah tanggungjawab. Melepaskan tanggungjawab adalah sebahagian dari kemunafikan jiwa yang berkulapuk dihati.

Melepaskan diri dari hawa nafsu itu pun namanya jihad, jihad yang paling besar ketika ini... mungkin dataran bumi yang lapang membezakan kita, tetapi hati tetap sama merahnya. Khabaran ini membawa makna yang segala...

Nama : Ishaq Hanis Bin Asmail @ Ismail

Asal : Pontian, Johor, Malaysia

Pendidikan terkini : Al-Azhar University, Kaherah, Mesir

Tarikh Lahir : 3 April 1986

Status : Bujang (mungkin)

Hobi : Membaca

Cita-cita : Pendidik

Angan-angan : Menakluki dunia dengan mata pena (mungkin)

Mungkin masa menjadi saksi akan masa hadapan yang tiada pasti...