Thursday, April 13, 2006

...SEDIA...

Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua... blog-updating dihentikan sementara waktu sekadar untuk melepaskan fatrah peperiksaan yang bakal menjelma.

Selamat berimtihan... doa dan tawakkal jadi bekalan.

Bersedia untuk " World Cup German 06 "...

Tuesday, April 04, 2006

:: Sanah Helwah ::

"Selamat hari lahir buat diri sendiri".

Ada orang bertanya, apakah azam sempena hari kelahiran saya?. Cukup sulit mahu menjawab. Saya katakan saya tidak ada azam... padahal azam di dalam hati ini berjuta-juta.

Tapi dalam usia semuda ini tentu banyak perkara yang diidamkan dan diangan-angankan. Angan-angan materialistik, kebendaan(madiyyah), harta, pangkat, dan perempuan, adalah fitrah keinginan manusia secara semulajadi.

Sultan Muhammad Al-Fatih dalam usia semuda saya telah berjaya berjaya menawan kota Costantinople ( 857H/1453M), meruntuhkan kerajaan pemerintahan yang dibina Maharaja Costantine. Ideanya iaitu menukarkan daratan menjadi lautan sangat tidak boleh diterima akal, tetapi itulah hakikatnya dalam lipatan sejarah.

Bagaimana tajamnya akal kurniaan Tuhan yang diberikan kepada Sultan Muhammad sehingga berjaya menembusi Pintu Edirne dan seterusnya memasakkan bendera kerajaan Othmaniyah di Costantinople. Kisah ini telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w lagi melalui sabda Baginda:

"Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya".

Seperti yang diungkapkan oleh Napoleon Bonaparte sebagai, "...kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!".

Seorang pemuda yang memerintah sebuah kerajaan Islam berjaya menakluki sebuah kota terulung dan kisahnya dikhabarkan oleh Baginda s.a.w. Alangkah hebatnya. (Saya sarankan agar kisah ini dibaca sendiri).

Selamat hari lahir untuk diri saya. Semoga engkau juga menjadi sepertinya. Doakan saya agar diberikan kekuatan untuk berjuang dan berbakti untuk agama. 'Salam Bahagia...' (eh... cam kenal jer ayat nih!)


Terima kasih kepada semua untuk kek ini. Syukran kepada ahli bait, Hafiz , Ghanie, Fairuz, Firdaus. "Tapi kek ni kek coklat lar... x pe lar... makan jer...".

Saturday, April 01, 2006

Ghairah Dirimu

Sewaktu kau hadir dalam hidupku
jiwaku bungkam
tidur hanya menambah lara
makan hanya menyambung nyawa
kelibatmu tak lekang dari fikiran
hari-hari mengintaimu
dibalik cermin ini
bagai hidup ini
hanya untuk dirimu,

Setiap pagiku tiada lain
memerhatikan wajahmu
menilai setiap inci tubuhmu
menghargai setiap nikmat kata-katamu
wajahmu sentiasa bersama
makan
tidur
ulangkajiku
fikiran entah kemana
meroyan memikirkan dirimu
yang indah
cantik dan memukau
malamku juga begitu
tidur diganggu
jika sebelumnya tidak berdampingan
dan menghayati kata-kata indahmu,

Aku kabur
semua orang mahukan dirimu pula
meragut ghairahku padamu
kini dirimu kuserah
ambillah semua semahumu
aku tidak mahu dengar lagi nama itu
dia menggangu belajar ku,

Blog... blog...
memang dirimu menggila
siswa-siswi kini dihantui dirimu
siang malam mereka meratah tubuhmu
aku pun tidak tahu
sedang imtihan mengejar mereka
aku takut mereka akan
gila bayang pada susuk tubuhmu
belajarlah rakan-rakanku
bertatih dengan blogmu itu...



/* Kepada semua pembaca... sindrom 'gile-blog' sudah melanda... kalau boleh jangan sampai mengganggu study kita. Sikit sahaja lagi. Lepas habis semua exam, baru kita sama-sama ber'gila' dengan blog, ok !!!...
/* Penulis amat risau... exam dah dekat kawan...
/* Penulis meminta maaf sekiranya bahasa agak 'seksi' dalam sajak ini... tetapi ianya adalah seni menulis...