
Friday, March 21, 2008
Kelahiran

Saturday, March 15, 2008
Melukis Hati
Syria
Di Syria, saya tidak dengar hiruk pikuk manusia, tiada keserabutan di jalan raya, tiada pencemaran bunyi hon-hon kereta, dan yang paling membuatkan hati ini jatuh cinta adalah manusianya yang berbudi. Mungkin tidak adil membezakan kelompok bangsa manusia, namun saya mudah melihat ini dari sudut yang umum dan keseluruhan.
Pernah di Syria suatu ketika setelah selesai bersolat di Masjid Qadam, kami diperlawa oleh seorang tua untuk menjamu kami makan tengah hari di rumahnya sedangkan orang tua itu tidak kami kenali dan itu kali pertama pertemuan kami dengannya. Kawan-kawan kami di
Tutur kata yang penuh lemah lembut dan berlagu membuatkan hati ini sentiasa tertewas jika berlaga harga dengan mereka ketika melakukan urus niaga dan tawar menawar. Saya fikir, di Mesir saya ini bolehlah juga dikatakan sudah handal dalam urusan pujuk-memujuk untuk menurunkan harga, namun di
Syria
Namun
Pengalaman
Saya merasakan perkara yang paling penting sekali dalam kehidupan manusia adalah pengalaman. Ia adalah pembeza kedua yang utama dalam kehidupan makhluk selepas ilmu. Suatu perkara yang tidak akan saya lupakan dari kembara tiga minggu ini adalah pengalaman yang berharga.
Saya selalu teringat guru-guru menyebut bahawa hampir kebanyakan para Rasul a.s yang diutuskan untuk ummat manusia, kebanyakan mereka pernah mempunyai pengalaman mengembala kambing. Sehingga boleh dikatakan bahawa mengembala kambing itu adalah sunnah yang berlaku dalam kehidupan para Rasul a.s.
Persoalan yang kerap membenak pemikiran saya adalah mengapa kerja mengembala kambing itu sesuatu yang berharga dalam kehidupan para Rasul a.s? Secara realitinya hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu tentang rahsia
Sesiapa yang belum kenal dengan kambing, jangan terlalu cepat untuk menolak hikmah ini. Berhadapan dengan perpuluh-puluh ekor kambing, hatta mungkin juga beratus-ratus ekor, dapat mengajar erti kepayahan, kesabaran dan segala macam pengalaman yang mencerahkan pemikiran manusia. Dan selain dari mengembala kambing, suatu proses yang juga menjadi sunnah orang-orang terdahulu yang hampir boleh dikatakan serupa dengan sunnah mengembala kambing ini adalah mengembara dan bermusafir.
Mengembara dan melancong mungkin kelihatan seperti aktiviti yang sama, namun ia tetap berbeza. Bermandi jakuzi panas dan tidur lena di hotel empuk sudak cukup untuk membezakan antara dengan minum air paip dan tidur dengan kesejukan di stesen bas. Ini mungkin adalah contoh perbezaan yang kita perolehi antara mengembara dan melancong. Namun kedua-duanya juga memperolehi pengalaman. Cuma mungkin nilai dan budi yang bakal kita dapat dari keduanya ini membezakan diantara hikmah mengembara dan melancong.
Juga untuk mereka yang menjadi ‘sifu’, yang banyak memberi pendidikan tentang kehidupan kepada kami sepanjang perjalanan ini. ‘Makcik Cina’ yang begitu berani dan selamba meredah laut Mediterranean seorang diri. Najiha, si gadis Jepun yang menarah hati di atas kapal AB Maritime. Jean, pemuda
Wednesday, March 05, 2008
Setelah Hampir Dua Minggu
"Wah, seronoknya...!!!"
Ketika masuk hampir dua minggu bermusafiran :
Thursday, February 28, 2008
Satu Jam Yang Penuh Getir
"Kamu pernah dengar tentang Hizbullah?"
Tuesday, February 26, 2008
Satu Hari di Dimasq
Batok yang mengidam ABC. Mengenang mesin pengisar ABC rumah Johor yang telah hilang...
Friday, February 22, 2008
Antara Berus Gigi & Pintu-Pintu Damascus
Berus gigi. Salah satu benda paling penting dalam hidup manusia. Kalau dikatakan agama itu yang paling penting dalam kehidupan manusia, maka berus gigi barangkali menjadi perkara yang kedua terpenting dalam diri manusia selepas agama. Saya sebutkan ‘barangkali’, mungkin saja ia boleh berlaku.‘Jangan lupa bawa berus gigi’. Itu adalah pesanan dari ibu saya setiap kali mahu balik kampung atuk. Hatta hingga umur saya hampir suku abad ini sekalipun, pesanan itu tidak dapat dielakkan. Bukanlah saya tidak rajin menggosok gigi, tetapi disebabkan faktor suka melengah dan ‘pelupa’, menyebabkan saya lalai membawanya kemana-mana.
Dan kalau sudah tertinggal, alamatnya perlu dibeli dengan berus gigi baru. Sebab itu bukan ibu saya sahaja yang gemar mengingatkannya, bahkan ayah saya juga turut selalu campur tangan sama untuk mengingatkan. Mungkin kerana ayah malas mahu turun singgah di kedai runcit untuk beli berus gigi baru. Justeru, pesanan ini mungkin boleh sahaja diturunkan oleh ibu kepada isteri saya kelak jika perkara tertinggal berus gigi ini tidak hilang.
Tetapi untuk kali ini mereka tidak usah khuatir. Berus gigi adalah perkara pertama sekali yang saya kumpulkan dalam beg. Walaupun di Jordan dan
Antara
Kedua-dua ibu
Saya memancing rakan sepermusafiran. Saya bilang, kalau sudah ke
Walaupun pada hakikatnya kos perjalanan dan survival hidup di Setidak-tidaknya waktu pagi disana dapat diluangkan mencicip kopi emas turkey di antara kabus dingin, juga dapat waktu emas menziarahi pemilik ‘republik cinta’ Mathnawi, Maulana Jalaluddin ar-Rumi. Rasanya itu pun sudah cukup untuk melegakan hati. Lagi untung kalau dapat menonton ritual putaran Sema ‘The Whirling Dervishes’ oleh para sufi Maulawi dengan tarbus tinggi mereka itu di negara tempat jatuhnya khilafah Islamiyah yang telah berlalu hampir tiga suku dekad yang lalu.
Saya mahu bermusafir. Seboleh-bolehnya mahu menggali segala sejarah yang ada di
Saturday, January 12, 2008
Mahu Jadi Adil
Orang yang beriman adalah orang yang adil dalam melakukan sesuatu perkara. Adil yang dimaksudkan adalah meletakkan sesuatu betul-betul pada tempat yang sewajarnya. Manakala lawan bagi adil pula adalah zalim, iaitu meletakkan atau menghukumi sesuatu bukan pada tempatnya yang sebenar.Meletakkan sesuatu itu pada tempatnya bukanlah suatu perkara yang subjektif dan rumit untuk dibincangkan, malah manusia telah dikurniakan panduan dan akal fikiran oleh Allah s.w.t untuk membuat penilaian. Ia juga tidak bermakna bahawa akal adalah sesuatu neraca bagi setiap keputusan, malah sebagai orang mukmin kita wajib berpegang kepada akidah dan syariah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t melalui kalam-Nya iaitu al-Quran dan juga melalui hadith kekasih-Nya yang terpilih iaitu junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam menyentuh tentang keadilan, Allah s.w.t menyatakan di dalam al-Quran:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ
(Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada mereka yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat)
an-Nisa’ : 58
Sebahagian besar dari ahli falsafah Yunani pada zaman sebelum Masihi menggunakan akal fikiran mereka dalam mengadili segala perkara. Segolongan besar dari mereka menggunakan fikrah nisbiyyah, iaitu segala perkara yang baik dan buruk itu dapat diketahui dengan neraca akal. Maka, apa yang dirasakan baik pada akal mereka maka ianya disangka adalah perkara yang baik. Begitu juga sebaliknya pada perkara buruk. Ini dapat dilihat berdasarkan pemikiran dan falsafah yang diadun oleh Protagoras dan rakan-rakannya yang lain dari golongan Sophist.
Perkara yang sama juga berlaku ketika zaman pemerintahan khilafah Islamiyah. Telah muncul perkara yang sama - fikrah nisbiyyah - dalam kelompok masyarakat Islam iaitu dengan kemunculan golongan muktazilah yang diasaskan oleh Wasil Bin Atha’. Prinsip kebaikan dan keburukan yang
dibawa oleh mereka dinilai berdasarkan nilai akal fikiran manusia. Antara frasa popular yang selalu kita dengar adalah dari golongan Muktazilah adalah; Sesuatu yang baik adalah apa yang dinilai baik oleh akal, manakala sesuatu yang buruk itu adalah apa yang difikirkan buruk oleh akal.
Pada zaman yang moden kini, unsur-unsur nisbi ini tidak terlepas dari cengkaman fikiran-fikiran manusia. Sebahagian besarnya diserapkan dalam pemikiran mereka yang menerima konsep berfikir scara lateral. Mereka ini dikenal juga sebagai rasionalis (pengguna akal) bahkan sebagai Free-thinker, Freidenker, 'pemikir bebas'. Sifat asas pemikiran ini iaitu generatif dan kreatif dilihat mempunyai persamaan dengan unsur-usur yang ajaran kaum Sophist. Bukan kreativiti yang dipersalahkan dalam berfikir mengikut cara ini, tetapi golongan ini sering menganggap bahawa segala idea-idea mereka yang banyak dan baru itu adalah sentiasa betul dan benar belaka.
Maka dari sudut ini, pemikiran lateral dilihat sebagai sebuah konsep yang tiada bezanya dengan ajaran Sophisme disebabkan mereka beranggapan bahawa setiap pendirian oleh seseorang individu itu boleh dibenarkan belaka dan kebenaran itu ada pada setiap manusia. Hal ini berlaku kerana bagi Protagoras, manusia adalah pengukur bagi mengadili setiap sesuatu. Ya, itulah kesan dan unsur fikrah nisbiyyah yang turut dipegang juga oleh golongan pemikir lateral, sehingga ia dianggap sebagai aliran neo-Sophisme.
Etika
Dalam perihal menyatakan keadilan, manusia tidak boleh lari dari beretika dalam menyatakan fikirannya. Etika (ethics) mempunyai dua pengertian. Yang pertama adalah ilmu yang mengkaji etika dalam kehidupan manusia dari sudut konteks yang tertentu. Makna yang kedua boleh disimpulkan
sebagai suatu perilaku yang baik dalam kehidupan manusia. Tiap-tiap bidang kehidupan mempunyai asas moralnya yang tersendiri, yang juga mengajar ahli-ahlinya bagaimana cara berperilaku yang ideal. Lalu apabila asas-asas moral tersebut diperincikan dalam bentuk penulisan, maka ia dikenali juga sebagai kod etika (code of ethics).
Etika dan keadilan adalah dua perkara fundamental yang mempuyai keterikatan dan sukar untuk dipisahkan. Kedua-dua perkara ini saling berkait rapat dan memerlukan antara satu sama lain kerana sesuatu perkara yang adil itu adalah perkara yang selari dengan etika, dan etika yang selari dengan tabi’e manusia akan melahirkan insan yang adil. Etika yang dimaksudkan ini adalah akhlak dan undang-undangnya.
Menegakkan kebenaran dan keadilan adalah ciri-ciri yang penting bagi seorang yang beriman kerana Allah s.w.t menjadi saksi terhadap segala keadilan yang ditegakkan oleh manusia. Keadilan yang ditegakkan oleh manusia adalah sebahagian dari unsur rohani yang memberi kekuatan kepada hati dan secara tidak langsung ia melahirkan asas takwa dan taqaarub kepada Allah s.w.t. Maka tidak lain dan tidak bukan, orang yang bertakwa itu adalah orang yang beradil dengan manusia dan berakhlak (beretika) seperti mana yang diajarkan di dalam al-Quran.
Allah s.w.t menerangkan di dalam al-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
(Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan)
al-Maidah : 8
Dan sesungguhnya, akhlak Nabi Muhammad s.a.w adalah akhlak yang paling mulia dan tertinggi di antara sekalian manusia kerana akhlak baginda itu lahir dari hikmah-hikmah yang terkandung
di dalam al-Quran.
Maka, sesuatu kebenaran dalam diri manusia itu adalah yang lahir dari susunan akhlak dan etika seperti yang diajar di dalam al-Quran, bukan mengikut fikrah nisbiyyah seperti yang diajar oleh filsafat-filsafat terdahulu. Al-Quran telah datang sebagai mukjizat yang terbesar untuk sekalian manusia. Ia akan tetap kekal berterusan menjadi panduan kepada manusia sehingga berlakunya hari kiamat kelak.
Justeru, akal dan hawa nafsu jika keduanya ini yang dijadikan kayu ukur bagi kebaikan manusia, nescaya segala kebaikan itu akan menjadi bukti alat kehancuran dalam sejarah ketamadunan dan peradaban manusia.
Monday, January 07, 2008
Kau Dan Aku - Sama
Bukan senang dapat menaip dalam keadan sibuk. Seperti orang yang berlari untuk finale pecut 100 meter, bukan senang untuk dia berhenti sebentar dan minum seteguk air. Ya, mencuri sebentar masa untuk menaip dalam keadaan berlalunya peperiksaan satu persatu. Masih berbaki 5 subjek di hadapan ini serasa saya.Siang tadi selesai sudah saya duduki antara salah satu subjek yang rasanya agak sukar bagi semester ini. Buktinya, beberapa tajuk tidak dapat dihabiskan. Anaxagoras, Leucippus, Xenophanes dan beberapa nama lagi adalah antara tajuk yang saya tak sempat baca di Mesjid Al-Azhar pagi tadi. Saya berangan semalam kiranya kalau dapat membaca sekilas lalu antara bingkis-bingkis cahaya matahari dan sejuk pagi di rawaq mesjid, namun terpaksa juga ditutup kitab falsafah Yunani itu tanpa memerhati beberapa tajuk, terutamanya tentang falsafah-falsafah dari sekolah Elea.
Tetapi rezeki Tuhan, siapalah yang dapat meramalnya. Hanya soalan-soalan yang ditanya sekitar zaman golongan para sophist dan zaman-zaman selepasnya sehinggalah yang terakhir sekitar teori pertengahan (ausat) oleh Aristotle. Huh, al-hamdulillah, sebahagian pening-pening saya untuk semester ini sudah hilang!
Walaupun mantiq moden akan dilalui selepas ini, namun hakikatnya fikiran ini telah berada di hari-hari selepas peperiksaan nanti. Saya ada dua program utama pasca-imtihan. Rehlah ke Sinai dan program penulisan. Kalau ikut nafsu dan kelazatan seperti teori orang-orang sophist, saya akan memilih untuk ke Sinai. Boleh juga memanfaatkan Olympus kesayangan yang sudah lama tak beraksi. Namun ada tanggungjawab dari kem penulisan untuk dipikul di awal Februari nanti. Saya belum pasti lagi.
Untuk adik saya di Malaysia, saya ucapkan tahniah. 9A dalam PMR bukan suatu yang mudah. Saya pun tak merasa waktu duhulu. Namun perjalanan ini masih jauh. Nila
i A nya itu hanya bagai sekelumit jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang akan ditempuhinya dalam kehidupan dewasa nanti. 'A' bukanlah yang terpenting, tetapi yang maha pentingnya adalah ilmu dan bagaimana ilmu itu dapat digunakan dalam kehidupan di hari kelak.Sebab saya telah lalui zaman itu dengan rakan-rakan seangkatan yang lain. Berapa ramai rakan-rakan seperjuangan saya yang mampu peroleh berbakul-bakul A terutamanya dalam mata pelajaran berteraskan pendidikan Islam, namun sejauh mana terdidiknya akhlak kami dengan Islam? adakah akhlaknya seakan al-Quran atau akhlaknya seperti syaitan? bukan tugas saya untuk menghukum manusia, tetapi ia adalah pengajaran. Bukan hanya pengajaran untuk saya sahaja, atau adik saya sahaja, atau rakan-rakan saya sahaja, bahkan persoalan ini untuk semua yang pernah mengambil mata pelajaran pendidikan Islam dalam hidup mereka!
Sejauh manakah amali manusia itu mampu selari dengan teori keilmuan mereka selama ini? itu sesuatu yang amat berat dan paling berat dalam kehidupan manusia. Saya selalu terfikir dan merisaukan tentang perkara ini.
Dalam Al-Quran ada menyebut :

(Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah - jika kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya)as-Saff : 2 & 3

Tuesday, January 01, 2008
al-Wakeel
Thursday, December 13, 2007
Menambat Unta
Kepada insan-insan yang sudi menegur blog saya yang agak sunyi sepi akhir-akhir ini, syukran jazilan. Terima kasih kerana sudi mengingatkan. Saya sendiri yang sedang mengalami cultural shocked ini pun kadang kala terlupa bahawa saya mempunyai sebuah laman blog yang harus sentiasa di'update' waktu demi waktu.Ya, memang boleh dikatakan kejutan budaya. Saya terkejut dengan budaya pembelajaran yang tidak pernah saya lalui sebelum ini. Jika pada tahun lepas dan tahun sebelumnya, pada semester awal saya hanya perlu mengambil sekadar 5-6 subjek seperti yang menjadi ketentuan kuliah. Tetapi kali ini 8 subjek. Walaupun ada diantara mereka yang perlu mengambil lebih dari itu, tetapi yang pasti 8 subjek ini bakal menjadi budaya yang akan mengejutkan budaya-budaya yang saya telah biasakan sebelum ini.
Mengapa perlu terkejut dengan budaya ini?
Banyak perkara dan budaya yang berlainan dengan corak yang sebelumnya. Tahun ini saya berhadapan dengan subjek-subjek baru yang tidak pernah saya tergambar sebelum ini. Yang pasti, dalam sesuatu keadaan, gambaran (tasawwur) asas secara ijmaliy perlu dilakukan sejak dari awal agar seseorang itu tidak terkejut dan dapat bersedia dengan budaya yang baru.
Hal ini lazim terjadi kepada jemaah yang mengerjakan umrah dan haji. Sekiranya mereka pertama kali mengerjakan umrah atau haji di Makkah, pada awalnya mereka pasti terkejut kerana berhadapan dengan situasi dan lakaran budaya yang berlainan. Sebab itu sekiranya jika anda
bertanya kepada orang yang sudah pertama kali pergi ke Makkah, pasti mereka mengharapkan trip umrah atau haji untuk kali yang kedua. Ini kerana mereka merasakan banyak perkara yang kurang sempurna dilakukan akibat daripada kejutan budaya dan masyarakat.Kerana itu sesetengah orang menasihatkan agar pergi mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelum mengerjakan haji, supaya kita dapat tasawwur (gambaran) tentang kota Makkah dan budayanya. Lagi pula jika musim haji ditambah dengan jutaan manusia yang dikumpul dengan kerenah dan budaya mereka yang tersendiri, memang sudah cukup untuk membuatkan jiwa terencat.
Tetapi tidaklah mengapa untuk yang mendapat seru haji lebih awal dari umrah. Sekurang-kurangnya mereka terlebih dahulu sudah memasuki kursus dan mendapat gambaran dari peserta dan orang yang telah dahulu pergi. Dan lebih dari itu, sekurang-kurangnya mereka itu lebih beruntung kerana dipilih untuk menjadi tetamu Allah s.w.t berbanding dengan mereka yang lansung tidak dijemput dan dipanggil untuk ke Tanah Suci Kota Makkah.
Hal sebegitu juga seolah-olah menjadi klise kepada kejutan budaya yang saya hadapi. Saya seharusnya mendapatkan gambaran awal tentang subjek bakal saya hadapi dari orang yang telah melaluinya. Itu barulah jalan yang terbaik. Tetapi perkara itu tidak saya lakukan, maka saya terpaksa menghadam kepayahannya dan terpaksa berhadapan dengan budaya baru yang saya masih belum bersedia dengannya.
Pada hakikatnya, itu bukanlah sebab untuk saya mengaku kalah. Saya perlu lebih bersedia, dan paling tidak pun ditambah lag
i dengan doa-doa yang dikirimkan oleh para pembaca sekalian sudah cukup untuk membuatkan saya bersemangat semula untuk menghadami ilmu-ilmu baru yang mulai menepu ini. Saya juga terpaksa berhadapan dengan istilah-istilah baru yang lebih mencabar, lebih analitikal, lebih kritikal dan barangkali lebih 'basikal'.1hb Januari 2008 nanti adalah tarikh pertama untuk menguji kefahaman dan ilmu saya. Saya perlu menguasai beberapa ilmu sebelum tarikh ujian itu sampai. Antaranya seperti subjek Khitobah [1/1/08], Psikologi [3/1/08], Falsafah Yunani [7/1/08], Mantiq (Logik) Moden [10/1/08], Tasawwuf [14/1/08], Tafsir [17/1/08], Perbandingan Agama [21/1/08] dan Feqh [24/1/08].
Sepanjang keberadaan saya di sini, perkara yang penting dan asas untuk menghadapi peperiksaan di Al-Azhar adalah senjata 'tawakkal'. Sepanjang pengalaman yang sedikit ini saya sering menyimpulkan bahawa sekuat mana kita bertawakkal, maka sekuat itulah kita akan berjaya melepasi peperiksaan di sini. Dan tawakkal itu pula tidak akan dinamakan dengan 'tawakkal' sekiranya ia tidak didahului dengan usaha seperti mana perlunya menambat unta dengan tali di tunggul kayu sebelum bertawakkal meninggalkannya.
Maka, apakah erti lulus dalam peperiksaan jika diri kosong dari ilmu?
*/ Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha dan selamat menghadapi bulan peperiksaan....
Saturday, December 01, 2007
Itulah Pengalaman

Benar sekali, ia merupakan suatu pengalaman yang paling menarik dan berharga dalam diri saya dan dalam bidang fotografi. Saya belajar banyak perkara ketika membuat liputan (coverage) di Karnival Kerjaya TImur Tengah 2007 di Cairo International Conference Center (CICC) minggu lalu. Walaupun ada sesetengah perkara yang menjelirkan lidah dan meloyakan tekak, namun apa yang pasti pengalaman ini mengajar saya mengenai banyak perkara.
Betullah kata-kata mereka. Fasal pengalaman adalah pendidikan yang paling memberi kesan. Menghadami teori dan menyelami falsafah adalah dasar yang asas dalam keilmuan. Walhal, praktikal dan pengalamanlah yang menjadikan diri dan tingkah laku kita semakin matang dan berhikmah.
Saya cuma sempat untuk meng'upload' beberapa keping gambar sahaja yang diambil ketika liputan. Untuk melihat sila klik di sini.
Sunday, November 25, 2007
The Assignment
Hampir seminggu lebih blog ini dilupakan. Saya banyak tugasan, dan ada bertimbun-timbun komitmen di sisi bahu dengan tugas belajar dan mengajar.
Sungguh tak disangka, dalam rimbunan-rimbunan tanggungjawab itu, saya mendapat tugas yang lain pula. Assignment kali ini cukup mencabar fizikal dan mental. Saya dapat rasakan deru gegarannya seawal lagi. Karnival kerjaya dan lawatan rasmi Perdana Menteri yang akan diadakan esok nampaknya begitu mencabar dan mengujakan dalam tugas untuk mematangkan kerja fotografi saya.
Kali ini saya mendapat tugas dari Kedutaan Malaysia untuk merakam suasana sekitar karnival yang bakal berlansung esok. Ini memang sesuatu yang ditunggu. Jarang-jarang saya mendapat tugas rasmi sebegini selain di tanah air sendiri. Arrgh, yang paling merisaukan adalah, bateri flash tak cukup....
Thursday, November 15, 2007
What A Wonderful World

WHAT A WONDERFUL WORLD
I see trees of green, red roses too
I see them bloom for me and you
And I think to myself,
what a wonderful world
I see skies of blue and clouds of white
The bright blessed day, the dark sacred night
And I think to myself,
what a wonderful world
The colours of the rainbow, so pretty in the sky
Are also on the faces of people going by
I see friends shaking hands,
saying "How do you do?"
They're really saying "I love you"
I hear babies crying, I watch them grow
They'll learn much more than I'll ever know
And I think to myself, what a wonderful world
Yes, I think to myself,
what a wonderful world.
download

Thursday, November 08, 2007
Kebergantungan Informasi
Reuters, AP, UPI dan AFP adalah nama yang tidak asing lagi dalam bidang penyiaran, termasuk juga dalam bidang kewartawanan. Mudah ceritanya, Reuters, Associated Press (AP), United Press International (UPI) dan Agence France Presse (AFP) adalah sebahagian dari agensi-agensi berita utama dunia yang dimiliki oleh Barat.Walaupun pada hari ini bilangan penduduk Islam di dunia dianggarkan berjumlah lebih daripada satu bilion, namun dalam aspek ekonomi, politik, ketenteraan dan teknologi, hampir kebanyakan negara-negara Islam masih lagi bergantung kepada negara-negara bukan Islam seperti Amerika Syarikat (AS), negara-negara Eropah dan Jepun. Hal ini merupakan semacam malang kepahitan yang terpaksa ditelan oleh rata-rata rakyat di negara Islam. Begitu juga halnya dengan sumber maklumat dan berita yang dibawa kepada masyarakat Islam secara umumnya.
Jika diimbas kembali dari sudut sejarah, selepas perang dunia kedua, AS telah menjadi salah satu kuasa besar dunia yang sering kali dimomokkan sebagai sebuah sebuah model negara yang sempurna, terutamanya dalam aspek memperjuangkan sistem demokrasi. Pendemokrasian ini juga justeru dapat dilihat jelas dalam aspek penyebaran informasi yang dilakukan senario politik mereka.
Konstitusi utama pada Amerika Syarikat tentang kebebasan informasi mengungkapkan seperti berikut; ”Congress shall make no law... abridging freedom of speech or of the press” (Kongres tidak boleh membuat undang-undang… untuk menjambatani kebebasan berbicara atau akhbar). Konsep ini pada hakikatnya mengandaikan bahawa pihak pemerintah tidak boleh mengganggu pros
es penyebaran berita oleh pihak media. Maka itu, secara teorinya, akhbar mestilah bebas berdiri di luar pemerintah dengan kemungkinan segala macam idea, baik mahupun buruk, mestilah dibenarkan bergerak melalui pasaran idea (market place of ideas) untuk mencapai kebenaran.Hakikatnya, kebebasan informasi ini bukanlah suatu konsep yang remeh tetapi merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan sistem peradaban dan merupakan akar ideologi Barat. Ia dapat dilihat mempunyai keterikatan yang kuat dengan konsep laissez-faire (a general principle of non-interference). Sudah tentu perang dunia kedua yang lalu telah membawa keuntungan yang besar buat Amerika Syarikat, bahkan ia muncul sebagai sebuah kuasa besar yang mempengaruhi negara-negara lain di dunia.
Teknologi baru di dalam bidang komputer, setelit dan televisyen yang diadun dengan jaringan perniagaan yang hebat telah mendorong AS untuk menduduki tempat utama dalam bidang ekonomi dunia, sedangkan pada masa itu, negara-negara lain di dunia masih lagi dalam peringkat pembangunan.
Dengan munculnya banyak negara-negara yang baru merdeka, iaitu sekitar akhir tahun 1950-an hingga awal 1960-an, banyak negara-negara dunia ketiga itu mula mengambil tempat dalam forum-forum dunia seperti di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Perkembangan ini memboleh Amerika Syarikat menunjukkan tanduknya dalam membawa idea kebebasan informasi ala Barat yang bersifat sehala sahaja, iaitu dari negara-negara maju ke negara-negara miskin.
Para pengkritik ketika itu mula melihat bahawa pihak media barat sering memuatkan liputan yang tidak seimbang dan hanya menampakkan sikap imperialisme melalui medianya. Laporan Perang Teluk misalnya dilihat penuh dengan ketidakseimbangan, begitu juga laporan perang di Iraq. Ada juga negara yang mengkritik bahawa madia barat hanya memandang keuntungan semata selain membawa dan menyebarkan budaya yang kurang sihat.Howard Kurt dalam bukunya Media Circus: The Trouble with America’s Newspapers, mendakwa media barat khususnya media di Amerika Syarikat telah hilang arah. Kebebasan media yang dibawa mereka telah menghilangkan etika kewartawanan di Barat. Beliau sendiri meminta agar para wartawan di AS supaya berusaha kembali menjulang kegemilangan zaman silam mereka dalam bidang kewartawanan.
Laporan-laporan yang dibawa dari AS dan Eropah seringkali dilihat mempunyai peranan dan propaganda politiknya yang tersendiri. Apa sahaja yang menjadi lambang Islam sudah tentu menjadi musuh media Barat. Peristiwa hancurnya World Trade Center di New York dipropagandakan untuk menuduh Islam sehingga tercetusnya ruh Islamophobia di kalangan rakyat mereka yang memakan ’muntah’ tanpa menyelidik kebersihannya terlebih dahulu. Bagi media Barat, kebangkitan Islam merupakan suatu ancaman dan ditakuti. Inilah teori yang dikemukakan oleh Samuel Huntington dalam bukunya Clash of Civilization.
Mustaffa Masmodi, bekas Menteri Penerangan Tuniasia adalah merupakan salah seorang tokoh utama yang memperjuangkan soal orde baru dalam bidang komunikasi. Beliau menegaskan bahawa orde baru ini bukanlah bertujuan untuk menyekat arus informasi, tetapi semata-mata untuk mencapai ’keseimbangan informasi antarabangsa’. Isu ini begitu giat diperjuangkan dan masih tidak selesai sehinggalah Setiausaha Agung UNESCO menubuhkan sebuah suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Sean MacBride.
Menerusi laporan MacBride, banyak perkara yang dibincangkan tertamanya mengenai kawalan
arus informasi yang didominasi oleh media-media barat seperti Reuters, AP, UPI dan AFP. Kesannya, pada dekad 1980-an, Amerika Syarikat memboikot dan menarik diri dari menyertai UNESCO kerana dikatakan badan itu sudah dijadikan badan yang berbaur politik.Sesuai dengan seruan di dalam Laporan MacBride, negara-negara sedang membangun terutama negara-negara Islam sepatutnya mencari jalan keluar dengan bersatu antara satu sama lain bagi menghasilkan satu saluran mutlak negara Islam untuk disalurkan ke seluruh dunia. Hasilnya, pada hari ini kita dapat melihat perkembangan sihat saluran media Al-Jazeera yang bermula sejak tahun 1996.
Dengan bermodalkan 150 juta dolar, al-Jazeera yang berpusat di Doha, Qatar itu kini telah berjaya menjadi saluran transformasi yang dikelaskan sebagai alternative media. Ia juga telah berjaya menjadi supplier yang telus dan bebas dari gangguan politik untuk dijadikan sumber-sumber terkini kepada seluruh penduduk negara Islam yang lain.
Setelah lebih 27 tahun Laporan Suruhanjaya MacBride diterbitkan, debat orde baru masih lagi berlansung. Reaksi terhadap Laporan MacBride memang bermacam-macam. Apa yang diharapkan oleh seluruh negara Islam adalah hanya satu, iaitu jaringan komunikasi dunia yang tidak sahaja dikuasai oleh negara-negara maju, bahkan mencerminkan kerjasama antara negara-negara maju dan kelompok negara-negara membangun.
Friday, November 02, 2007
Membelakangi Hitam-Putih
Sudah hampir seminggu saya pulang ke gelanggang arena. Hampir bermula kembali sepak terajang yang hebat-hebat seperti yang pernah berlaku suatu ketika dahulu. Saya kini kembali bertemu lagi dengan rakan-rakan sepasukan yang lain.Saya ketemu dengan Islam ketika sedang mengambil jadual kelas. Dia masih lagi tenang seperti dahulu. Wajah anak kelahiran Faiyoum ini semakin cengkung, dan janggutnya makin panjang. Dia kini di syukbah hadis, dan saya makin cemburu amat bila ramai kawan-kawan seangkatan yang berada dalam kelas hadis. Nampaknya mereka masih boleh lagi bertukar-tukar nota dan membuat ulangkaji bersama.
Seorang lagi sahabat lama, Thoha Idris pula saya ketemu di Masjid Al-Azhar, seusai solat zuhur. Memang cukup rindu setelah 4 bulan tidak ketemu. Dia menjadi rakan rapat saya sejak dari tahun satu dahulu. Budak asalan Bani Suwayf ini memang luar biasa kepandainya. Dia mendapat mumtaz dalam imtihan yang lalu. Kini sudah berada dalam pengkhususan tafsir.

Masuk tahun tiga di kuliah usuluddin, setiap pelajar harus membuat pilihan untuk pengkhususan mereka. Sama ada Tafsir, Hadis, Aqidah Falsafah dan Dakwah.
Nampaknya tahun ini adalah tingkat yang lebih mencabar buat saya. Saya telah mendapat syukbah pengkhususan yang Thoha katakan sebagai ’susah’. Sepanjang minggu ini, saya hanya lihat sekitar 3-4 orang sahaja rakan asia di kelas ini. Ramai rakan-rakan asia lain di syukbah hadis dan tafsir. Walaupun secara peribadi saya cukup minat dengan subjek-subjek pela-sampah (baca: falsafah) yang bakal saya harungi tahun ini, namun saya terpaksa kehilangan ramai rakan-rakan tempat rujukan yang masing-masing sudah membawa haluan di lorong mereka yang tersendiri.
Kaherah masih lagi belum sejuk sepenuhnya. Ia membuatkan pagi saya selalu segar dengan kerja-kerja luaran. Sangat seronok bila sekali sekala dapat menulis tentang diri sendiri ditempat orang seperti ini.
Sunday, October 28, 2007
Saya Sudah Pulang !!!

Buat keluarga di Malaysia, saya telah sampai di lapang debu Kota Kaherah sekitar jam 9.50 malam tadi waktu Mesir. Hadiah pertama yang saya dapat dari perlembahan Nil ini adalah, dapat melihat orang-orang Mesir berebut keluar dari kapal terbang sama seperti selalunya mereka mahu turun dari bas... haha, tahniah....
Friday, October 26, 2007
Seri Ayu

Sayangnya, saya hanya ada sekeping ini untuk kenang-kenangan. Gambar dan aksi-aksi menarik di dalam perut kapal hanya ada dalam kamera Mamat (kiri, dalam gambar). Sebetulnya, kamera tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke dalam kawasan pelabuhan. Kamera kesayangan saya pun hampir-hampir dirampas setelah cahaya flashnya disedari pak guard. Ketika itu saya sedang mangambil gambar 'tubuh' Delima Puteri 2.
Sangat mengujakan. Niat asal hanya sekadar untuk menziarahi Mamat (anak kapal Delima Puteri 2), kerana kapalnya singgah di Pelabuhan Pasir Gudang selama sebulan untuk dibaiki. Kami pun mencuri masa meronda-ronda kawasan pelabuhan dengan kelajuan melucukan, iaitu 25 km/j seperti yang disyaratkan pak guard.
Setelah tiba di kawasan singgahsana 'Seri Ayu', tiba-tiba kami terserempak pula dengan kapten kapal yang sedang membawa rakannya melawat puteri cantik manis itu. Arakian, kami diperlawa masuk sekali kerana ayat-ayat manis dari Mamat yang mengenali kapten kapal.
Entah berapa besar saya tak dapat bayangkan. 'Fantastic, absolutely tramendous'. Itu mungkin kata-kata Arsene Wanger jika dia yang menaikinya, huhu....
Sayang sekali lagi, gambar-gambar menarik di dalam Navigation Bridge (NB) ketika saya sedang bergaya di dalam bilik nakhoda sambil mengangkat kening dan memegang stering kapal, hanya ditinggal di dalam fail kamera Mamat. Gambar yang ada pun tidaklah boleh dibanggakan sangat kerana seperti biasa, jurugambar adalah insan paling tidak gembira kerana wajahnya sering berada di belakang lensa. Argghhh...
Maaf Pak Lah ya, saya dapat 'merasa' Seri Ayu dahulu sebelum tuan merasmikannya....
Lagi berita perasmian di Utusan Malaysia.
Thursday, October 25, 2007
Low Ah San
“Dik, lu tanyea sama olang aa, kenal itu Asang ka, lamai olang kinal woo...””Oh, ya ke apek? Baguslah,” melayankan.
”Lu ada jumpa itu Latuk Latip ka? Dia ada datang sini ka?”
”Datuk Latip yang mana ni apek?.” Aku fikir ramai orang bernama Latif yang dapat gelaran ’datuk’. Cuma yang aku kenal Setiausaha Kerajaan Johor saja, Datuk Latif yang itu.
”Dia manyak baik sama gua, itu olang ha dik, lu cakap aja nama Asang, itu Latuk Latip manyak kinal woo. Dia misti tau itu Asang bawak bas pigi bawak itu olang lombongan.”
”Ah, sudahlah apek. Jom la naik bas, nanti bas jalan pulak”
Di dalam bas, saya bayarkan tambang untuk dua orang. Alahai, cuma RM 1.80 untuk seorang apek tua yang turun di Jamaluang bukanlah sesuatu yang berat sangat. Saya dan Apek duduk bersebelahan. Dia asyik bercerita kisah nostalgia silamnya. Saya fikir ini tentu filem hitam putih yang menarik. Dia bercereka tentang sahabatnya Cikgu Din, Latipah dan ’amoi’ Kampung Air Merah. Saya tekun mendengar. Memang sudah jadi kegemaran saya melayan cakap dengan orang tua.
Lelaki Cina tua ini saya fikir umurnya mungkin dalam lingkungan 70-an. Jalan terkedek-kedek, membawa helmet buruknya, tentu dia seorang tua yang penuh dengan pengalaman hidup. Walaupun sudah kerepot kulit dan putih rambut, tetapi telinga masih jelas mendengar dan ingatannya masih kuat. Semua orang yang naik dan turun bas disapanya dengan mesra.
Pemandu bas dan sebahagian penumpang memang sudah biasa dengannya. Tapi selama saya naiki bas buruk ini, tidak pernah pula saya terserempak apek tua yang baik ini.

”Apek, tu apa kat lu punya kocek”. Dia mengeluarkan sehelai kertas yang dilipat kemas dan sebuah buku bank dari kocek bajunya.
”Low Ah San”. Saya baca nama itu setelah membuka surat yang diberikan. Terkejut juga pada mulanya, kerana surat itu mempunyai letterhead dari Kementerian Sumber Manusia. Rupanya surat itu adalah surat sokongan dari Timbalan Menteri Sumber Manusia untuk menyokong segala sumbangan yang diberikan untuk lelaki tua ini.
Surat itu diakhiri dengan tandatangan Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika itu, Datuk Latif. Entah betul entah tidak, palsu atau asli surat itu saya tidak tahu, tetapi yang pasti ’Latuk Latip’ yang dicarinya itu pasti Datuk Latif, Timbalan Menteri Sumber Manusia yang menandatangani surat ini.
Saya buka buku banknya. RM 4.96.
”Ada lima linggit kan?”. Apek tua itu tersengih.
”Ya, ya...”. Saya mengangguk.
"Lu mana pigi laya”
”Saya balik Muar, kampung.”
”Woo.. guwa penah dulu haa bawak itu olang lombongan pigi muar. Itu sikolah bawak pegi tampar bola...”
”Bola tampar, Apek...”
”Ya, ya... bola tampar. Ini mersing dulu manyak bagut (bagus) main itu tampar”.
Pemandu bas sudah biasa. Dia berhentikan orang tua itu sebelum simpang Jamaluang-Kluang.
”Itu drebar sula tau gua punya lorong. Cakap saja lorong Asang. Semua olang tahu...”
Yalah apek. Semua orang sudah tahu, tapi hari ini saya yang baru tahu. Apek itu melambai pada semua penumpang. Dia bukan orang gila. Dia sangat baik dan akan memarahi drebar bas jika bas dijalankan sebelum penumpang yang baru naik dapat duduk. Katanya nanti orang akan terjatuh dan tidak dapat berpaut.Dalam perjalanan saya asyik memikirkan bagaimana saya dan orang-orang yang lain akan melalui usia emas sepertinya suatu masa nanti. Kulit yang kerepot, asyik bercerita nostalgia lama pada generasi baru dan yang paling terkesan, berapakah pula jumlah wang simpanan saya dalam buku bank saya? Adakah RM 4.96 sen juga?
Bas buruk pastinya memang lambat, tetapi kadang kala memberi pendidikan yang tidak ternilai berbanding hanya duduk membisu di dalam bas ekspres yang cepat sampai ke destinasinya.
Wednesday, October 17, 2007
Aidilfitri
Walaupun sudah 5 hari syawal berlalu, namun saya fikir masih belum terlewat untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' untuk seluruh ummat Islam.
Haha, pelik. Begitu sukar mengeluarkan entri salam aidilfitri walaupun hanya 2 minit....

