Monday, November 27, 2006

Perang Ke Atas Protozoa

Minggu lepas adalah minggu 'baringan' bagi saya. Hampir separuh masa saya di rumah. Kelas mengajar Mantiq pun terpaksa ditangguhkan kerana si 'protozoa' ini. Sebenarnya bukanlah si 'protozoa' yang salah tetapi Akmal (ahli bilik) menamakannya sebagai pesalah. Atas alasan apa saya kurang pasti (mungkin sejarah silam).


Seminggu saya terbaring demam mungkin adalah supaya saya mengingat kebesaran yang Maha Esa. Mungkin juga sebagai platform untuk saya berehat di rumah. Tetapi ia bukanlah masa yang sesuai sebab peperiksaan fasal ini akan bermula 6 Januari 2007 ini dan tidak banyak masa lagi untuk saya mengulangkaji.

Hakikatnya serangan 'protozoa' yang dimaksudkan adalah serangan 'Otitis Media' bersama Bendalir. Ia menyerang kedua telinga saya pada malam hari dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat.

Bagaimanakah ianya terjadi? Ia terjadi disebabkan virus atau bakteria yang memasuki telinga saya dan membuat onar di dalamnya. Diantara penyebab utama penyakit ini adalah keadaan sejuk yang amat melampau, dan lazimnya kanak-kanak sering terkena jangkitan ini (tu yang x puas ati tu...).

Lazimnya bakteria atau virus ini akan menyerang dan membengkakkan saluran 'eustachian' ataupun 'eustachian tubes' atau juga 'adenoids' (kedudukannya berdekatan dengan kerongkong). Dengan sebab jangkitan dan bengkakan daripada virus itu, saluran 'eustachian' akan tersumbat oleh bendalir dan juga mukus daripada cuaca yang sejuk. Kadang-kala ia akan dirasa begitu menyakitkan sekali terutama pada malam hari.


Sudah tentu telinga dan pendengaran saya akan terjejas. Walaupun sementara tetapi risiko hariannya amat memedihkan. Antaranya:

1) Saya sukar bangun pagi kerana alarm di 'henset' tidak kedengaran.
2) Saya seringkali terlepas mendengar iqamat di mesjid menyebabkan lambat ke mesjid.
3) Saya kerapkali terlepas dengar panggilan ahli bait atau tidak mendengar apa yang mereka bualkan.
4) Suara televisyen terpaksa saya kuatkan menyebabkan pencemaran bunyi di rumah.
5) Banyak lagi...

Ini semua mungkin ujian dan rahmat Allah untuk menguji saya dan menguatkan iman saya. Barangkali tergambar dalam benak fikiran bagaimana penderitaan sahabat-sahabat saya yang tidak mampu mendengar langsung. Adakah mereka redha ataupun hangin satu badan macam saya?

Semoga Allah merahmati saya, menjadikan saya hambanya yang bersyukur dan meletakkan saya dikalangan hamba-hambanya yang soleh.

Tuesday, November 21, 2006

'Mari Minta Berkat'


Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' buat sahabat, Firdaus Omar, di atas keputusannya mengikat tali perkahwinan dengan pasangan Nor Fathillah (maaf terlupa nama, atau tak pasti betul atau tidak namanya).

Apapun kami sahabat-sahabat mendoakan kebahagiaan kalian berdua hingga ke anak cucu. Untuk kawan-kawan lain yang sibuk mahu bergambar sekali tu, fikir-fikirkanlah untuk diri anda. Jangan ternganga sahaja melihat rakan anda bersanding. Minta-mintalah berkat sikit pada orang yang jalan dahulu !!!...

*/ Peringatan : Ini bukan kes kahwin muda, kesnya adalah berkahwin apabila dah sampai waktunya.
*/ Maaf daus, kami tidak sempat membelikan anda hadiah!!!

Saturday, November 18, 2006

Bahasa Terindah (Al-Amin)

Saya tidak tahu mengapa begitu meranum hati ini gugur dan masak setelah mendengar lagu ini. Begitu tersentuh jiwa mendayu-dayu mengalunkan lagu puisi ini. Entah mengapa Tuhan memberikan suatu booster ilham kepada Ramli Sarip untuk mencipta lagu bagi beberapa bait puisi ini.

Saya pernah ketemu dengan buku Al-Amin ini. Terkandung berpuluh ribu bait puisi dari kulit depan hingga ke belakang bukunya hasil coretan ilham Dato' A. Samad Said untuk menceritakan sirah Baginda S.A.W. Semoga Allah mengurniakan hikmah kepada Dato' dan merahmatimu.

Pernah saya berkenan untuk membelinya di sebuah kedai buku. Tetapi terpaksa berfikir 4-5 kali untuk membelinya kerana harganya (bukunya memang tebal). Saya kekurangan duit ketika itu.

Ramli Sarip - Bahasa Terindah (Al-Amin) -
lirik : Dato' A. Samad Said

Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusyuk setiap ayatnya,

Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak teras bergema,
Disampai arah berkilas maksud serentak,
Tapi jelas intinya,

Tidak sedetik pun Allah menghindar,
Atau mencemuh Nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
Penuh baraqah.

Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya,
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.

*/ Kalau berminat boleh donlod sendiri lagunya. Tak pun datang ke rumahku dan membawa 'pendrive'mu.

Tuesday, November 14, 2006

Muqaranah Adyan (I)

(siri 1)

Berhadapan dengan Windows Vista yang agak menarik ini memang begitu teruja. Apatah lagi lagi setelah mempunyai berbagai-bagai pilihan untuk tema desktop komputer dan penyelenggaraannya. Wah... enak sungguh mata memandang. Ditambah lagi dengan kitab tahun dua di sebelah ni yang bertimbun-timbun untuk dihabiskan memang menjadikan waktu-waktu sebegini cukup mencemburui.

Apapun saya mahu meneruskan tulisan arkitel yang baru sahaja selesai difikirkan, berkenaan bidang 'muqaranah adyan' atau 'perbandingan agama' ataupun 'comparative religions' di dalam bahasa Inggerisnya.

Di dalam perbandingan agama ini, lazimnya dibincangkan tentang agama-agama samawi (Islam, Kristian, dan Yahudi). Justeru agama-agama lain di dunia ini dikelaskan oleh para ulama sebagai agama-agama 'wadh'iyyah' iaitu agama-agama ciptaan, berbanding agama-agama samawi ini yang mana ianya yang jelas diturun oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada para RusulNya menerusi kitab-kitab firmanNya.

Al-Quran, Injil dan Taurat. Penurunannya jelas termaktub dalam Al-Quran:

إِنَّا أَنْزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالأحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ فَلا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلا وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
(It was We who revealed the law (to Moses): therein was guidance and light. By its standard have been judged the Jews, by the prophets who bowed (as in Islam) to Allah's will, by the rabbis and the doctors of law: for to them was entrusted the protection of Allah's book, and they were witnesses thereto: therefore fear not men, but fear me, and sell not my signs for a miserable price. If any do fail to judge by (the light of) what Allah hath revealed, they are (no
better than) Unbelievers.) Sura Al-Maida 5:44.

وَقَفَّيْنَا عَلَى آثَارِهِمْ بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ وَآتَيْنَاهُ الإنْجِيلَ فِيهِ هُدًى وَنُورٌ وَمُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةً لِلْمُتَّقِينَ
(And in their footsteps We sent Jesus the son of Mary, confirming the Law that had come before him: We sent him the Gospel: therein was guidance and light, and confirmation of the Law that had come before him: a guidance and an admonition to those who fear Allah.) Sura Al-Maida 5:46.
Jadi jelaslah melalui dua ayat diatas menunjukkan nas bahawa Injil dan Taurat adalah dua kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Setakat ini silibus mata pelajaran perbandingan agama ini belum lagi diajar di sekolah rendah dan menengah. Walau bagaimanapun mungkin fikiran gila pembuat dasar boleh merubahnya sama seperti pembelajaran sains dan matemarik di dalam bahasa Inggeris. Siapa tahu???

Lazimnya ilmu perbandingan agama ini diajar di peringkat universiti. Kuliah yang berkaitan dengan ilmu ini adalah yang bersifat kewahyuan, biasanya menjadikan subjek ini sebagai silibus. Kalau di Universiti Al-Azhar, subjek ini telah mula menjadi sukatan sejak dari tahun satu lagi bagi kuliah Usuluddin, dan penuntutnya bakal mengkhususi madah ini sebaik sahaja memasuki syu'bah aqidah apabila berada di tahun 3 kelak.

Bukan bererti orang yang selain pelajar usul tidak boleh belajar, bahkan ilmu pengetahuan adalah bersifat universal dan luas. Saya mempunyai seorang rakan dari bidang kedoktoran yang gemar mengkaji berkenaan bidang ini. Jadi sesiapa pun boleh mendalaminya. Cuma yang paling penting adalah berguru, kerana sememangnya apabila kita berguru, kita diajar peringkat-peringkatnya mengikut susunan dan tahap pemahaman yang betul supaya tidak terjadi belajar di separuh jalan, kemudian keluar pada masyarakat dan menyampaikan bidang keilmuan ini tanpa menggunakan hikmah.
---------------------
(bersambung...)
---------------------
*/ Maaf penterjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris, sebab:
- pakai Quran Viewer 2.8.
- membolehkan pembaca memantapkan lagi bahasa. (ahaks)
*/ Sengaja dibuat bersiri supaya mudah dibaca, kalau berjela-jela rasa cam malas nak baca!.

Monday, November 13, 2006

Ahmed Deedat

- Bicara Tokoh -

Syeikh Ahmed Deedat
Saya tidak tahu kenapa seghairah ini tahapnya. Saya tidak boleh melihatnya jauh sekali
mendengar namanya, tentu sekali dia selamanya menjadi kegilaan saya.

Kalau di Afrika Selatan, mungkin namanya tidak asing lagi. Ahmed Deedat adalah seorang pendakwah Islam yang muncul di tengah-tengah keghairahan mubaligh Kristian menyebarkan dakyah Kristianisasi mereka.

Jelas sekali jika kita membuka lembaran sejarah, hampir kebanyakan para ulama' dan du'ath (pendakwah-pendakwah) lahir dari persekitaran dan Biah Islamiyah yang tinggi. Mereka dikelilingi dengan barisan pendakwah dan alim ulama yang selalu menjadi rujukan umat Islam. Mereka berguru dan menimba ilmu pengetahuan dari ulama'-ulama' muktabar ini.

Afrika Selatan merupakan sebuah negara yang dijajah oleh 'keldai' putih. Mereka tidak lain hanyalah membawa mesej dan matlamat yang sama. Lihat sahaja matlamat Portugis ke asia tenggara pada pertengahan kurun ke-16. 3G (Gold, Gospel, Glory) memang menjadi dasar penjajah kemana jua. Tidak ketinggalan taktik mereka meninggalkan mubaligh-mubaligh untuk menyebarkan mazhab mereka di negara yang dijajah terlalu sukar diperasani.

Maka, tidak hairanlah Afrika Selatan menjadi pusat tumpuan mubaligh dan pastor Kristian menyebarkan fahaman mereka disamping terdirinya banyak gereja dan pusat peribadatan masyarakat Kristian.

Ahmed Deedat telah dilahirkan pada 1918 di daerah Surat, India. Tidak lama selepas itu bapanya yang bekerja sebagai penjahit baju berhijrah ke Durban, Afrika Selatan bersama beliau untuk meneruskan hidup setelah mengharungi kehidupan yang penuh dengan kemiskinan di India.

Beberapa bulan setelah berhijrah ke Afrika Selatan pada tahun 1927, beliau mendapat berita kematian ibunya yang disayangi. Kehidupan yang memeritkan terus berjalan mengikut arusnya. Dalam usia 9 tahun di negara yang asing, beliau berjaya melepasi halangan bahasa di sana. Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama berjaya dikuasai dan telah bersedia untuk meneruskan pembelajaran secara formal.

Pembelajaran formal berjaya ditempuhinya sehingga ke tahun 6. Beliau juga dikatakan antara pelajar yang menyerlah dan cemerlang dalam akademik. Setelah itu, akibat daripada permasalahan kewangan, Ahmed Deedat berhenti persekolahan pada umur 16 dan bekerja di sebuah stor kepunyaan orang Islam.

Disinilah segala-galanya bermula. Persekitaran stor yang berdekatan dengan pusat pengajian bagi mubaligh-mubaligh Kristian telah mencorakkan kehidupan Mr. Deedat.Setiap hari pelatih-pelatih di pusat berkenaan datang ke stor tersebut dan membuat pelbagai provokasi, penghinaan dan propaganda terhadap Islam. Mereka cuba mempengaruhi dan menyebar dakyah kepada Ahmed Deedat dan pekerja di stor tersebut.

Dalam beberapa kesempatan masa, Ahmed Deedat telah menemui sebuah buku yang begitu besar mempengaruhi kehidupannya. Ia bagaikan suatu 'booster' yang telah mengubah segala kehidupannya. 'Izharul Haq' yang bermaksud 'Kebenaran Yang Muncul' ataupun 'The Truth Revealed' membawa pembacanya menyelusiri teknik-teknik dan kejayaan gerakan Islam di India menyekat dakyah Kristianisasi.

Suatu semangat telah meletus di benak beliau. Dengan membeli sebuah 'UnHoly Bible' beliau mula mengkaji dan mengadakan beberapa siri perdebatan dengan pelatih di pusat pengajian mubaligh disana. Sehinggakan pada suatu ketika pelatih tersebut tidak dapat memetahkan hujahan daripada beliau lantas memenggil guru dan pastor mereka untuk berhujah dengan beliau.

Sejak itu, Ahmed Deedat telah memulakan langkah dakwahnya di tempatnya dan beberapa negara jiran. Beliau telah menubuhkan beberapa kelas pengajian Bible (Bible Studies) dan memberikan beratus-ratus ceramah. Beliau akhirnya menubuhkan As-Salaam iaitu sebuah institusi untuk melatih propagator Islam.

Kemudian, dalam meneruskan amanah dakwah, beliau menubuhkan 'Islamic Propagation Centre International' (IPCI) dan menjadi presidennya. Sejak itu beliau telah mengelilingi dunia untuk menyebarkan dakwah Islam dengan mengadakan beberapa ceramah serta debat berkenaan dengan perbandingan agama (Comparative Religions).

Berkat kesungguhannya, pada tahun 1986 beliau dianugerahkan dengan anugerah King Faisal International Award, salah sebuah anugerah berprestig yang diiktiraf dalam dunia Islam. Beliau juga telah menghasilkan pelbagai karya ilmiah dan antara yang agak popular diantaranya adalah 'The Choice' (buku yang belum habis-habis lagi saya membacanya).

Pada Ogos 2005, dunia ditimpa kesedihan diatas pemergiannya. Pemergiannya merupakan kehilangan sebuah mutiara yang mana menjadi suara agama Islam dalam memperjuangkan apa yang terdapat dalam Al-Quran da As-Sunnah iaitu fasadnya agama-agama samawi selain Islam.


***

Setakat ini penulis masih belum menemui orang yang layak menggantikannya dalam lapangan perbandingan agama ini. Tetapi alhamdulillah nama-nama seperti Dr.Zakir Naik, Dr. Jamal Badawi, Yusuf Estes serta beberapa nama lagi telah menjadi tunjang perjuangan selapas pemergian beliau.

Kita mungkin tidak mengenal Ahmed Deedat, ataupun mendengar namanya. Kalau kenal pun kita mungkin menganggap biasa-biasa sahaja. Tetapi sedarkah kita berapa ramai orang bukan Islam yang telah beliau Islamkan? Berapa ramaikah mubaligh-mubaligh dan pastor Kristian yang telah mengucap dua kalimah syahadah setelah mendengar ceramah dan debat beliau?. Mungkin bilangannya lebih ramai dari pendakwah yang kita kenal. Siapa tahu?...

Untuk ruangan yang akan datang InsyaALLAH jika berkesempatan saya akan cuba untuk mengupaskan tentang kepentingan ilmu perbandingan agama bagi para pendakwah secara umumnya.

*/ Itupun jika tidak disibukkan dengan kerja-kerja picisan yang lain.

Saturday, November 11, 2006

Deja Vu

Akhirnya... haha, macam pernah terasa begini. Mimpikah? atau igauan?, atau juga selalu berangankan keadaan-keadaan yang sebegini. Seperti sesuatu yang sukar dipercayai.

Memanaskan punggung di hadapan laptop hampir separuh hari seperti pernah berlaku dahulu. Tetapi masih lagi tidak pasti bila dan dimana. 4 atau 5 bulan lepaskan. Mengapa begitu. Kuat berangan atau ia realiti? Modus operandi kerja seperti lazim berlaku disini.

Ya. Tahniah pada diri sendiri untuk blog yang berwajah baru. Setelah 4-5 bulan entry sukar berganti, bila pula masanya untuk diberi ruang menulis setelah internet berpengkalan di hujung kanan screen komputer ini.

Abadikan diri anda dalam sepi, kerana masa yang bakal muncul nanti sukar diramal dan mungkin akan menggamit kenangan disisi. Entah apa, kemanisan atau disakiti?